Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Telur Mata Special

Bahan2
Telur
Capsicum yang dipotong bulat
butter
serbuk cili, pepper dan oregano
mozarella cheese

Cara2
panaskan kuali leper
masukkan sedikit butter
susun hirisan capsicum ke dalam kuali dan tuangkan telur yang telah dipecah ditengahnya
(tekan sikit capsicum supaya telur tidak meleleh keluar)
masak dengan api perlahan
taburkan cheese
hiaskan dengan serbuk cili, pepper dan oregano

Wednesday, October 19, 2011

Chawan Mushi


 
Bahan-bahan


3 biji telur size L
480ml stok dashi - jika tiada bleh gune stok ayam@ikan bilis
syouyu atau minyak jepun - jika tiada bleh ltk garam sedikit shj
gula
Filling - bleh ltk ikut suka
udang segar - buang kulit
shitake mushroom - hiris
crab stick
1/2 sk minyak bijan - optional
syouyu/garam/kicap cair

Cara-cara

Gaul udang, crab stick dan mushroom dengan syouyu dan juga myk bijan. ketepikan.
Kocok telur sebentar, jangan sampai berbuih. Cukup sekadar telur sebati. Masukkan stok dashi, syouyu dan sedikit gula. Kacau kemudian tapiskan.
Sediakan cawan@tea cup, masukkan udang, crab stick dan mushroom. Tuangkan telur tadi.
Panaskan kukusan. Kukus 10-12min dengan api perlahan. Tutup periuk kukusan dengan kain. Boleh juga menggunakan oven dengan kaedah waterbath. Tapi pastikan bekas tuh bleh masuk oven yer!
Bila separuh masak, letak lebihan ayam, udang, crab stick dan cendawan shitake utk hiasan di atasnya dan kukus lagi sampai bahan2 hiasan masak.

Siap dihidang.

Sunday, April 10, 2011

Telur Dadar Masak Taucu

Friday, June 11, 2010

Roti Mata Kerbau Dan Salad Jagung


Monday, May 31, 2010

Telur Dadar Isi Ketam


Bahan2
4 biji telur
1/4 cawan susu segar
Secubit garam
Sedikit mozarella cheese
Sedikit cendawan butang didadu
Sedikit hirisan bawang besar dan cili padi
- Kacau bahan di atas hingga sebati.
Panaskan kuali. Dengan api perlahan masak bancuhan telur tadi hingga separuh masak dan hiaskan di atasnya dgn hirisan crab stick dan daun bawang. Keluarkan dari kuali dan panaskan selama 1 minit di dalam microwave oven. Sedia dinikmati.

Friday, April 2, 2010

Sambal Telur Puyuh


Bahan-bahan
10 keping cili kering
1 biji bawang besar
1 inci belacan
Kisar kesemua bahan di atas, masukkan asam keping dan tumis hingga garing.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan telur puyuh yang sudah direbus, satu cawan air dan 1 biji bawang besar yg di potong bulat. Masak lagi selama 5 minit.

Saturday, February 27, 2010

Egg Benedict





Bahan-bahan
1 biji telur
1 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked


serbuk cili/paprika
Sedikit butter atau majerin


Garam
Cara-cara
1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit serbuk lada, lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit serbuk lada, lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
- boleh tabur cheese ikut suka

Friday, February 26, 2010

American Style Breakfast

Breakfast pagi ni yang simple dan mudah..
Goreng telur, sosej, daging burger, buat coleslow ngan mix vege dan sedikit gravy mushroom..

Tuesday, February 23, 2010

Telur Kukus


Friday, February 12, 2010

Telur Bungkus Micro




Sunday, February 7, 2010

Sambal Sardin




Gambar masak2 masa malas minggu lepas. Almaklum En Hubby xde. Masak lauk2 ni makan dengan nasi lemak.

Thursday, January 21, 2010

Masak Lemak Cilipadi Telur Itik Dan Belimbing Buluh


Naik lenguh nak menaip nama masakan ni. Belimbing buluh kawan Watee, Linda yang bagi. Mula Watee nak gulaikan dengan ikan saja atau masak sambal tumis dengan udang. Tapi Mr Hubby bagi idea suh masak ngan telur itik. Ok gakkan. Lama tak makan tu. Malam tadi round satu pasar malam mencari telur itik ni dan nasib baik terjumpa dan hanya ada 5 biji sahaja. Okla jadi rezeki kami anak beranak malam ni. Mmm berselera dengan juadah ala kampung. Sedap!!!! Ha ni baru resepi asli CILIPADI...

Thursday, January 14, 2010

Butter Prawn


Ni pun masakan cina jugak. Sedapppp.....


Bahan2

Udang yg dibuang kulit
5 biji kuning telur
5 sudu butter
Daun kari
5 biji cili padi di hiris
3 sudu nestum
Garam gula

Cara2

Goreng udang sehingga masak dan ketepikan.
Panaskan mentega goreng kuning telur dan kacau selalu hingga telur garing, tapiskan dan ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis daun kari dan cilipadi, masukkan nestum dan goreng garing.
Kemudian masukkan udang dan kuning telur tadi, perasakan dengan garam dan gula, kacau sebati, sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, December 9, 2009

Salad telur dan kentang berkuah kacang


Pun salah satu menu, menu sihat... ok la tu!!!