Showing posts with label Western food. Show all posts
Showing posts with label Western food. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Ikea Meatball



Cannelloni Bayam




Friday, February 1, 2013

Spaghetti Bolognese


Edisi ulang tayang je.. resepi nanti kita post ye...

Monday, November 5, 2012

The Breeks @ Mahkota Parade

 N3 dah lapuk dalam camera handphone. Malas nak simpan buat penuh memori dan sayang nak delete. Kita tayang kat sini la.. boleh buat kenangan2 untuk diri sendiri or mana tau jadi panduan pencinta makanan macam saya.

OK ni antara menu2 lunch kami bersempena dengan hari keputerian Nur Iman Elweena yang ke 4. Breeks @ Mahkota Parade menjadi pilihan budak2 ni. Huh tekak boleh tahan jugak kan!!!






Monday, May 10, 2010

Fish And Chip & Coke Float



Cara2 Untuk Ikan Dori
1 keping ikan dori - dilumur dengan garam, serbuk cili dan serbuk lada hitam.
celupkan dalam putih telur dan serbuk roti.. goreng hingga garing
Boleh di tambah apa juga hidangan sampingan...

Coke Float
Tuangkan coke ke dalam cawan, masukkan ice dan letakkan sedikit ice cream vanilla di atasnya.

Friday, April 16, 2010

Lamb Chop

Cara-cara

Kambing
Perapkan 1/2 jam dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk lada hitam, kicap, sos tiram, sos bijan.
Bakar hingga masak.

Sos black pepper
3 labu bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
5 sudu makan serbuk lada hitam
- Tumis bawang hingga layu dan masukkan kesemua bahan.
Kentang Mayonis
Rebus kentang hingga empuk
Gaulkan dengan sedikit mayonis, black pepper dan daun sup

Saturday, April 3, 2010

Tortilla


Bahan-bahan
Roti capati (Watee guna yg segera)
Daun salad
Timun
Tomato
Bawang besar
Mayonis
Sos Thousand island
Nugget ayam

Goreng nugget dan potong dadu.
Potong dadu timun, tomato dan bawang. Gaulkan dgn mayonis dan sedikit lada hitam kisar.
Bentangkan capati yg telah dibakar, susun daun salad, timun yg siap di gaul dan nugget di atasnya. Tuangkan thousand island dan sos tomato. Lipat dua roti tadi dan cucuk tengah dgn lidi.

Wednesday, March 10, 2010

Meatballs In Tomato Sauce







Saturday, February 27, 2010

Egg Benedict





Bahan-bahan
1 biji telur
1 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked


serbuk cili/paprika
Sedikit butter atau majerin


Garam
Cara-cara
1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit serbuk lada, lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit serbuk lada, lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
- boleh tabur cheese ikut suka

Friday, February 26, 2010

American Style Breakfast

Breakfast pagi ni yang simple dan mudah..
Goreng telur, sosej, daging burger, buat coleslow ngan mix vege dan sedikit gravy mushroom..

Monday, January 11, 2010

Baked Macaroni And Cheese


Besok ada surprise party kat office Watee. Surprise untuk GM, HRM En Nazilan Nawi. Party tu ala potluck. So Watee volunter nak bawak macaroni and cheese ni. Watee buat 3 tray. 2 untuk HRM Department dan satu lagi untuk Mr Hubby jamu kekawan dia kat department dia jugak, juga sempena birthday Ida. Dah siap menu pertama dengan oven yg baru Watee beli.. perasmian.. hehe
Bahan2
1 paket macaroni direbus dengan sedikit minyak
1 paket kecil daging cincang (Ramly)
5 ulas bawang putih didadu
1 biji bawang besar di dadu
2 tin sos preego
2 biji tomato didadu
2 cawan sayur campur
Sedikit cendawan (ikut suka apa jenis)
1 sudu makan serbuk oregano
Garam gula
5 biji telur
300 ml susu segar
Mozarella/cheddar
Cara2
Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging dan masak hingga air daging kering.
Tuangkan sos preego ke dalam masakan dan masukkan kesemua bahan kecuali tomato, telur dan susu.
Bila sudah masak baru masukkan tomato dan gaulkan dengan macaroni yg sudah dicelur tadi.
Mampatkan dalam loyang berasingan, kacau susu, telur dan sedikit garam dan tuangkan ke dalam loyang.
Bakar dengan suhu 150C selama 15 minit, keluarkan dari oven tabur cheese di atasnya.
Untuk hiasan tabur juga serbuk oregano dan serbuk paprika ke atasnya dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga kekuning2an.

Saturday, January 9, 2010

Pizza Sempoi


Sesempoi namanya macam tula cara buatnye. Roti pizza dari Tesco dan bahan2 dari stock yang ada. 5 minit siap... Perfect jugak... Anak2 suka mummy ceria!!!

Sunday, December 20, 2009

Marche - The Curve Damansara
















Hujung minggu di KL, jalan2 kat Ikea dan makan kat The Curve. Memang tak tau nak makan apa kat The Curve tu sebab banyak sangat kedai yang ada. So jalan punya jalan punya jalan at last hati tertarik nak makan kat Marche, restoran western ala buffet yang high class jugakla. Tertarik dgn susun atur makanan yang nampak menyelerakan dan cantik sangat. Pernah terbaca tentang iklan restoran ni dalam majalah Rasa 2 tahun lepas dan juga dalam Jalan2 Cari Makan di TV3 dan baru kalini dapat merasa. Kelainan yang ada kat restoran ni.. ala buffet tapi harga asing2.. ikut apa yang kita nak makan. Watee pilih Creepe Salmon Grill, Hubby pilih Ceaser Salad dan Chicken Tight Grill dan anak2 pilih Chicken Chop. Air pulak kami ambil chocolate dan strawberry shake. Memangla sedap, tersangat sedap.. dan harga boleh tahan jugakla.. tak boleh nak makan selalu..sebab harga sedikit cekik darah.. kalau untuk acara istemewa okla...






Ranking - 5/5

Monday, December 7, 2009

Chicken Lasagna



Disebabkan banyak kerja nak kena urus (membasuh, mengemas dll) selepas bercuti 3H/2M ke Segamat tu, Watee masak yang simple je, Chicken Lasagna untuk makan malam.

Chicken Lasagna

Sos tomato

Dada ayam
Bawang putih dan bawang merah
Cendawan butang
Tomato
(semua bahan di potong dadu)
Sayur campur
1 Tin Sos Preego (cendawan, tin hijau)
Oregano

Tumis bawang hingga naik bau
masukkan ayam. Bila ayam separuh masak
masukkan kesemua bahan dan masak hingga sos menjadi kering.

Sos putih

5 sm butter
250ml susu segar
4 sudu besar tepung gandum
4 keping cheese cheddar

Masak kesemua bahan hingga butter dan cheese cair..

didalam bekas berasingan susun kepingan pasta yang sudah direbus dan letakan sos tomato yang siap dimasak. buat berselang seli dan dilapisan atas sekali, susun cheese cheddar dan tutup lapisan dengan sos putih. Bakar hingga kekuning2an dan taburkan serbuk paprika dan oregano ke atasnya.

Tuesday, December 1, 2009

Salad Pasta



Hari ni cuti dan disebabkan pagi tadi dah ambil heavy breakfast dan petang karang sure anak2 nak beli makanan dari pasar malam hujung rumah Watee ni je so that tengahari ni Watee buat salad yang simple ni je.

Salad Pasta

1 paket pasta (dicelur)
1/2 paket mix vege
Carrot
Timun
Capsicum (Merah, kuning, hijau)
Bawang bombay
Daun salad
1 tin - kidney bean
1 tin- nanas tin
Kismis
1 botol - Kraft Coleslow
1 botol - Kraft Classic French

Campur kesemua bahan dan gaul sebati, sejuk kan sebelum dihidang.

(Boleh tambah apa jenis sayur2an)

Tuesday, November 24, 2009

Shepherd Pie



Harini teringin nak makan yang simple je. Masa tengah bakar pie ni, Ikhwan membebel kenapa Watee tak masak nasi.. tapi bila dah siap diala yang makan paling banyak!!!

BAHAN INTI
250 g daging cincang
100 g cendawan butang
2 cawan mix vege
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 helai bay leaf
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam

BAHAN KENTANG PUTAR
8 biji kentang
2 camca besar mentega
3/4 cawan susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan

Cara2

UNTUK KENTANG PUTAR :-
Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentang dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.
UNTUK INTI :-
Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, sayur campur, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.
UNTUK SHEPHERD PIE :-
Lenser bekas tahan panas dengan sedikit mentega. Isikan dasar bekas dengan kentang putar, ratakan dan tarukkan inti di atas kentang putar. Tutup permukaannya dengan kentang putar lagi sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasan.

Monday, November 23, 2009

Spaghetti Marinara




Kalau Watee masak spaghetti selalu nya memang licin... laku. Ikhwanla terutamanya yang makan banyak. Benda simple dan sedap kot. Selalu Watee buat bolognese je, tapi kali ni tukar sikit taruk seafood jadila marinara. Pernah Watee buat cabonara tapi tak jalan, tak laku langsung.. Bila buat marinara ni taruk udang dan sotong memangla menjadi kegemaran anak-anak Watee.

Sunday, November 22, 2009

Ayam Bakar


sesekali nak mencuba resepi barat ni... buat yang paling senangla.. ayam bakar...
ayam yg Watee perap tu Watee bakar dengan kentang, tomato dan bunga kobis. Gravy dia mushroom black paper, mix vege mayo goreng sikit potato wedges bagi nampak meriah dan ditabur cheese mozarella dan dibakar. Yang ni memang sedapla... semua puji kalah Kenny Rogers dan hubby dan anak2 siap request lain kali buat lagi ye... memang sedapla Watee masak untuk yang ni...