Day 1 (18/3/2011) Hari yg ditunggu telah tiba. Balik office awal haritu. Pukul 6 dah siap ambil anak kat rumah mak yang Watee dah antar seminggu sebelum tu. Pukul 7 malam dalam hujan lebat abah hantar kami ke airport.
Flight Air Asia AK456 dari LCCT departure to Medan tepat jam 9 malam. After 1 hour perjalanan kami landed dengan selamatnye. Tapi atas arahan stewardess kami tidak dibenarkan turun dari pesawat. Hanya dimaklumkan engineer sedang memeriksa aircraft sebab ada MINOR PROBLEM. After 10 minit baru kami diarahkan turun untuk menukar pesawat. Pelik je kan. turun je dari flight tu.. huh!! still kat LCCT lagi tu.. OMG!!! Sejam kat ATAS tadi tu apsal? ada MINOR PROBLEM spi patah balik, shoud be after 1 hour tadi tu dah boleh sampai ke Medan dah. Dont tell me that, flight tu hanya terbang dengan satu enjin saja!! Are u guys trying to kill us??.. No wonderla masa nak mula berlepas, masa flight berlegar di LCCT lagi enjin ada mati sekali. Gila la Air Asia.. berani mati.. Cuak ah nak naik 2nd trip. Fuh berdoa je la sepanjang2 perjalanan tu. Jadinye kami delay sejam dari jadual yg dijangka tiba. Sampai je kat Polonia Airport dan selamat mendarat Iman tidur. Tu pun pasal gayat kot flight nak mendarat sedikit gegar gara2 hujan lebat. Jadi kamilah penumpang akhir sekali yg turun dari pesawat. Masuk imigresen.. fuhhh, panjang sehhh!! satu kapal beratur. Mujur.. mujur mujur ada bapak kastam di sana tu yg agak prihatin bagi kami potong line depannnnn sekali.. heheheh mekasihla ye. Terharu atas keprihatinan bapak!!! Kami jalan dulu ye kawan2 sekapal.. korang2 queue la ek. Dahla hanya 2 kaunter je di buka masa tu.. sian kat korang.
Kami disambut oleh uncle my dear friend (si YUSLINDA ATMASARI MUSTAFA - asalnye dari medan ye). Her uncle ada travel agency. Kalau nak pakai service dia boleh add fb BAKHLIS ARSUL. Bolehla nak tawar menawar tapi tak berani nak jamin u guys can get cheaper as mine. Ada bersama waktu tu supir yang akan menjadi driver cum guide kami - TONY. Humble dan pendiam orangnye.. a good guy i guess.. Muslim, nama je agak kebaratan. Brapa upah kami bayar pada dia?? Transport - Innova + driver for 3D/3N tu, for only RP1,900,000 (RM673). Opss dont be jelous ek. Murah dong!!! Kami terus dibawa ke hotel. Hotel yg Watee dah booked awal di Agoda. Grand Sakura Hotel is actually a new hotel. Eventhough a bit far from others attraction kat Medan tu, this hotel is still located dalam pekan Medan jugakla. Disebabkan dah lewat malam dan pagi besok dah nak check out, kami amik Deluxe Room je yg berharga RP288,000.00 (RM100) semalam. Including breakfast ye. Bilik dia selesa amat dong. Walau sempit (maklumlah 5 orang kan) room agak menarik hiasannya nak dibandingkan dengan harga. So apalagi untuk aktiviti haritu kami tidur je la menatikan esok yang pasti punya acara yang lebbbbihhh menarik!!!
Ni le rupa hotelnye. Ni ruang legar lobby. Modern kan.
19/3/2011 - Day 2
Breakfast time. Buffet ok. Macam2 ada.. Gulai nangka pun ada untuk sarapan. Nasib baikla akak tak kembung haritu. Hotel bayar RM100 je tapi breakfast untuk bdk2 FOC. Amat selesa dengan dekorasi yang menarik dan taste of the food not bad la.
At 9 am Indonesian time kami bertolak ke Parapat. Journey mengambil masa lebih kurang 5 jam. All the way kami dijamu pemandangan yg menarik. Agak padat kediaman penduduk di kiri kanan jalan walaupun di kawasan pendalaman. Kebanyakan dari mereka adalah beragama Kristian dan bangsa dari kaum Batak. Yang agak pelik di sini, kubur ahli keluarga mereka depan rumah je, sebabnye nak kekalkan hak milik tanah ladang dari dijual waris. Kat tengah2 sawah padi, ladang pun ada kubur dan kubur mereka ni lebih menarik dari rumah pulak tu... yela kehidupan yg kekal pun kan.
3 jam perjalanan kami tiba di Permatang Siantar. Singgah la kat Paten Shop yang ada jual Tangtang, Tingting, Tongtong, Tengteng, Pangpang, Pingping, Pongpong, Pongpong dan bla bla bla. Macamana la nak hafal tu kan. Apa kemenatang tu? hahah tu jajan je.. dari kekacang. I didnt bought it much, 3 kotak je untuk rasa sikit2 tapi malangnye teringgal pulak dalam kereta masa nak balik. huhhu xde rezeki, lucky pasal beli sikit je. 1 box about RP30,000 (RM10) quite expensive kan.
Nilah kedai Paten nye. Macam R&R jugakla tempatni sebab ada toilet yg bersih dan banyak. Jajan2nye. Pemandangan padi bukit dalam perjalanan ke Parapat.
12.30 kami tiba di Parapat. Picture bawah ni lah view pertama yang kami nampak masuk je ke kawasan danau. Di sebelah kanan jalan ada deretan kedai2 minuman yang terletak betul2 dilereng bukit. Dan nun di bawah sana ialah danaunya. What say me??? SUBHANALLAH, maha suci Allah. Cantiknya suasana luasnya pemandangan lapangnya fikiran. Cuaca agak nyaman not too cool and not too hot. Fall in love aku pada Danau Toba ni dan kalau la aku tinggal kat sini.. owh nyamannya..(dreaming).. Stop kat sini beli air coke sorang setin. Macam le xde air lain nak try. bayor2 RP20,000 untuk 2 tin je - cokik darah den betulla!!!
2 model Coke yang mengayakan jersey dari Korea di Danau Toba.
Tengok belakang tu, cantikkan.
15 minit lepak2 minum we all shoot to pekan Parapat untuk lunch. Makan time is the very best part bila melancong ke Indonaesi ni. Kami di bawa ke Restoran Istana Minang. Tapi makan kat sini tak berapa sedap sangat sebab lauk pauk yang dihidang dah sejuk. Gulai sampai dah naik minyak. Lapor bedal je la.. rasa boleh tahanla..
Lepas makan kami terus check in hotel. b4 Watee dah booked bilik @ Tuktuk Samosir Villa, tapi atas nasihat Tony dia suruh kami stay kat Parapat saja. Takut REPOT esoknya katanya. Pas check in Danau Toba Cottage (view superb, lompat beranda je jatuh le dalam tasik) rehat sebentar, mandi solat dan siap2 nak ke Samosir Island. Kena naik boat. Masa tercangak2 kat jeti tu ada la mamat yang muka ala2 Andy Flop Poppy, wat marketing kat kitorang pulak. Pujuk promote suh chartered boat dia RP400,000 dan boleh bawak ke 3 tempat yang biasa orang lain lawati. Jual mahalla dulukan, macam aku tak tau korang nak cekik darah aku je kan. Ada satu boat awam yang menunggu. masa tu pukul 4.00 petang. Boat tu jenis tunggu orang penuh boleh baru jalan dan dalam boat tu adalah 3 4 orang yg baru naik. Pukul brapalah gamaknye kan dia boleh gerak tu. Tapi murah je dalam RP7,000 sorang je. Tapi hanya ke Samosir. Kalau ambil kira takes time jgkla. Nak balik ke Parapat balik pun nak kena tunggu jugakkan.. hari dah nak hujan.. Mamat ala Andy tadi tu masih lagi memujuk merayu. Bargain punya bargain dapatla RP300,000 (RM106). Amik jela. Boat yang sebesar tu yg boleh muat 30 orang hanya kami 5 branak je yang naik. Wahhh hebat kot.. chartered satu boat tu.. hehehe.. layankan jela.. yela kang kalau naik boat awam xde la anak2 watee bebas nak berlari sana sini, nak melompat ke mcm naik boat chartered ni kan.. (konon la.. ayat penyedap hati udah bayar boat mahal... hehehe). Kalau wat boat awam tu camtu agak2nya kami kena humban masuk dalam danau tu kot. huhuhu
ni la rupa titanic kami tu.. udah sampaiii pos dulu pos dulutapi tak nampak la muka si ANDY tu.. tu yg tengah cekik pinggang tu dia la
nice huh!!
Boat kami naik melawat ke 3 tempat berlainan. 1st ke Batu gantung. . Kisahnye..... korang google la cari. Malas pulak nak menaip dong!!! Paske Batu Gantung kami ke Tuktuk. Tuktuk actually is a hotel area. Macam2 hotel ada. After 1/2 an hour posing sikit2 kat Tuk Tuk tu, kami terus di bawa ke Ambaritha. Nengok2 makam raja batak zaman dolu2, museum batak dan perkampungan kaum Batak Toba dan shopping sikit2 kat Kg Tomok. As apa yg Watee baca melalui pengalaman orang pasal style orang2 batak ni meniaga, Watee takla rasa sulit mana pun. Xnak cakap terima kasih je la kan, walaupun ada jgk yg menarik2 tangan minta beli barang yg dijual. Tak preasure sangat la.
Di Ambarita ni kami bawak diri je. Ada jgk 2 3 orang yang volunteer nak jadi guide, tapi rasanya tak perlu la. Dalam kepala dah banyak info pasal tempat ni hasil dari bergoogling b4 datang ke sini. Biau aku je jadi guide pada hubby and anak2. Dalam boat sendiri pun Watee dah story mory kisah Batu Gantung, Kaum Batak dan asal usul Pulau Samosir tu kat depa. Turun dari boat kami jalan kaki je ke makam diraja kaum batak ni. Tapi sebelum tu tempuh la dulu kedai2 jualan sepanjang jalan. Kami melawat makan Raja Sidabutar dulu.. ada a few makam purba kat sini. Lepas tu kami ke Batak Museum. Sebab jam pun dah pukul 6 dan kawasan sekitar museum dah jadi sunyi.. agak segan la nak naik. Jadinya kami posing je la sikit2 dekat depan museum tu. Masa nak balik kami lewati lagi kedai2 souvineer and watee sempat la membeli keychain dan fridge magnet secara borong. Bli banyak pasal senang. Sure balik office ramai yg tanya, jadi sapa yg tanya tu suakan je keychain sorang satu. For me I bought a shirt and it’s not a typical t-shirt la, it’s a baby shirt with sequence dan embroidery on it. Pujuk punya pujuk dapat la RP100,000 (RM35)utk 3 helai tshirt. 3 helai tu pasal 1 for me and the other 2 is for my dearest sister. Bila balik Malaysia mana kawan2 yang tengok Watee pakai tshirt tu semua tanya apsal tak bli lebih… huhuhu.. sorry ek lain kali akak pergi lagi sure akak beli kat korangnye!!! Ha one more thing I bought is baju tidur for anak2. U know what, mummy lupa nak bawak baju tidur Irfan dan Ikhwan!!! So that melayang jgkla duit beli sorang satu pasang.. bukan tu aje ek.. my two boys ni minta blikan wallet dan sunglasses jgk. Eiii.. lebih2 pulak.. layankan je la. Dah ada wallet sorang satu minta isikan wallet tu sorang RP50,000 pulak.. huhuhu mummy jugak!!!
HORASS!!!!
Ni ialah museum batak. Fokus pada bangunan je ek, orang tak brapa penting
Rumah kaum batak toba
view Samosir dari atas boat
After 1 hour melilau2 kat Ambaritha tu, kami pun balik le ke Parapat semula. Hujan gerimis masa on way balik tu dan menjadikan kawasan sekililing bertambah sejuk. Sampai ke Parapat, kami dinner dulu. Makan kat satu gerai kampung yang jual bakso. Kedai kecil tapi bersih.
Teh botol. Famous kat indon. Everywhere kat Indon ada jual air ni. Rasa teh jasmin je Nasi goreng ayam
Bakso sapi Bergedil daging Soto medan. Lainkan.. udah rupa lontong makan dgn nasi. Ni air yang kami beli masa nak balik hotel, untuk bekalan la kan kalau2 haus. Air kacang hijau tu out of my taste ok Ni view dari bilik kami.. dalam pukul 9 malam.
jap jap viewwww kat depan tu... lalu makan la kiranyaa
20/3/2011 - Day 3
Hotel kami stay ni not provide aircond ek, tpi bangun pagi punyala sejuk. Pas mandi kami gi breakfast kat cafe dia yg terletak di atas bukit. Pool pun ada cuma bersebelahan dgn cafe. Pemandangan superb, hebat.. Sedih jugak nak meninggalkan
Parapat ni. Pujuk hati, next time datang lagi, i will!! insyaallah.
Breakfast ala carte. pilihan menu2 dibawah saja.
jap jap viewwww kat depan tu... lalu makan la kiranyaa
meehoon goreng
nasi goreng
Bawak balik biji ni, rendam dalam air panas tambah gula.. jadile air kopi
hehehe apala mummy ni
Lepas Check out, we all shoot to Berastagi, took about 4 hours journey. On the way, jamu mata lagi dengan pemandangan2 yang indah. Laluan tidak sama seperti yg kami datang semalam. Jalan lebih sempit, dengan berliku2 dan struktur jalan yg amat2 teruk. Seperti biasa dikiri kanan jalan ada jgk kediaman kaum Batak Taro ni. Dan sepanjang2 jalan jugak dengan mudah dapat lihat mereke jual B1 (Anjing) dan B2 (Babi). Erkk mudah le nak dapat.
Tepi jalan, ambil gambar ladang kopi tepi danau
Bawak balik biji ni, rendam dalam air panas tambah gula.. jadile air kopi
hehehe apala mummy ni
After 2 hours journey, kami stop kat Simarjarunjung. At this place the waether dah start cool dah. Tempat ni kira perhentian utk minum2 dan rehat sebentar. What's so special being here? Herbs tea.. u cant try it bila datang sini. Hubby cakap a bit spicy and me dah biasa minum air2 gini masa dalam pantang kan.. so no problemmo la
This is the tea ingredients
in the cool weather and take a sip of hot tea and hot goreng pisang
what else can i say??
with 2 cup of tea with goreng pisang complimentary, 2 cup of milo ice is cost me
RP69,000 (RM25)
in the cool weather and take a sip of hot tea and hot goreng pisang
what else can i say??
with 2 cup of tea with goreng pisang complimentary, 2 cup of milo ice is cost me
RP69,000 (RM25)
haila anak2 milo ice kat melaka pun ada...
lagi view sekitar Simarjarunjung
geram tengok tomato ni
Arriving Sipiso-piso Waterfall dalam jam 1 petang. Nyaman udara di sini walaupun matahari agak terik. Kat sini, northern part of Lake Toba and last place to view the lake. (So sad) The most important thing of coz la the waterfalls itself. Sipiso-piso means pisau dalam bahasa batak. Oh ye.. this area is no longer belongs to Batak Toba, majority didiami oleh Batak Karo pula. MEJUA-JUA (Selamat Datang maksudnya). Taksub tengok air terjun mengalir terus ke danau tanpa henti. On top of Siposo2 tu ialah ladang/kebun sayur orang. If I’m not mistaken there’s no river at the ground surface at all. Memang air keluar dari perut bumi. Air terjun ni setinggi 100M. Cantik of coz la. Snap gambar nampak macam lukisan je. Enough shoot picture kat sini we all terus gerak ke Berastagi yg took about 1 hour jgk la drive
Tiba di Berastagi waktu tu hujan gerimis. Kami terus la cari restoran untuk lunch dulu. Restoran Family.. kedai sempoi.. ada byk pilihan nak duduk, bersila/lesehan, meja, pondok dan kawasan persekitaran amat bersih. Makan kat sini marvelous. 1st time try jus terung belanda. Sejenis terung jgkla tapi rasanya masam. Taste quite similar macam air strawberry jugakla. Order food tak hengat!! As I told u earlier, makan time is the very best part bila kat Indon. Hahahah aku kan kaki makan!! Banyak jugak kami makan masa tu.. lapar sebab hujan or makanan dia sedap ke entah la.. tapi yang pasti amat puas hati makanan kat sini. Bayor2 kenala RP250,000 (RM88) untuk 6 orang makan for this prices mengarut la jugakkan. Makan pun 3 dewasa lagi 3 tu bdk2 apala yg derang makan sangat pun. Tapi dah tamak perut lapar itu nak ini nak.. kena la bayar. Dah la masa makan kat sini the bills in on me… huh!!!!! Tak adil!!!
Lepas makan kami terus ke Bukit Gundaling which is located between 2 active volcano. Still active. While we being there both mountain still lagi berasap. Scary la jugak!! Salah satu gunung tersebut baru saja meletus last year dan masih kelihatan jelas kawasan hutan yg terbakar di sebelah kiri gunung tersebut. Di Bukit Gundaling ni macam2 aktiviti ada. Dengan suanana yang nyaman, ada banyak gerai2 minuman dilereng2 bukit, ada kemah2 kecil bawah pokok untuk disewa (almost visitor came for tidur2 dan siap bawak blanket lagi), horse ride and also a few stall yang jual baju dan cenderahati. Kami anak2 beranak tak lepas peluang try horse ride jugak. Baru RP20,000 (RM7) sorang. Almost 20 minit ride jgkla. Lepas ke Gundaling kami ke pasar buah dekat town Berastagi ni. Watee borong buah yang boleh buat jus je, macam avocado yg baru RP20,000 sekilo. Murah bangat!!! Kat Malaysia RM4.99 sebiji. Watee beli jugak buah terung belanda, markisa dan salak. Buah2 ni dijual dengan harga RP5,000 (RM1.70) sekilo. No wonder la bla makan kat kedai order air ni sikit punya pekat jus derang ni, murah buah dia kan. Betapa besarnya Rahmat Allah bagi kat tempat ni kan.
Pukul 4 petang kami terus bertolak ke Medan. On the way kami stop lagi.. makan durian pulak. Hahaha makan je korje.. Durian Medan biasa je rasa dia, sebiji baru RP20,000 (RM7). A whole fruit ok, bukan sekilo
Sampai di Medan tepat jam 6 petang. Malam tu Watee tak book pun mana2 hotel. Ingat nak tengok mana dekat dengan town je. Pusing2 at last we decided to stay at Inna Dharma Deli Hotel. Old and a bit classic 3 star hotel yang ada since zaman Belanda lagi. Cost us RP350,000 (RM124) per night with breakfast for 2 . Room quite big. Enough space utk anak2 nak berlari. (Wahhh) I think is about 25 x 25 feet la jgk for the room only. Besar kan. Toilet pun besar. Tapi mmg classic gila la. More then 100 years they still manage to maintain hotel ni. Kusam dan rasa mcm haunted palace pulak!! Heheheh sorry aku ni penakut sikit. So dalam kepala otak asyik pikir benda scary mary jek. Ada pool tapi ada ke masa anak2 nak mandi. My mind dah pack ngan schedule nak menyopping je ni. Oh ye.. b4, kami dah bagi keizinan pada Tony utk balik awal. So that dia tak payah la bawak kami pergi dinner. Dah tu sikitnye berbakul2 pesanan Tony pada kami. Sikit besarnye rasa tanggungjawab dia pada kami takut kena tipu. Itu jangan ini jangan. Bagi tips macamana nak naik beca motor la apa la.. After solat maghrib we just walk by along the road nearby dan Merdeka Walk which is the same macam Bintang walk tu pun just opposite hotel je pun. So happening. U just name it what u want everything u can get it here. From western, Japanese, eastern semua adalah.. and we, just ate…… a local Indonesian cuisine je.. ye la dah datang Indon makan makanan Indon la kan. Nak makan western kat Malaysia pun berlambak ye dak!!
After dinner ingat nak jalan2 browsing bandar Medan waktu malam, tapi mandangkan anak dara ni dah jadi malas nak berjalan nak berdokong je, mood nak berjalan terus spoil. Terus balik bilik je la dan tengok sinetron dan tidur.
Day 3 – 21/3/2011
Pepagi lagi kami dah turun breakfast. Agak menarik jugaklak buffet breakfast kat sini and I really love their pecal very much. Tapi bdk2 kena chargela RP50,000 (RM18) per head. Lepas breakfast kami ke Istana Deli, iaitu istana peninggalan Kesultanan Melayu Terkahir di Medan tu. We have to pay RP5,000 per person. Tu pun utk donate pasal nak maintain istana ni. One corner of this istana, masih ada lagi kaum kerabat dia yang tinggal dan tourist tidak dibenarkan masuk. Actually tak menarik sangat pun istana ni. Lebih kurang istana nenek watee kat Rantau tu je.. hehehe… Maybe sebab dah lama kan. Kat sini ada service sewa baju di raja. Pakaikan la kat budak2 ni sorang sehelai with full accessories RP20,000 (RM7) sorang. The kids dan dan, dah elok2 pakai terus bersilat. Aduiii termasuk la my dear daughter tu. Siap minta tanggal crown pasal nak pakai tengkolok sebab nak join bersilat jugak. Sosak napeh den. Me & Hubby?? no thanx ek.. malas nak pakai pasal malas nak berpanas.. almaklum aku ni jenis tak boleh panas sikit mula la datang migraine. Kepala manja gitu. Selepas hampir sejam di sini kami melawat ke Istana Raya pula. Masjid tertua di Medan dan juga peninggalan dari zaman Belanda. Kami tak berlama kat sini pasal budak2 dah start meragam. After 10 minit gerak ke Fashion Outlet yang terletak di Jalan Kejaksaan. Please don’t ever think FO kat Medan similar macam di Bandung. Outfit tak banyak pun jual and really, it’s out of my taste dan kurang berkualiti. Watee cuma beli sehelai T-Shirt Guess untuk watee dan sehelai tshirt untuk Iman. Tu pun pasal nak tukar dgn baju yg dipakai ni. Almost baju yang Watee bawak semua jenis knitted yg mmg tak sesuai nak pki dgn cuaca di Medan tu jadinye kena la beli nak pakai ganti. Pastu kami balik ke hotel untuk packing nak check out. Minta permission to late check out, bagi je la bdk2 tu terjun pool. Ada satu slide kat pool tu, tu yg mengelisah je nak terjun tak sabar2. Pas mandi siap pack barang kami terus checkout dan dibawa lunch ke Restoran Ikan Bakar Pondok Lesehan Lubuk Idai. Lesehan means duduk bersila la. Food kat sini pun best jugak. Makan hingga tersandar kekenyangan. Kat sini la Watee bekenalan dengan ikan nila.. huhuhu sian species nama ku dibuat lauk!!! Tak taula ikan nila ni ikan apa. Yang tau kalau garume tu ikan kaloi, Ikan emas, ikan nila dan ikan bawal ni tak tau pulak jenis ikan apa. Yang pasti ikan bawal ni bkn macam bawal laut kita tu. Semua tu ikan sungai je.
Pas makan kitorang terus ke destinasi yg ditunggu2 – Pasar/Bajak Ikan. Oiiii mak.. kalau nak kawin ni harus le datang. Kain lace banyak pilihan, cantik2 dan murah2 sangat. Watee cuma cekau 5 jenis kain ela dan 10 helai telekung travel untuk bawak balik pada kawan2 yang pesan suruh beli. Xde la perabih sangat memborong kat sini pasal kain baju dia too complicated dan tersangatlah keindonesian. Kain yang Watee beli tu pun kain ela yang cost satu kain dalam RP150,000 (RM53) je. Beli jugak tshirt Medan utk dibuat cenderahati untuk kawan2. Kira overall yang kami spend untuk shopping kat Medan ni tak berabis sangatla. Masih boleh control nafsu nak memborong itu ini, cuba kalau di Bandung.. tak cukup pulak duit yg dibawak tu kan… opss!!! Disebabkan masa masih awal lagi untuk kami ke airport, Tony bawa kami ke satu shopping complex yang berhampiran. Melilau xde tujuan dan mujur kat sebelah atas ada arked permainan kanak2, so lepas la kids berhibur sementara masa masih ada. Tapi bila dah berhibur perut lapar pulak. Nasib ada fast food kat situ. KFC la jadi mangsa. Kat indon ni set meal dia different ngan kat Malaysia. Dia serve nasi kukus dgn seketul ayam. Jadi boleh le nak add on sup ke atau apa2 meals yg harga course add on tu cuma RP5,000 sahaja. Sepanjang yg kami duduk menjamu selera tu ada je meals yg kami add on kan. Dari muffin, ke sundae, ke float, ke wafle.. hahahah semua nak bli dan makan… mencekik betul!!! Abis tu dah murah rembat je la…
Hasil belian kami hari tu kami nak pack dalam kotak so senang nak masuk kargo. Disebabkan xde tempat yg sesuai utk kami pack all the stuff, Tony offer kami ke rumah dia. Huhuhu segan seeehh.. tapi dia angkut jugak. Ikut kan je la. Dirumah dia Tony heboh nak jamu kami dan minta orang rumah dia masakkan untuk kami. Orang rumah dia buka warung depan rumah je. Kesian pulak. Secara berbahasa kami menolak. Bukan tak mahu tetapi sedikit was was dengan keadaan persekitaran gerai wife Tony berniaga. Kami menolak secara berhemah. Yela kira perut masih kenyang hadap KFC tadi. Lagi pun tak perlu la repot2kan. Datang pun sekejap je. Kawasan rumah Tony ni macam rumah teres kos rendah jugakla. Dan katanya sewa cuma RP1,500,000 (RM530) setahun. Setahun ek bukan sebulan. Awatla murah sangat.. Selesa jugakla rumah tu untuk mereka 3 beranak je nak duduk.. Dah siap packing kami terus ke airport. Jam sudah menunjukkan pukul 7 petang. Lagi 2 jam masa nak berlepas. Sedih nak tinggal kan Medan. Yela sapa suka kan nak habiskan percutian. Tempat yang tenang dan damai. Rasa macam nak stay lama je lagi. Flight on time. Kami sampai di LCCT pukul 11.20 malam. Dan sampai ke Bandar Spring Hilss tepat jam 12 tengah malam. Habis percutian kami ke Medan.. next trip… hujung tahun le.. tunggguuuuuuuuuu
sedapnya makanan.
ReplyDeletePenawaran tarif hotel murah terbaik di medan visit: http://www.goldenelevenhotel.com
ReplyDeletedi pasar ikan adatailor untuk jahit tudubg tingkap dan baju ? mahal / murah tawar menawar tu boleh sehinnga half? nak tahu lebih lamjut ttg shopping di medan
ReplyDeleteAssalamualaikum Wattie,
ReplyDeleteCerita bercuti ke Medan, Danau Toba & Brastagi dgn keluarga Wattie amatlah menarik sekali & penuh dgn maklumat2 yang amat berguna. Tahniah & terima kasih.
Pakcik akan bercuti ke tempat yg sama pd 8 - 11 Dis 2013 bersama anak cucu (29 pax).
TQ Wattie & best regards to your hubby. my fb IBRAHIM AHMAD & E-MAIL: iba_43@yahoo.com
kak jika butuh kereta sewa kat medan bisa hubungi
ReplyDeletehttp://medanstarrentacar.com/
drivernya bagoss..
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Salam,
ReplyDeleteEntry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
Saya ada menyediakan ground pakej ke Medan atau seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
Pelbagai pakej ke Indonesia untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke tanah seberang sehinggalah anda meninggalkan negara tersebut.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
Sebarang pertanyaan akan kami layan.
Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info:
http://freelancetour.blogspot.com/
Travelog yg bagus dan begitu informatif. Patut dcontohi travelers lain. Syabas
ReplyDeleteSalam alaik, pakej melancong ke Medan disediakan dengan harga yang sangat berbaloi lagi murah , berpengalaman mengendalikan beratus-ratus trip ke Medan-Danautoba-Berastagi, pakej Muslim , keseronokan anda kebahagiaan kami.
ReplyDeleteWhatsapp : 017 5367426 (insyirah)
Emel : melancongmurahbaloi@gmail.com