Day 2
Selepas bersarapan pagi, dijamu meehoon goreng dan juga diberi sedikit bekalan, kami dibawa Kak Ty ke Itaewon. Ambil masa dalam 20 minit berjalan dari Hannam Dong. Dekat je sebenarnya, tpi agak penat sebab jalan berbukit dan perlu untuk mendaki tangga yang boleh tahan tinggi. Janji dengan kawan2 yang lain kat Hotel Hamilton pukul 9.00 pagi waktu Korea. (Waktu Korea ialah sejam awal dari waktu Malaysia).
|
mulakan perjalanan |
|
tangga yang perlu di daki.. mengah jugak la |
|
pemandangan Hannam Dong dari Itaewon |
ITAEWON
|
Memasuki Hamilton Hotel |
Kami ke Hotel Hamilton ni sebenarnya utk check travel agensi yang ada kat hotel tu untuk Ski Resort. Tak bernasib baikla kan sebab resort tu pun belum di buka pasal belum masuk winter lagi pun kan. Kalau ikutkan plan asal, hari ke 3 kami akan ke Everland, tpi setelah ditimbang ditolak ditambah dibahagi oleh semua ahli persatuan, kami ambil keputusan untuk main ski berbanding dengan ke theme park yang kat Malaysia/Singapore pun ada tu. Nasib tak baik le pasal resort pun belum bukak lagi pun. Masa ni rombongan anak2 dara a.k.a mak mak datin tu belum tiba lagi. Cuak kalau tersesat pulak ke. Kenapa panggil mak2 datin, pasal tengokla kemunculan mereka yang begitu bergaya dan cantik sekali di tempat orang... heheheh
|
macam kat Malaysia takdee coffee bean tu kan |
|
Is tolong ahjusi yang nak jatuh tangga masa potong pokok. kesian jgk tengok |
|
ha!! ketibaan para mak datin kita |
|
pos wajib.. tanpa Ida dan En Hubby |
|
jom jom masuk subway.. kak watee dah tak sabar ni |
Tiba je geng yang lain, setengah jam lewat. Kami decided tuk ke Dongdaemon je, tapi lupa pulak yang kat Itaewon tu sendiri pun kami belum jelajah lagi. Dari stesen Itaewon subway tu, kami patah balik naik ke atas.
Itaewon ni xdela besar mana sangat pun tempat nye. Tapi makan masa sampai pukul 2 jugak kami kat situ. Haiya... begitu membuang masa la. Berjalan bersiar makan angin memang melekakan.
Sebenarnya tujuan aku haritu pun sebenarnya nak cari boot le.. xmo rasanya pakai climacool turqouise yang begitu outstanding pada mata pandangan aku dan tentula orang lain jgkkan.. Tapi atas nasihat en hubby yang kata kasut turqouise ku itu selesa untuk berjalan banyak maka ku bawa dan ku pakai juga la. So teruskan pencarian boot, bukan aku sorang je ye nak cari, ada la 2 3 orang yang lain berhajat yang sama. Mencari boot ni pun bukannya senang sebab kebanyakan boot kat sini dibuat dari kuli babi. Disebelah dalam nye digunakan kulit tu, mungkin lembut kot. Memang banyak je kasut yang berkenan dihati tapi lepas belek selain dari harga yang boleh tahan mahal, material kulit pulak yang tak sesuai. Budget bawah 50,000 won atau RM150 sahaja. Yela nak beli yang mahal-mahal pun bukannya pakai selalu pun. Tambah2 kat Malaysia ni, kalau ku pakai sure orang kata tak berapa nak betul kot.. melainkan boleh dipakai sewaktu ride dengan Mr Hubby.. whawhahwah bila tahun la tu.. ok senang citela, beli pun pasal pikir nak bergaya je.. melaram benda yang kita tak pakai kat Malaysia kan. Almaklum orang Korea ni sangat uptodate dalam berfesyen. Mereka sanggup berhabis demi menjaga penampilan. Dari sebesar2 pangkat sampai ke jaga parking pun pakaian siap berjaket bagai.. gaya memang satu kemestian di sana.
|
misi mencari boot diteruskan |
|
belek belek.. kulit cap apa ni |
|
tshirt korea merah itu akan ku beli dihari terakhir nanti.. boleh le satu team ngan
en hubby, irfan dan ikhwan nanti.. almaklum derang dah ada lama dah baju2 tu |
|
sangat suka dengan gaya si Z.. meletop dan mantap dengan berpakaian begini |
|
masa untuk makan
bagi le bekalan yang kitorang bawak tadi kat derang ni.. kesian... |
|
lidd dengan topi pertama yang dirembat |
|
jumpa Adidas!! climacool nya jugak banyak di sini dong, sama seperti yang kumiliki.. ahaksss!!! |
Itaewon ialah sebuah kawasan deretan rumah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Tempat ni dipenuhi pelancong asing memandangkan dekat dengan Hannam Dong iaitu kawasan penempatan diplomat2 negara luar dan juga terdapat satu US Army Base di sini. Makanan halal mudah didapati dan juga satu-satunya masjid di Seoul juga terbina di sini. Kami tak lepaskan peluang untuk solat di Masjid Itaewon ni. Berada di puncak bukit kawasan Itaewon, dan perlukan sedikit pendakian memang agak memenatkan jugakla untuk kami yang memang/tak berapa rajin nak excersice ni. Selepas solat baru terasa udara kat kawasan masjid ni lebih sejuk berbanding dengan di bawah sana. Suhu yang dicatatkan ketika itu ialah 11 darjah celsius.
|
lepas solat isi perut dulu.. makan kebab.. 4,000 won aka RM12,00. |
|
minum air dalam cawan sampul |
Seterusnya, kami ke Dongdaemon, menaiki subway dari Itaewon ke Dongdaemon Stadium. Disebabkan subway ni ada 9 line, berpuluh or beratus stesen dan exit, maka agak memakan masa, masa yang diperlukan untuk mencari ke mana hala tuju. Cara beli tiketnya, kita harus beli tiket terus ke destinasi yang nak dituju. Tak payah pening nak pikir untuk beli tiket 2 3 kali tiap kali nak tukar train. Hala tuju kami ke Dongdaemon Stadium. Tambang hanya 1,500 won termasuk deposit kad. Dari Itaewon stesen line 6, kami perlu tukar train, transfer di Cheonggu Stesen, dan dari situ transfer ke line 5 dan terus ke Dongdaemoun. Exit berapa tak berapa nak ingat. So tengok la ikut signboard yang diberikan.
|
Is beli tiket train.. 1st time try |
|
wahh jumpa air Gumiho... hahaha sapa yang tengok My Girl Friend Is Gumiho kenal la kan air ni
CUAIYOO!!!! |
|
servey boot lagi.... |
DONGDAEMON
Keluar2 je dari subway station tu... ternganga kami tengok luas seluas mata memandang peniaga tepi jalan menjual pelbagai jenis pakaian di sepanjang jalan. Hampir kesemua pakaian yang dijual ialah untuk persedian musim salji nanti. Jadinya tak banyak baju yang boleh kita beli yang sesuai dipakai di Malaysia nanti. Apa lagi mencicit hilang sorang2 ikut tujuan masing-masing. Bukan main ghairah masing2 membelek apa yang berkenan, sampai terlupa nak pesan dan janji apa patut. Haila adik2 rakus sekali sampai berdesup hilang memasing. For me antara barangan yang berjaya ku rembat ialah sehelai muffler buatan korea yang berharga 15,000 atau RM45 dan sehelai topi merah juga buatan korea dihiasi dengan mutiara juga dengan harga yang sama, sehelai legging dan tshirt. Puas hati dengan tangkapan. Sambung jamu mata dan akhirnya dapat jugakla tangkapan yang di cari. Winter wool boot pilihan hati en hubby.. huhuhu kalau diikutkan aku nak yang jenis ala-ala riding boot.. nampak le feminin nye, tapi en hubby tak berkenan. dipaksanya aku beli winter boot yang katanya selesa bila dipakai dan boleh pakai bila pergi mana2 masa musim salji. hohohho ada jalan2 lagi ke? ikutkan je la pasal dia yang nak belikan.. apa2 pun agak suka la dengan boot yang berjaya dirembat ni.. harga? within budgetla... ehehehhe
|
pakaian2 musim sejuk |
|
en hubby and me, boring waiting missing people.. |
|
cik lidd ngan hasil rembatannya yang sebiji baju aku pakai masa naik flight aritu |
|
rambang mata |
|
study train |
Penat menghabis masa di sini, waktu dah hampir maghrib walaupun jam baru masuk ke pukul 5 petang waktu Korea. Seterusnya kami akan ke Cheongyecheon Stream. Dan mengikut apa yang diberitahu stream ni kat Myeongdong. So masuk subway, ambil train line 4 direct ke Myeongdong. Exit pintu 2, terus tak tau mana nak tuju. Beranikan diri bertanya dengan satu couple tu yang langsung tak reti bahasa inggeris. Yang kami faham sikit2, stream tu ada kat area Dongdaemon. Aduiii dah tersalah arah. Penat punya pasal kami lepak tepi jalan dan bertekak pasal salah arah. Huhuhu port bertekak pun baiknye.. tepi coffee house je ha.. Pastu masing2 setuju tuk jalan2 area Myeongdong je. Dah tak larat nak patah balik. Esok2 jela jalan kat stream .
|
port bertekak |
MYEONGDONG
|
sedap sotong ni.. sotong salai |
|
suka beli air kopi kat sana. sedap |
Habis meronda apa patut, dah masing-masing pun tak larat lagi nak bawak badan, dan ada yg sampai bertukar kasut dek sebab tak larat nak bawak kasut..kami pun bersurai ikut haluan masing-masing. Dari Myeongdong Station Line 4, kami ke Seoul Station dan transfer train line 1 untuk ke Yongsan Station. Dari Yongsan kami transfer ke train menghala ke Hannam Dong. Dari Hannam Dong kami menapak selama 15 minit untuk pulang ke rumah melalui lorong-lorong yang berbukit.. dan menjadikan kaki aku yang sakit bertambah la sakit nye... huhuhuhuhu kematu tapak kaki berjalan.
Ok.. cukup sampai di sini catatan hari pertama, kita sambung dengan pengembaraan esok ye...
Salam a'laik,
ReplyDeletesaya nak tanya. ape jenis winter boots kat korea eh? err. adakah ianya 'bebas' kulit khinzir? or perlukah kite kene tanye penjualnya? or camane cara nak tahu jenis kulitnya? insyaAllah pergi hujung bulan ni, and plan to buy the boots there. agak takut sikit dengan jenis kulitnya. hihi harap dapat membantu saya.
hope to see your answer soon. :)
Hi dear. Thanx for visit here. Utk makluman ada pelbagai jenis boot kt korea tu. Kena hati2 pilih sbb mmg byk yg guna kulit baby terutama lapisan dalam. Kena tengok hati2 confirm bkn baru pegang. Kulit babi ada tiga titik rapat antar satu sama lain. Boleh google utk kepastian. Mmg elok beli di sana sbb byk pilihan dan harga xla mahal sgt. Mana2 tmpt pun ada especially di meongdong
ReplyDeleteSalam kak..
ReplyDeleteNak tanya,, yg tempat jual boots and baju2 winter tu kat itaewon ka dongdaemon.. plan nak p korea bulan Feb ni.. kalau murah boleh beli sana ja! hehe