Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Siakap 3 Rasa


Thursday, August 9, 2012

Pais Ikan Kembung


Resepi ikut Cik Mat Gebu dalam blog dia, tapi di olah sedikit ikut kesuaian bahan2 yang ada kat rumah masa tu.

Monday, April 9, 2012

Umai Tenggiri


Bahan2
A
3 potong ikan tenggiri - bersihkan, hiris nipis dan buang tulang
5 biji limau nipis - diambil jusnya
4 sudu makan cuka
gaulkan kesemua bahan di atas dan peram selama 1/2 jam

1 biji bawang besar - dimayang
1 biji tomato - potong dadu
2 biji cili merah - potong bulat
5 biji cili padi - potong bulat
daun limau purut - hiris nipis
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati dan masukkan bahan A ke dalam nya. Sedap dihidang sejuk

Sunday, April 1, 2012

Shark Fin Soup


A
Sepotong dada ayam
500ml air
2 ulas bawang putih dimayang
Satu inci halia dipotong halus
Rebus bahan2 di atas sehingga ayam empuk. Sejukkan dan carik2 kan isi ayam tadi halus2.

B
3 biji cendawan shitake yg direndam lembut dan dihiris
2 btg crab stik dihiris nipis memanjang
1 bungkus imitation shark fin
500 ml air
1 biji telur
2 sudu makan cuka hitam
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan setengah cawan air
Campur kesemua bahan di atas beserta dengan bahan A. Perasakan dengan garam dan gula. Kecil kan api dan tuang bancuhan telur sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yg diingini dan biar sampai masak.



inila rupanya imitation shark fin tu
boleh beli kat Mydin or Tesco

Sunday, June 12, 2011

Masak Lemak Daun Turi, Sup Haruan,Daging Goreng Rampai, Ikan Parang Goreng, Ulam2an + Sambal Belacan



masak lemak turi, daging goreng rampai, ikan parang goreng, sup haruan, sambal belacan dan ulam-ulaman. asyik masak yg simple je minggu ni. harini masak best sikit. ni penangan dari makan style siam. kat sana pagi2 sarapan nasi dgn ulam2an dan sambal belacan. Perfectnye. Sampai anak2 naik hairanla selalunye 2 lauk saja!! xpela harini mummy teruja nak makan style kampung

Sunday, April 10, 2011

Kari Kepala Ikan Jenahak

Tuesday, February 15, 2011

Pandan Chicken, Kari Bawal, Pari Bakar, Sayur Campur buat menyambut tetamu paling istimewa

Yahoooo... paklang datang.. bawak semua kaum kerabat.. happy tak terkira... mereka tiba pada cuti raya cina haritu jam 2 petang. Percutian pertama ke rumah selama 4h/3m. Sepanjang berada di rumah kami, Watee bawak le jalan2 kat Melaka ni. Menarik jgk kan Melaka ni, yela negeri bersejarah tentu byk tempat menarik utk dilawati. Kami mulakan dgn ke Makam Hang Tuah, Perigi Hang Tuah dan lepak2 di Dataran naik beca. Sebelah malamnya kami makan makanan laut dan esoknye mandi manda di pantai pengkalan balak. anyway enjoy sesangat.

Menyambut kedatangan dengan menu2 pertama...


Iman dengan muka toiye nye

sedih bag muzz makan ek.. sekali sekala berkumpul kan


kari bawal mak


pandan chicken


pari bakar

Sunday, December 19, 2010

Kari Ikan Keli


Saturday, November 27, 2010

Kari Ikan Senangin


Friday, October 29, 2010

Ikan Dori Mediterranian


Resepi dari Fahrin Ahmad dalam Citarasa Calebriti (Shiela Rusly). Watee tonton masa di Bintulu lagi, dalam lebih kurang 4 ke 5 tahun yg lalu. Byk kali dah Watee try, selain sedap ianya mudah merangkumi lauk dan sayur sekaligus. Boleh try ikut resepi ni



Bahan2
Untuk ikan
500 gm isi ikan dori dicuci bersih
1 biji telur (ambil kuning sahaja)
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
- Gaulkan semua bahan di atas dan perapkan seketika. Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan toskan.
Untuk kuah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili masak
1 batang serai
1 inci halia
- kisar bahan ini sehingga lumat
Karot
Tomato
Capsicum
Bawang besar
Nanas dalam tin
- Ikut kuantiti yg disukai, potong dadu kesemuanya
1 tangkai daun bawang
- dihiris panjang satu inci
2 keping asam keping
2 sudu makan santan pekat
2 sudu makan air nanas dari tin
Sedikit garam dan gula
Cara2
Tumis bahan kisar hingga garing, masukkan asam keping, santan dan air nanas. Kemudian masukkan sayur2an dan perasakan dengan garam dan gula.

Thursday, October 28, 2010

Trio Masakan Ala Kampung

Ikan lengat
6 ekor ikan kembung rebus (dibersihkan)
2 ulas bawang merah (dihiris bulat)
2 biji cili masak (dihiris serong)
4 biji cili padi (dipotong bulat)
Cara2
Goreng ikan kembung tadi hingga garing, toskan.
Dalam minyak yang sama goreng bawang dan cili hingga layu
Angkat dan tabur di atas ikan tadi.
Sedap dimakan panas.

Sambal Tumis Sotong
400gm sotong dibersihkan
10 biji cili kering, 1 biji bawang merah, 1 inci belacan (dikisar)
1/2 cawan air asam jawa
Garam gula
Cara2
Tumis bahan kisar hingga garing
Masukkan sedikit air asam jawa
Kemudian masukkan sotong.
Perasakan dengan garam dan gula



Sayur bening betik muda
Betik muda di hiris serong
3 ulas bawang merah, Sedikit ikan bilis, 1/2 inci belacan (ditumbuk)
Cara2
Dalam kuali yang dimasukkan 1 mangkuk air masukkan kesemua bahan2 di atas dan masak sehingga betik empuk. Perasakan dengan garam dan gula




Di sebabkan masakan ala kampung, so hiasan mestila ala kampung juga. Bertalam bersapra ok..




Monday, September 27, 2010

Memburu Barracuda
















Xtvt mr hubby minggu ni.. memancing di lautan dalam. Sebenarnya dia mmg minat memancing kat laut dalam ni, cuma lately busy dan masa tak mengizinkan. Tapi kali ni tak banyak pun ikan yg dibawa balik, tapi cukup jgkla memenuhkan peti sejuk kat rumah tu. Menu pertama kami of coure barracuda masak kicap (aci tak nama menuni). Barracuda ni juga dipanggil ikan alu-alu. Rupa dan rasa sama je dengan ikan tenggiri, disebabkan baru je ditangkap so rasa dia manis dan of coz la fresh sesangat.

Resepi ikan masak kicap
Bahan2
3 potong isi ikan
2 biji bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dipotong panjang
1 biji cili masak - dihiris serong
1 cawan kicap
1/3 cawan air
1/3 cawan air asam jawa
Cara2
Ikan dibersihkan dan dilumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Goreng sehingga masak.
Dalam kuali berasingan, tumis separuh bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan halia.
Kemudian masukkan kicap, air dan air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan lebihan bawang dan cili dan masak selama 5 minit.
Sedia dinikmati.


Sunday, September 5, 2010

Siakap Stim Ala Cina


Thursday, August 19, 2010

Asam Pedas Ikan Pari


Thursday, August 12, 2010

Cincaru Bakar Sambal Kicap


Sunday, August 1, 2010

Kari Nyonya Peria Sumbat


Monday, June 21, 2010

Masak Lemak Cilipadi Keli Salai Dgn Mangga Muda


Monday, June 7, 2010

Singgang Pari


Monday, May 10, 2010

Fish And Chip & Coke Float



Cara2 Untuk Ikan Dori
1 keping ikan dori - dilumur dengan garam, serbuk cili dan serbuk lada hitam.
celupkan dalam putih telur dan serbuk roti.. goreng hingga garing
Boleh di tambah apa juga hidangan sampingan...

Coke Float
Tuangkan coke ke dalam cawan, masukkan ice dan letakkan sedikit ice cream vanilla di atasnya.

Thursday, May 6, 2010

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bahan2
Ikan tenggiri
1 cawan air asam jawa
Bahan kisar
10 tangkai cili kering
2 inci halia
1 ulas bawan besar
Sedikit belacan
Cara2
Tumis bahan kisar hingga garing, masukkan air asam jawa dan ikan. Dan biar mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.