Tak tau la macamana punya sedap, lepas mencuba karipap cheese dan bawak ke office, ada je yang suka dengan karipap ni. Yang tak menahan ada yang order. Karipap 1st and last la yang dibuka untuk tempahan. Alasan 1) sebab tak berapa nak mahir 2) sebab xde masa/xrajin nak duduk dan tekun mengelim satu persatu 3) sbb MALAS MALAS dan MALAS....
huhuhuuh saya tak minat nak buat karipap.. makan suka lah. Oleh sebab itu sesiapa yg berkeinginan menempah karipap saya... saya boleh provide inti saja ek... hehehe boleh gitu?
sebelum digoreng |
Salam, mcm mane saya blh hubungi awak, saya berminat nak buat karipap inti chesee
ReplyDelete
DeleteBahan untuk karipap
225gm tepung gandum
80gm margerin
70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus
Cara untuk membuat karipap
1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata .
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (pakai mixer je).
4. Pastikan masukkan air sedikit-sedikit. Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lagi.
5. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya, tutup dan kelim ditepinya.
6 . Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas-panas....cheese meleleh tu!!!
Bahan untuk inti cheese
2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong-potong
cheese cheddar secukupnya ~ disagat mengikut citarasa
Cara membuat inti
1. Kentang yang dah dilecek, digaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair. Masukkan susu cair sikit-sikit. Pastikan adunan tak kering sangat. Agak-agak adunan dah lembut pun ok.
2. Sausage boleh digantikan dgn jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
3. Untuk cheese dan sosej, terpulang kepada anda. Kalau suka banyak, masukkan sosej yang dipotong atau cheese yang disagat banyak. (takut tak muat nanti..heheheh)
4. Dah siap semuanya, bolehlah dimasukkan dalam karipap.
5. Nak letak cheese dan sosej sahaja pun ok. Tapi saya campur sekali dengan kentang biar penuh intinya!!!!!!.
Sudah siap. Kalau nak pedas sedikit bolehlah potong cili api/cili merah dan digaul bersama. Tapi untuk rasa yang lebih universal, rasanya dah ok kot...hehehe....SELAMAT MENCUBA!!!
ReplyDeleteBahan untuk karipap