Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Stew Daging

Wednesday, February 1, 2012

Mee Rebus Tulang



Bahan2 :

1/2 kilo tulang
kulit kayu manis
halia hiris
bunga lawang
buah pelaga
cengkih
- rebus kesemua bahan hingga daging empuk

Bahan tumis
15 biji cili kering - direndam kembang
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
- kisar semua bahan di atas


1/2 kilo ubi keledek rebus hingga empuk dan kisar halus


Tumis bahan kisar hingga cili masak. Masukkan rebusan daging. Masuk juga 5 keping asam keping.
Renehkan sebentar, masukkan ubi kisar tadi.
Perasakan dengan garam dan gula.


Boleh di makan dengan mee kuning yg dicelur bersama bahan2 hiasan :-

Daun sup
Daun bawang
Taugeh
Tauhu goreng
Tomato
Cili jeruk
Bawang goreng
Telur rebus
Limau

Friday, June 17, 2011

Nasi Daging


Sunday, June 12, 2011

Masak Lemak Daun Turi, Sup Haruan,Daging Goreng Rampai, Ikan Parang Goreng, Ulam2an + Sambal Belacan



masak lemak turi, daging goreng rampai, ikan parang goreng, sup haruan, sambal belacan dan ulam-ulaman. asyik masak yg simple je minggu ni. harini masak best sikit. ni penangan dari makan style siam. kat sana pagi2 sarapan nasi dgn ulam2an dan sambal belacan. Perfectnye. Sampai anak2 naik hairanla selalunye 2 lauk saja!! xpela harini mummy teruja nak makan style kampung

Tuesday, March 1, 2011

Kacang Pool Daging


Monday, June 7, 2010

Sambal Tumis Daging Petai


Monday, May 31, 2010

Kari Kambing


Resepi yang sama dengan Dry Curry Chicken Nothern Style..

Mee Bakso


Bahan2 Utk Bebola Daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula
Kisar kesemua bahan di atas
1 pek daging cincang
4 sudu makan serbuk roti
Gaul sebati daging, serbuk roti dan bahan kisar, bentukkan sebesar bola pingpong dan rebus sehingga daging masak. Simpan air rebusan daging ni nutk dibuat sup.
Bahan2 untuk sup
1 biji bawang merah di mayang
3 ulas bawang putig di mayang
1 tangkai serai
1 inci halia
air rebusan daging
Garam dan gula
Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan serai, halia dan air rebusan. Masukkan bebola daging tadi dan perasakan dengan garam dan gula.
Makan dengan mee, meehoon atau keutiaw disertakan dengan taugeh, daun sup/bawang, kacang goreng, bawang goreng dan cili kicap.

Friday, April 23, 2010

Sloppy Joes

Resepi ceduk dari Kak Ida 1001 Rasa. Menarik dan tertarik sekali nama dia kan. Yang pasti anak-anak suka dan kalau nak cuba kat sini resepi dia ye http://1001resepi.com/?p=2735.
Suka sangat blog 1001 ni.. simple tpi penuh idea.

Wednesday, April 21, 2010

Satay Kajang Haji Samuri


Jumaat yang lepas, Mr Hubby ada ke KL meeting kat KLCC. On way balik dia singgah di Seremban dan makan satay ni. Sempat jugak tapau untuk kami, untuk Ikhwan sebenarnya yang memang suka sangat makan satay ni. Tapau satay daging, ayam dan perut.. mmm sedappp...

Friday, April 16, 2010

Lamb Chop

Cara-cara

Kambing
Perapkan 1/2 jam dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk lada hitam, kicap, sos tiram, sos bijan.
Bakar hingga masak.

Sos black pepper
3 labu bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
5 sudu makan serbuk lada hitam
- Tumis bawang hingga layu dan masukkan kesemua bahan.
Kentang Mayonis
Rebus kentang hingga empuk
Gaulkan dengan sedikit mayonis, black pepper dan daun sup

Thursday, March 11, 2010

Pie Roti Berdaging




Malam ni makan roti je ek.. tapi roti bukan sebarang roti tau, hah hah!! resepi ni Watee buat sendiri ni.. dan rasa dia.. mmm sekali makan nak lagi. Sedap tuh! (Maaf ye, saya masuk bakul!!!).

Pernah tengok dalam blog sapa ntah lama dulu pasal roti ni, arini tringin nak buat tapi tak tau nak cari mana dah blog dia. Lupa sapa punya rumah dah Watee jengah. Jadi ikut creative sendirila main buh segala macam yg ada kat dapur. Nasib baik menjadi.. Tapi rasa sedikit pedas sebab terlebih taruk pepper dan paprika!!!


Resepi


Untuk inti


1 paket daging cincang

5 ulas bawang putih - di dadu

1 ulas bawang besar - di dadu

3 sudu makan serbuk lada hitam

3 sudu makan serbuk paprika

3 sudu makan sos tiram

1 sudu makan sos bijan

cendawan butang

tomato di dadu

sayur campur

sosej

-campur kesemua bahan, gaul sebati dan masak dalam microwave selama 10 minit.


Untuk roti

1 buku roti

4 biji telur

1 kotak kecil susu segar

aduk telur dengan susu sehingga sebati.. celupkan roti dan susun di dalam acuan. lapiskan dengan inti dan selangkan dengan roti.

Untuk sos putih

4 sudu makan butter

1 cawan susu segar

1/2 cawan tepung gandum

3 keping cheese cheddar

panaskan butter dan masukkan kesemua bahan hingga sebati, jaga jangan sos bergentel.


untuk lapisan atas pie, tuangkan sos putih, susun cheese cheddar dan bakar sehingga kekuningan.

Wednesday, March 10, 2010

Meatballs In Tomato Sauce







Sunday, February 28, 2010

Beef Stew


Sunday, January 3, 2010

Beef Roll



Resepi ni Watee cipta sendiri. Pernah makan sekali sewaktu Hari Keluarga MLNG di Bintulu dulu. Sedap dan terus Watee cipta sendiri ikut resepi tersendiri. Sedap memang sedap tapi tak berapa sesuai nak makan dengan nasi. Jadi Beef Roll ni makan gitu je. Ble dibuat appertizer sementara menanti sajian utama kepada tetamu. Adik Watee, Baby memang suka benda ni dan masih tak berkesempatan nak buat untuk dia. To my Baby, sila jamu mata je la ye.. next time ko datang Melaka for sure aku buat untuk ko punye.

Bahan2 :

Salty beancurd sheet
1paket daging cincang
250 gm udang segar
5 biji cendawan butang (dalam tin)
Sayur campur
2 biji kentang di dadu
3 ulas bawang putih
1/2 paket rempah kari daging
2 sudu makan oyster sos
1 sudu teh gula

Cara2 :

Tumis bawang putih hingga layu dan masukkan rempah kari daging - biarkan sampaii rempah masak.
Masukkan kentang dan daging masak hingga empuk.
Masukkan cendawan butang, sayur campur dan akhir sekali udang.
Bila sudah masak sejukkan dan balut dengan salty beancurd sheet tadi. Gulung seperti buat popia.


Untuk hiasan potong kecil kobis dan carrot taburkan diatas beef roll ni dan tuang sedikit mayonis dan sos cili bagi nampak menarik.

* Resepi ini tidak memerlukan garam kerana beancurd yang digunakan adalah masin. Buang sedikit garam menggunakan tisu di beancurd tersebut sebelum mula menggulung.

Monday, December 28, 2009

Family Gathering
























Hujung minggu ni, rumah Watee meriah dengan kunjungan mak abah dan adik beradik Watee. Sempatla bawak meronda bandar Melaka petang Sabtu tu dan malamnye kami pergi menjamu selera ikan bakar di Umbai (gambar yang Watee snap tak berapa clear). Hari Ahad tu makan tengahari Watee yang sediakan. Simple je, sup ikan merah, daging goreng dan pea sprout dengan cendawan campur. Sayur pea sprout ni Watee goreng dengan udang dan 3 jenis cendawan, pek campur Watee beli dari Mydin. Tapi makan tengahari yang Watee sediakan kali ni sikit hambar sebab xde menu yang pedas. Kami sekeluarga kalau tak de sambal memang makan tak berapa nak lajula... tapi dah rezeki jangan ditolak so makan je la kan..









Friday, December 11, 2009

Asam Pedas Daging Tetel


Sebenarnye Watee memang suka makan daging ni. Tak kira daging lembu ke daging kambing ke, memang menjadi kegemaran Watee. Tambah2 lagi kalau ada urat2 sikit, ada lemak2 sikit fuh terangkat kalau masak sup.. Tapi disebabkan tak berapa elok untuk kesihatan jadi menu ni Watee masak jarang2. Especially dgn tahap kesihatan husband Watee yang tak mengizinkan. Kena jaga makan dia sebab ada darah tinggi!!

Sunday, November 29, 2009

Kari Rebung & Daging Tetel


Masakan sepanjang cuti raya Aidil Adha di PD

Sunday, November 22, 2009

Daging Black Pepper


atas permintaan anak-anak Watee "mummy masak kuah buat banyak-banyakye"