Showing posts with label Pie/Tart. Show all posts
Showing posts with label Pie/Tart. Show all posts
Tuesday, May 1, 2012
Saturday, March 31, 2012
Pavlova
BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
3 camca besar tepung jagung
3 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya (pakai yang sedia guna dalam tin)
Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Mangga segar secukupnya ataupun fruit cocktail.
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova. Ketepikan.
2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(guna spatula). Kautkan dan tuang ke atas acuan kertas dan jangan melebihi garisan bulatan.
3. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..
Friday, May 20, 2011
Shepperd Pie
Bahan-bahannya
400 gm minced meat
1 batang carrot (big size) - diparut kasar
1 labu bawang besar (medium size) - dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos worchestershire
2 sudu besar tepung gandum
sedikit minyak
4 biji ubi kentang(medium size) - direbus sampai empuk
2 sudu besar butter
150ml susu
sedikit lada sulah
1 biji kuning telur - dipukul sedikit
Cara membuatnya
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar.
Bila bawang telah layu, masukkan minced meat. Kacau sebentar hingga daging masak.
Masukkan carrot. Kacau lagi.
Masukkan sos tomato, kicap dan sos worcestershire. Kacau rata.
Rasa garam. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
Taburkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Tutup api dan ketepikan.
Panaskan susu dan mentega dalam satu bekas. Jangan sampai mendidih, cukup setakat mentega cair saja.
Ubi kentang yang telah direbus, buang kulit dan dilenyekkan. Kalau nak mudah guna hand mixer.
Masukkan campuran susu dan mentega ke dalam mashed potato tadi dan guna mixer untuk sebatikan semua bahan.
Masukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam. Kalau lagi.
Masukkan campuran daging yang telah dimasak tadi ke dalam bekas kaca yang leper(lebihkurang 6'' x 6'') dan tahan panas (oven proof). Ratakan dan mampatkan sedikit.
Kemudian tuangkan/hiaskan campuran ubi kentang ke atas lapisan daging tadi. Sekarang kita ada dua lapisan iaitu lapisan daging di bahagian bawah dan lapisan kentang di bahagian atas.
Sapukan kuning telur di atas lapisan kentang.
Bakarkan dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 30 - 40 minutes.
Bila masak, bahagian lapisan atas kelihatan kekuningan.
400 gm minced meat
1 batang carrot (big size) - diparut kasar
1 labu bawang besar (medium size) - dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos worchestershire
2 sudu besar tepung gandum
sedikit minyak
4 biji ubi kentang(medium size) - direbus sampai empuk
2 sudu besar butter
150ml susu
sedikit lada sulah
1 biji kuning telur - dipukul sedikit
Cara membuatnya
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar.
Bila bawang telah layu, masukkan minced meat. Kacau sebentar hingga daging masak.
Masukkan carrot. Kacau lagi.
Masukkan sos tomato, kicap dan sos worcestershire. Kacau rata.
Rasa garam. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
Taburkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Tutup api dan ketepikan.
Panaskan susu dan mentega dalam satu bekas. Jangan sampai mendidih, cukup setakat mentega cair saja.
Ubi kentang yang telah direbus, buang kulit dan dilenyekkan. Kalau nak mudah guna hand mixer.
Masukkan campuran susu dan mentega ke dalam mashed potato tadi dan guna mixer untuk sebatikan semua bahan.
Masukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam. Kalau lagi.
Masukkan campuran daging yang telah dimasak tadi ke dalam bekas kaca yang leper(lebihkurang 6'' x 6'') dan tahan panas (oven proof). Ratakan dan mampatkan sedikit.
Kemudian tuangkan/hiaskan campuran ubi kentang ke atas lapisan daging tadi. Sekarang kita ada dua lapisan iaitu lapisan daging di bahagian bawah dan lapisan kentang di bahagian atas.
Sapukan kuning telur di atas lapisan kentang.
Bakarkan dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 30 - 40 minutes.
Bila masak, bahagian lapisan atas kelihatan kekuningan.
Sunday, October 31, 2010
Sardin Pie
Bahan2
1 paket kulit pastry puff (boleh dibeli dibahagian sejuk beku Mydin/Giant/Tesco)
2 ketul sardin tin (ditos sosnya)
1 biji bawang besar didadu
1/2 biji tomato didadu
1 biji cili masak di cincang kasar
2 sudu makan mayonis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
10 keping acuan mini pie
1 biji telur kuning
1 keping cheese cheddar
Cara2
Potong kulit pastry ikut size acuan dan tekan kan ke dalam nye
Hancurkan isi ikan dan campur kesemua bahan2 diatas hingga sebati.
Masukkan ke dalam pastry tadi sebagai intinya. Tutup lapisan atas dengan lebihan kulit pastry tadi.
Sapukan sedikit kuning telur ke atasnya dan tabur cheese cheddar ikut suka.
Bakar dalam suhu 180C selama 15 minit.
Thursday, March 11, 2010
Pie Roti Berdaging
Malam ni makan roti je ek.. tapi roti bukan sebarang roti tau, hah hah!! resepi ni Watee buat sendiri ni.. dan rasa dia.. mmm sekali makan nak lagi. Sedap tuh! (Maaf ye, saya masuk bakul!!!).
Pernah tengok dalam blog sapa ntah lama dulu pasal roti ni, arini tringin nak buat tapi tak tau nak cari mana dah blog dia. Lupa sapa punya rumah dah Watee jengah. Jadi ikut creative sendirila main buh segala macam yg ada kat dapur. Nasib baik menjadi.. Tapi rasa sedikit pedas sebab terlebih taruk pepper dan paprika!!!
Resepi
Untuk inti
1 paket daging cincang
5 ulas bawang putih - di dadu
1 ulas bawang besar - di dadu
3 sudu makan serbuk lada hitam
3 sudu makan serbuk paprika
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos bijan
cendawan butang
tomato di dadu
sayur campur
sosej
-campur kesemua bahan, gaul sebati dan masak dalam microwave selama 10 minit.
Untuk roti
1 buku roti
4 biji telur
1 kotak kecil susu segar
aduk telur dengan susu sehingga sebati.. celupkan roti dan susun di dalam acuan. lapiskan dengan inti dan selangkan dengan roti.
Untuk sos putih
4 sudu makan butter
1 cawan susu segar
1/2 cawan tepung gandum
3 keping cheese cheddar
panaskan butter dan masukkan kesemua bahan hingga sebati, jaga jangan sos bergentel.
untuk lapisan atas pie, tuangkan sos putih, susun cheese cheddar dan bakar sehingga kekuningan.
Labels:
Daging,
Microwave Cooking,
Pie/Tart,
Roti
Sunday, January 10, 2010
Apple Crumble
Petang minggu yang relax.. lepas lunch rajin jugak rasa nak buat Apple Crumble ni. Cilok dari Blog Hana's Family, terhasillah my Apple Crumble. Sedap tau, resepi Watee olah bagi kurang manis. Sesambil Mr Hubby bergardening kat luar tu Watee jamu dia dengan Apple Crumble ni... mmm sedap katanya.. hehe. Harini, hari terlebih rajin, almaklum a whole week ni periuk digantung atas alasan sibuk. Sibuk dgn persekolahan anak2 dan juga aktiviti beriadah. Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Watee harus ke gym, Selasa pulak swimming dan badminton. Tak lama je lagi acara ke gym ni. Lagi sebulan je dan pastu lega sikitla, xdela tiap hari nak kena turun ke gym tu.
Bahan-bahan
Utk Crumble
100g tepung gandum
40g gula
80g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam
100g tepung gandum
40g gula
80g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam
Utk Inti
3 biji epal - kupas dan potong dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
3 biji epal - kupas dan potong dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Selamat mencuba....
Tuesday, November 24, 2009
Shepherd Pie
Harini teringin nak makan yang simple je. Masa tengah bakar pie ni, Ikhwan membebel kenapa Watee tak masak nasi.. tapi bila dah siap diala yang makan paling banyak!!!
BAHAN INTI
250 g daging cincang
100 g cendawan butang
2 cawan mix vege
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 helai bay leaf
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam
BAHAN KENTANG PUTAR
8 biji kentang
2 camca besar mentega
3/4 cawan susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley
BAHAN LAIN
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan
Cara2
UNTUK KENTANG PUTAR :-
Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentang dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.
UNTUK INTI :-
Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, sayur campur, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.
UNTUK SHEPHERD PIE :-
Lenser bekas tahan panas dengan sedikit mentega. Isikan dasar bekas dengan kentang putar, ratakan dan tarukkan inti di atas kentang putar. Tutup permukaannya dengan kentang putar lagi sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasan.
Monday, November 23, 2009
Fruit Tartlets
Subscribe to:
Posts (Atom)
Total Pageviews
Labels
- Air (23)
- Ala Mamak (1)
- Alatan (8)
- Annual Dinner (1)
- Appertizer (11)
- Award (2)
- Ayam (26)
- BBQ (3)
- Birthday (8)
- Biskut (1)
- Breakfast (26)
- Buah-buahan (2)
- Bubur/Pengat (5)
- Cake/Cup Cake (32)
- Cambodia (3)
- Chinese Food (6)
- cocktail (1)
- Daging (19)
- Dessert (16)
- Dinning Out (40)
- Eastern Food (1)
- Gathering (4)
- Holiday (28)
- Ikan (44)
- Indian Food (1)
- Indonesia (2)
- Jalan-jalan Bandung (1)
- Jalan-jalan Bangkok (2)
- Jalan-Jalan Hatyai-Danok (2)
- Jalan-jalan Ho Chi Minh (1)
- Jalan-jalan Johor (1)
- Jalan-jalan Kenyir (1)
- Jalan-Jalan Krabi (3)
- Jalan-Jalan Medan (1)
- Jalan-jalan Phnom Penh (1)
- Jalan-Jalan Seoul (7)
- Jalan-jalan Siem Reap (2)
- Jalan-jalan Singapore (1)
- Jalan-jalan Terengganu (1)
- Japanese Food (12)
- Johor (1)
- Korea (1)
- Kuih-muih (29)
- Makan-makan (7)
- Masakan Mak (12)
- Mee/Pasta (29)
- Microwave Cooking (5)
- Nasi (14)
- Pie/Tart (8)
- Raya (8)
- Roti (19)
- Sayur (38)
- Seafood (30)
- Siamese Food (4)
- Singapore (1)
- Snack (5)
- South Korea (8)
- Souvenir (1)
- Sup (6)
- Tag (2)
- Take A Break (27)
- Telur (14)
- Thailand (8)
- Tofu (4)
- Untuk Tempahan (1)
- Vietnam (1)
- Western food (18)
- wishes (14)
- XTVT (7)
Popular Posts
-
Percutian yang telah dirancang lebih awal ke destinasi idaman - KRABI. Dengan 2 kenderaan, Kuda Putih Grand Vitara dan Kuda Merah Wira ...
-
Bahan (Lapisan Coklat) 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan) 1/3 cawan gula...
-
Day 1 (18/3/2011) Hari yg ditunggu telah tiba. Balik office awal haritu. Pukul 6 dah siap ambil anak kat rumah mak yang Watee dah antar sem...
-
As Salam Semua.. Salam bersiaran kembali setelah lama menyepi. Xde bahan? Xmasak? masak tetap masak cuma xde mood je nak lebur masuk d...
-
Tak tau la macamana punya sedap, lepas mencuba karipap cheese dan bawak ke office, ada je yang suka dengan karipap ni. Yang tak menahan ad...
-
Ikan lengat 6 ekor ikan kembung rebus (dibersihkan) 2 ulas bawang merah (dihiris bulat) 2 biji cili masak (dihiris serong) 4 biji cili padi...
-
Resepi 1 pek tahu kering goreng (potong atas tahu melintang, terbalikkan dan bentukkan seperti kelopak bunga, goreng sebantar) Bahan Inti 5...
-
Hari terakhir di Krabi. Jam 8 pagi menderu bunyi air.. suspen!!! cuak tsunami seh... hiihihihi penakutnya aku!! pikir yg buruk2 je. Jenguk ...
-
Day 2 Selepas bersarapan pagi, dijamu meehoon goreng dan juga diberi sedikit bekalan, kami dibawa Kak Ty ke Itaewon. Ambil masa dalam 20 m...








