Showing posts with label Appertizer. Show all posts
Showing posts with label Appertizer. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Ubi Keledek Kukus

Friday, June 17, 2011

Mieng Kham (Sirih Kaduk)


Bahan-bahan untuk sirih kaduk (Mieng Kham)

Daun kaduk, dibersihkan dan dilap hingga kering, susunkan ke dalam dulang
Bahan-bahan intinya (disediakan berasingan)
Udang kering, cuci bersih dan sangai
Kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan buangkan kulitnya
Isi kelapa, dibuangkan kulit arinya dan hiris nipis, kemudian disangai hingga kuning.
Limau nipis, dihiris nipis dengan kulit-kulitnya
Halia muda, kikis kulitnya dan potong dadu kecil-kecil
Bawang merah, dipotong dadu kecil
Cili padi, dihiris halus-halus

Untuk sosnya :-
2-3 ketul gula melaka, dicairkan dengan 1 cawan air
2 sudu tepung gandum
Sos nampla, jika suka atau boleh ganti dengan udang kering yang dikisar lumat

Cara menyediakan sosnya
Masukkan tepung gandum ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Sejukkan sebentar. Campurkan dengan gula melaka yang dicairkan tadi, sos nampla atau udang kering. Masak kembali atas api kecil hingga pekat. Sejukkan sebelum diguna.

Cara Menyediakannya
Ambil sehelai daun kaduk. Calitkan sedikit manisan cair dan bubuh bahan-bahan intinya mengikut keperluan dan citarasa masing-masing. Lipatkan dan terus dimakan.
P/S Kalau susah nak cari daun kaduk boleh digantikan dengan daun salad atau daun bayam tapi rasanya tidak seunik daun kaduk.

Tuesday, March 1, 2011

Kacang Pool Daging


Friday, November 5, 2010

Haussss!!!!!!!




Bila breakfast pukul 11, dengan 2 keping roti canai seorang, maka lunch pun jadi pukul 5 le. Dah merangkap sekali dinner lah tu. Selamat.. jimat.. haahahaha.. jimat tenaga masa dan wang. bila dah masuk pukul 8 malam ke atas, mula la rasa nak mengunyah dan tekak haus semacam la pulak. Jom selongkar dapur apa yang ada utk hilang stress mulut yang minta nak mengunyah ni.

Tuesday, August 31, 2010

Kurma Goreng


Crispy Popia @ MV


Monday, June 21, 2010

Colek Mangga Muda

Dari air tangan my cousin, Lisa... sedap tu tak berapa pedas.. nostalgic buah mangga dari pokok my beloved Pak Njang yg baru pulang ke Rahmatullah pada 16 Jun lalu. Al Fatihah

Sunday, February 7, 2010

J Co Donut


Walla!!! my favourite. Dulu suka sangat Dunkin Donuts ni.. sekarang ni J Co la dalam hati. Anak2 pun suka. Beli masa jalan2 siang tadi kat Jusco Bandaraya Melaka yang baru bukak.

Thursday, January 21, 2010

Otak2 Dan Satar Kemaman


Hari Isnin hari tu, Mr Hubby kena pergi outstation ke Gebeng, Kuantan dan Kerteh. Nasibla dia pergi sehari (balik hari tu, macam dekat je kan). Kluar rumah selepas Subuh dan balik sampai di rumah pukul 11.30 malam. Sempat jugakla dia singgah kat Kemaman untuk menikmati otak2 dan satar ni. Yela kat situ kat famous dengan 2 jenis makanan ni. Memang best. Watee dah lama tak pergi makan kat situ. Cuma dapat merasa bila Mr Hubby tapaukan untuk kami sama. Thanx sebab ingat jugak dia kat Watee. Satar ni memang best, terasa lemak kelapa dan dia bukan macam kebanyakan satar yg kita jumpa jual kat tempat lain selain Kemaman yg memang pakai hampas kelapala. Tawar je rasa dia. Dan otak2 pulak lain sangat dari yg ada kat Melaka ni. Klu kat sini dia blend semua bahan termasuk isi ikan sekali, tapi yg made in Kemaman ni mmg pakai isi ikan betul. Isi ikan tenggiri.. dah jadi macam paisla... apa2pun Watee suka... kalau makan kat sana lagi suka.. hai bilala nak merasa pergi kat sana lagini...

Saturday, January 9, 2010

Sotong Kangkung


Entah kenapa harini perut rasa kenyangje. Sarapan tak ambil harini tapi lunch awal dalam pukul 11 kat Keluang Station. Terus shopping barang dapur kat Tesco. On way balik dah pukul 3 singgah beli cakoi, cucur udang dan ubi getuk kat Kelebang, minum petang pukul 5. Perut tak sempat nak lapar pun harini. Bukan Watee saja Mr Hubby dan anak2 pun gitu. Penangan roti canai tengah malam tadi kot, lepas main bowling kat MITC. Tapi makan malam tetap kena sediakan sebab lepas Maghrib je sure anak2 minta nak makan. Tak merasa nak makan nasi jadi menu makan malam Watee sediakan yang sempoi, sotong kangkung dan pizza. Sotong kangkung untuk Watee dan Mr Hubby, pizza untuk anak2. Selamat menjamu selera!

Sunday, January 3, 2010

Beef Roll



Resepi ni Watee cipta sendiri. Pernah makan sekali sewaktu Hari Keluarga MLNG di Bintulu dulu. Sedap dan terus Watee cipta sendiri ikut resepi tersendiri. Sedap memang sedap tapi tak berapa sesuai nak makan dengan nasi. Jadi Beef Roll ni makan gitu je. Ble dibuat appertizer sementara menanti sajian utama kepada tetamu. Adik Watee, Baby memang suka benda ni dan masih tak berkesempatan nak buat untuk dia. To my Baby, sila jamu mata je la ye.. next time ko datang Melaka for sure aku buat untuk ko punye.

Bahan2 :

Salty beancurd sheet
1paket daging cincang
250 gm udang segar
5 biji cendawan butang (dalam tin)
Sayur campur
2 biji kentang di dadu
3 ulas bawang putih
1/2 paket rempah kari daging
2 sudu makan oyster sos
1 sudu teh gula

Cara2 :

Tumis bawang putih hingga layu dan masukkan rempah kari daging - biarkan sampaii rempah masak.
Masukkan kentang dan daging masak hingga empuk.
Masukkan cendawan butang, sayur campur dan akhir sekali udang.
Bila sudah masak sejukkan dan balut dengan salty beancurd sheet tadi. Gulung seperti buat popia.


Untuk hiasan potong kecil kobis dan carrot taburkan diatas beef roll ni dan tuang sedikit mayonis dan sos cili bagi nampak menarik.

* Resepi ini tidak memerlukan garam kerana beancurd yang digunakan adalah masin. Buang sedikit garam menggunakan tisu di beancurd tersebut sebelum mula menggulung.