Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Kole Kacang


Monday, November 5, 2012

Cucur Tauhu


Bahan2

5 keping tauhu - dihancurkan dengan garpu
Carrot - sagat memanjang
sedikit daun ketumbar yang dihiris halus
2 biji cili masak - dibuang biji dan dipotong dadu
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
Udang - goreng dahulu hingga sedikit garing

Cara2

Campurkan kesemua bahan dan goreng hingga kekuningan.



 

Karipap Cheese

Tak tau la macamana punya sedap, lepas mencuba karipap cheese dan bawak ke office, ada je yang suka dengan karipap ni. Yang tak menahan ada yang order. Karipap 1st and last la yang dibuka untuk tempahan. Alasan 1) sebab tak berapa nak mahir 2) sebab xde masa/xrajin nak duduk dan tekun mengelim satu persatu 3) sbb  MALAS MALAS dan MALAS....
huhuhuuh saya tak minat nak buat karipap.. makan suka lah. Oleh sebab itu sesiapa yg berkeinginan menempah karipap saya... saya boleh provide inti saja ek... hehehe boleh gitu?
sebelum digoreng





Monday, October 8, 2012

Karipap Cheese Pusing

Bahan2 Inti
1 paket daging cincang
5 biji ubi kentang di dadu
1 labu bawang bombay
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah dibuang cili dan didadu
Sedikit daun ketumbar dihiris halus
2 camca besar kicap pekat
1 sudu besar sebuk kari daging yang dicampur sedikit air
Garam dan gula
Cheese cheddar
 
Cara-cara
Tumis bawang putih dan bawang bombay hingga naik bau
Masuk bancuhan serbuk kari dan kentang. Masak hingga kentang empuk. (Boleh ditambah sedikit air)
Bila air hampir kering masukkan daging cincang dan masak sehingga kering airnya.
Bila hampir masak masukkan kesemua bahan yang lain dan perasakan dengan garam dan gula.
Sejukkan dan ketepikan.

Bahan2 Doh
Bahagian 1
3 cawan tepung gandum
Di uli dengan air garam hingga menjadi doh
Uli kepada 6 bahagian dan ketepikan

Bahagian 2
3 cawan tepung gandum
Di uli dengan butter cair hingga menjadi doh
Uli kepada 6 bahagian dan ketepikan

Ambil satu adunan dari bahagian satu, canai bulat dan jangan terlalu nipis. Letakkan doh bahagian 2 di tengahnya, salut kesemua bahagian 2 dan uli bulat.

Canai adunan tersebut hingga sama rata. Gulung dan canai nipis lagi. Gulung rapat adunan tersebut dan potong setebal 1 cm. Canai hirisan doh dan boleh lah di isi inti seperti biasa. Masukkan cheese cheddar (ikut banyak mana yang dingini) Klim dan goreng.


 

Thursday, August 9, 2012

Juadah Berbuka


Jom nak share antara juadah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga turun temurun.  Paling tidak merasa sekali dalam bulan Ramadhan pun dah ok dah.. Takan jumpa 3 menu ni selain dari bulan puasa.. Entah kenapa....

nasi ulam utara
kerabu tembikai


sayur bening kulit tembikai


tauhu anora
- boleh di beli di Bazar Ramadhan Taman Melawati -
kuih ni belajar makan lepas kawin dengan en hubby.
dia yang ajar.. rasa? terbaek la

yang ni menu baru tahun ni
Kuih Cara Berlauk
sedap sangat2 cukup rasa
nak order boleh call Kak Radziah 012-974 7042
juga boleh dibeli terus di gerai yang terdapat di Stesen Petronas Masjid Tanah
atau
tepi jalan selepas Simpang Sungai Udang - Bertam sebelum penjara

tauhu bakar pun sedap
nak order boleh contact En Fauzi - 06-3522989

Samosa Sardin


cara lipatan samosa
thanx pada tuan tanah
dari jendela comelku

Wednesday, April 11, 2012

Ubi Keledek Kukus

Sunday, December 4, 2011

Apam Balik

Bahan-bahan


2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Filling:
1 tin jagung krim
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula

sedikit mentega

Cara-cara
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.  Pukul lagi hingga sebati.
2.Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 jam. 3.Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
4.Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
5.Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
6.Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.
 

Thursday, June 9, 2011

Kuih Kaswi

Thursday, March 3, 2011

Roti Kerca








Watee pernah tengok resepi ni dalam majalah RASA (keluaran tak ingat bila, lama dulula) Si Cantik Manis Scha Al Yahya punya resepi turun temurun keluarga dia. Masa tu dia baru menang Dewi Remaja, blum famous jadi artis lagi.

Harini baru try resepi dia setelah sekian lama teringin. Selalu roti ni atau lebih glamour panggilan dalam family Watee - lempeng tepung, Watee makan dengan sardin je.. harini buat ikut resepi asal.

Resepi di sini

Tuesday, February 15, 2011

Kuih Sagu


Bahan2
2 cawan sagu - rendam selama satu jam
4 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu teh pewarna merah
2 sudu tepung jagung yg dikacau dgn sedikit air
Kelapa parut (putih sahaja)
Garam

Cara2
Masak air dengan gula dan pewarna
Masukkan sagu masak hingga sagu menjadi jernih
Tuangkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga mendidih
Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan
Potong ikut suka dan gaulkan dgn kelapa parut yg ditabur sedikit garam

Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis

Bahan2
2 cawan tepung
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
2 cawan air
Cara2
Campurkan kesemua bahan dan gorengkan dalam kuali dgn minyak yg sedikit.

Sunday, November 28, 2010

Menu Ubi Kayu




Hujan la pagi minggu ni... so menu sesuai dgn cuaca bak kata orang2 tua, ubi kayu rebus minum dgn kopi panas. Terlebih rajin, Watee gorengkan sikit ubi kayu tu dan buat sambal bilis terung pipit untuk dijadikan pencicah pada ubi rebus tadi. Huhuhuhu berselera makan, tambah2 hujan2 ni kan. Bancuh kopi pekat minum... Gempaksss!!!!


Sunday, November 7, 2010

Kartika Sari


Ni buah tangan dari member yang ke Bandung baru2 ni. Mekasih ye Puan Syareen atas ingatan tulus ikhlas. Nama apa pun tak tau la. Tapi dia berupa puff yang berfilling chocolate. So Sedap.

Tuesday, September 21, 2010

Biskut Raya

Biskut import dari Turki - RM17.50 (50 biji)

Blueberry Tart - Order dari Kak Dayang yang famous jual biskut raya di Petronas ni.
RM25 - 1 kotak
Almond Suji - juga dari Kak Dayang
RM25 -1 kotak

Hazel VIP - Dari Kak Nora Petronas
RM30 - 50 biji

Belinjau Madu - Dari Kak Siti Petronas
RM25 - 50 biji
Biscotti - Kegemaran setiap tahun. Memang suka makan biscotti ni tapi payah nak jumpa.
Ni pun Watee jumpa kat Mid Valley tapi biasala harga dia pun boleh tahan RM21 - 250 gm

Sunday, September 5, 2010

Cucur Geragau


Tuesday, August 31, 2010

Kurma Goreng


Crispy Popia @ MV


Sunday, July 25, 2010

Cempedak Goreng


Monday, June 7, 2010

Baklava