Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Ketam Lemak Cilipadi Dengan Nanas



Sunday, October 14, 2012

Santan Cilipadi Udang Kering dengan Daun Kunyit


Bahan-Bahan
10 tangkai cili padi
1 labu bawang merah
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
- kisar kesemua bahan hingga lumat
2 cawan santan
3 batang serai - dititik
3 helai daun kunyit di hiris halus

Cara-cara
Masak santan hingga pecah minyak
Masukkan serai dan bahan dikisar masak hingga garing
Masukkan daun kunyit dan udang kering
Perasakan dengan sedikit garam dan gula (sedikit garam sahaja diperlukan kerana udang dah sedia masin)

Friday, February 18, 2011

Nasi Goreng Sotong Cilipadi


Bahan2
Nasi putih
300gm sotong (potong bulat)
2 biji cili masak - ditumbuk
7 biji cilipadi - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji telur
Kacang panjang dipotong kecil
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
3 sudu teh gula
Cara2
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur dan hancurkan. Asingkan.
Panaskan minyak dlm kuali yg sama tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan sotong dan kacau hingga sotong masak.
Masukkan sos tiram, kicap, gula dan kacang panjang.
Akhir sekali masukkan nasi dan goreng hingga sebati.

Monday, February 14, 2011

Fort Supai.... Again

Paklang datang ke rumah cuti raya cina haritu... sempena bercuti ke melaka bawakle pergi ke sini lagi.. sebab pemandangan yg menarikla semestinya kan.. setelah seharian meronda banaraya melaka.. bertambah dgn jam nye.. jomla kita layan tekak pulak dgn panorama yg mengasyikkan...


sedapni klu wat tumis cilipadi ala Damansara Uptown

seafood raya ok.. jadi xde sapa nak memancing/menjala/mencadat etc
jadinye ini jela yg ada

paklang curi sotonggg


telur yg tak laku



kupang lagi

siakap stim limau


sotong goreng tepung

Seafood again?? Fort Supai @ Kuala Linggi

Makan-makan di Fort Supai dengan officemate mr hubby.
Tempat ok, makanan ok cuma pilihan makanan laut je yg tak pelbagai...
View tip top laaaa...

Pemandangan dari atas kota








Ikan Bakar Crystal Bay

Maafla.. masuk je tahun baru... semangat masak hilang entah kemana. Xdela Watee tak masak apa2 pun sepanjang masuk tahun baru ni.. ada masak, bahan nak hias dalam blog ni pun ada, cuma rajin tak datangla nak upload gambar. sian blog dah bersawang.

Ni aktiviti makan2 entah masa bila pun dah tak ingat. Kami - kami tu Watee anak beranak dan kaklong anak beranak makan hujung minggu di Crystal Bay, kawasan Duyung jgk. Orang kata kat sini murah, jadi kami pun cuba la nasib betulke tidak murahnye. Sekali bayau... hahahahah terduduk gak... yang murah ayor buahnye jeee.... Jom jamu selera tengok seafood yg seksi2 ni..

Ketam blackpaper

Ni pinggan bang muzz ok... tengokla udangnye.. separuh pinggan



Ni ketam bg muzz rembat dulu

bukan sekupang atau dua kupang... tapi berkupang2

sambal udang... terangkat.. ala masakan di rumah tau

look into my eyes

fresh... ni la yg cekik darah sikit ni

cik belang sesat

Sunday, December 19, 2010

Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang

Monday, December 6, 2010

Asam Pedas Palembang


Sunday, December 5, 2010

Sup Ketam

Bahan2
1/2 kilo ketam (dibuang cengkerang luar dan dibersihkan
1 biji bawang besar - di mayang
3 ulas bawang putih - di mayang
3 ulas bawang merah - di mayang
2 inci halia - potong panjang 1 inci
2 batang serai - dititik
1 biji cili masak - dipotong serong
5 biji cili padi - dititik
1 biji tomato - potong 4
Satu cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cara2
Masukkan kesemua bahan2 di atas ke dalam kuali dan tutup kuali tersebut. Rebus sehingga ketam masak.

Thursday, October 28, 2010

Trio Masakan Ala Kampung

Ikan lengat
6 ekor ikan kembung rebus (dibersihkan)
2 ulas bawang merah (dihiris bulat)
2 biji cili masak (dihiris serong)
4 biji cili padi (dipotong bulat)
Cara2
Goreng ikan kembung tadi hingga garing, toskan.
Dalam minyak yang sama goreng bawang dan cili hingga layu
Angkat dan tabur di atas ikan tadi.
Sedap dimakan panas.

Sambal Tumis Sotong
400gm sotong dibersihkan
10 biji cili kering, 1 biji bawang merah, 1 inci belacan (dikisar)
1/2 cawan air asam jawa
Garam gula
Cara2
Tumis bahan kisar hingga garing
Masukkan sedikit air asam jawa
Kemudian masukkan sotong.
Perasakan dengan garam dan gula



Sayur bening betik muda
Betik muda di hiris serong
3 ulas bawang merah, Sedikit ikan bilis, 1/2 inci belacan (ditumbuk)
Cara2
Dalam kuali yang dimasukkan 1 mangkuk air masukkan kesemua bahan2 di atas dan masak sehingga betik empuk. Perasakan dengan garam dan gula




Di sebabkan masakan ala kampung, so hiasan mestila ala kampung juga. Bertalam bersapra ok..




Monday, August 16, 2010

Kerabu Sotong Dengan Tomato


Sambal Tumis Udang ala Moulene


Monday, May 10, 2010

Ketam Goreng


Bahan2
1 kilo Ketam bunga - dicuci bersih
1 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk serbuk cili
Cara2
Campurkan kesuam bahan sebati dan goreng hingga garing

Wednesday, April 7, 2010

Mee Udang


Bahan-Bahan
1 Paket Mee Kuning
1/2 kilo udang size besar
5 tangkai cili kering )
1 ulas bawang merah ) di kisar
3 ulas bawang putih )
1 biji kentang - direbus dan dikisar dgn sedikit air
2 keping asam keping
Garam dan gula
Bahan hiasan
1/2 kilo udang - direbus dan ambil stock nye
1 paket fishball - dicelur
3 batang sawi - dicelur
1 biji tomato
Cilipadi
Limau
Daun bawang
Bawang goreng
Kisar kulit dan kepala udang dgn secawan air, tapiskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan yg dikisar, bila cili garing masukkan air kisaran udang tadi dan stock udang.
Masukkan asam keping.
Masak dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali pekatkan kuah dengan kentang yg telah dikisar.

Wednesday, March 31, 2010

Sambal Ketam Bertelur

Sunday, March 21, 2010

Kak Long & Family Melawat Lagi





Menu tengahari ni nasi jagung, ayam golek black pepper with mushroom sos, salad telur puyuh dan sambal kupang.... menjamu tetamu dari jauh kak long, bg muzz dan adam.. juga air jagung dan air laici...

Monday, March 15, 2010

Mak Teh Mee Banjir Udang Kuala Sepetang






Balik dari SP kami singgah di Kuala Sepetang (Taiping) sebab nak try mee banjir udang yg famous gila ni... Boleh tahanla xdela sedap mana sangat pun. Harga mee udang ni RM6 - 10 ekor udang bela. RM10 - 10 ekor udang laut (size XL) dan RM12 untuk 5 ekor udang kertas putih yg besar tu (slalu jual dlm RM60 sekilo). Overall ok ok je.. sekali cuba kita dah tau, dan rasanya xdela sampai buat Watee tringin nak gi repeat lagi 2 3 kali.. klu ada pun rasa nak ulang makan lambat lagila kot!!!

Tuesday, February 23, 2010

Tom Yam Kung


Lamanya tak masak. 9 hari periuk di gantung, cuti dari masak memasak. Balik dari vacation 9 hari 8 malam ke 7
Perhentian (Selangor-KL-Kelantan-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka) mmg stock masak memasak tak brapa nak adala. Beli bahan2 dekat kedai kawasan rumah ni jela. Masak satu jenis lauk yg ada lauk dan sayur... TOMYAM.

Monday, February 1, 2010

Kari Sotong Dan Kentang


Yummy!!!! Sedap tuh
Sotong yg dikelar bahagian perutnya
3 ulas bawang putih )
1 ulas bawang besar ) di kisar
1 inchi hali )
1 paket rempah kari ikan
3 biji kentang
1 biji tomato
Santan
Garam gula
Gaulkan rempah kari dengan bahan kisar dan masukkan sedikit air.
Tumis bahan tadi hingga masak, masukkan kentang. Masukkan sotong dan masak hingga air sotong kering. Jangan masukkan air terlalu banyak kerana sotong akan mengeluarkan air bila dimasak. Masukkan santan dan tomato perasakan dengan garam dan gula.

Sunday, January 31, 2010

BBQ @ Bidara Beach Lodge, Tg Bidara.


Acara hujung minggu kali ni, setelah dua minggu cuti hujung minggu kami hanya berkepuk di rumah.

Ada 16 orang kesemua termasuk dgn anak2. Memang penat tapi berbaloi2 dgn makanan yg sedap. Semua terlibat menjayakan acara ni, dan kami mmg betul enjoy. Happy dan release segala tension. Antar menu yg ada kambing, chicken wing, cencaru, keli, sotong, sosej, daging burger, otak2, terung bakar, coleslow, nasi putih, buah2an, makanan ringan dan minuman. Watee cuma perap ayam, buat colelow dan cili kicap.
Sebenarnya tapak kami berbbq ni ialah chalet makcik Mr Hubby. Tempat di Kampung Balik Batu, Tg Bidara. Mmg chalet ni selesa ditambah dgn kecantikan semula jadi mmg berbaloi kalau sesiapa nak bermalan di sini. Teramat teramat xclusive dan privasi. Range harga RM89-RM99 semalam termasuk breakfast. Sesiap yg berhajat nak bermalam kat sini bolehla rujuk pada Watee ye.
Thanx to all... len kali kita boleh buat lagi kan! Walaupun penat tapi puas hati.