Showing posts with label Chinese Food. Show all posts
Showing posts with label Chinese Food. Show all posts

Sunday, September 5, 2010

Siakap Stim Ala Cina


Thursday, February 11, 2010

Ayam Kung Pao


600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam
Cara menyediakan:-
isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.
Bahan-bahan B:
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar - potong dadu besar
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus2
inci halia - ditumbuk halus
3 sb sos tiram
2 sb sos cili
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
garam - kalau perlu
Cara menyediakan:
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi, sos tiram, sos cili dan sedikit air. kacau
5. Bila kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.
6. Siap untuk dihidangkan

Sunday, January 24, 2010

Mee Wantan Sup


Brunch harini, senang 2 + 1.. Tapi anak2 Watee kurang suka klu mee berkuah ni. Tak suka tak suka pun makan jugakla, walau mulut bising mngomel minta yg lain, semangkuk jugak habis!!!

Thursday, January 14, 2010

Butter Prawn


Ni pun masakan cina jugak. Sedapppp.....


Bahan2

Udang yg dibuang kulit
5 biji kuning telur
5 sudu butter
Daun kari
5 biji cili padi di hiris
3 sudu nestum
Garam gula

Cara2

Goreng udang sehingga masak dan ketepikan.
Panaskan mentega goreng kuning telur dan kacau selalu hingga telur garing, tapiskan dan ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis daun kari dan cilipadi, masukkan nestum dan goreng garing.
Kemudian masukkan udang dan kuning telur tadi, perasakan dengan garam dan gula, kacau sebati, sedia untuk dihidangkan.

Siew Pak Choy Dan Cendawan Shitake Sos Tiram


Penat balik dari gym pukul 6.45 terus kalut ke dapur untuk prepare dinner. Macam dah lama je tak masak. Last Watee masak hari Isnin hari tu. Terasa nak makan makanan ala China, maka terhasilla menu untuk malam ni.
Bahan2
Siew pak choy
5 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tiram
Setengah cawan air
Cendawan shitake yg direndam
1 sudu teh gula
Cara2
Celur siew pak choy dengan air dan sedikit minyak dan jangan sampai terlalu layu.
Tapis dan susun di atas pinggan, biarkan seketika.
Tumis bawang putih yang didadu, dan masukkan sos tiram.
Tambah sedikit air, gula dan masukkan cendawan.
Kacau sehingga masak dan tuangkan di atas siew pak choy tadi.

Monday, January 4, 2010

Tofu Kukus Cendawan


Resepi first time cuba.. sedap bebbb!!!!


Bahan2:
Japanese Pressed Tofu
5 ulas bawang putih - didadu
Sedikit udang kering
Cendawan kering - direndam (apa2 jenis cendawan pun ok, tapi Watee pakai cendawan telinga kera)
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Gula
Daun bawang
Bawang goreng

Cara2:
Keluarkan tofu dari bekas dan kukus selama 5 minit, asingkan.
Tumis bawang putih dan masukkan udang kering. Masukkan sedikit air, gula dan sos tiram.
Kemudian masukkan cendawan dan biar sampai masak. Tuang ke atas tofu kukus tadi.
Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.