Showing posts with label Take A Break. Show all posts
Showing posts with label Take A Break. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Counting Days

Ikut perancangan hujung tahun ni, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Watee
dan mr hubby akan ke Korea. klu ikutkan Watee sekarang pun ok nak pergi, tapi mr hubby ni
begitu beria2 nak pergi masa winter... so that dia boleh main ski. Ikut kan jela.. orang nak bawak pergi pun kan. Kami berhajat pergi berdua je, nak bawak anak2 rasanya perlukan kos yg mahal jugak.
Nak memujuk anak2 agar tak gundah gulana masa kami pergi tu (almaklum la nak kena tinggal), mr hubby dgn bermurah hatinya TERbeli tiket ke Medan utk kami lima beranak ni pada 18/3 - 21/3.. makanya anak2 pun jadi gelisah la menghitung hari pulak sekarang ni.. dan mummy nye pulak gelisah la mencari mana2 travel agensi yg berpatutan... dan daddy dia pulak gelisah nak mencari sumber2 kewangan utk dibawa ke sana.. hahahaha gitu sekali. this is the 1st time bawak anak2 pergi holiday naik flight. bukan tak pernah naik flight ni before, dulu masa duk Bintulu 2 kali setahun mesti naik untuk balik ke KL. Ni bila dah pindah ke sini, dah 4 tahun kut derang tak naik flight ni. Terpikir boleh ke Iman duk diam dalam tu nanti. Nasib baikla kejap je dan dekat Medan tu, kalau tak masak jgkla nak melayan dia. Mr hubby dah slalu sgt naik atas urusan kerja dan Watee last naik tahun lepas la.. ke Bandung.
Dan Watee pun busy la semenjak 2 menjak ni bergoogle.. cari info pasal Medan. Any idea?
Free and easy je la kan sesuai.. ekonomiiiiii


Monday, February 14, 2011

Cadbury Oh Cadbury

Hah?? Langkawi?? korang nak pergi ke?? kirim2.. nak kirim coklat je..
RM100 kirim dapatla cadbury bar ni 5 dan Daim sebungkus... Peppermintla yg paling diminati...
Stock peppermint dah tinggal 1.. sekejap je dlm masa 2 3 hari. tinggallah marble ni menyepi dalam fridge tu... bebulan jgk.. fuh!!! watee memang gila coklat... cadbury?? semestinya

Sunday, December 19, 2010

Gila Kuaci

Lately, habit baru... makan kuaci sambil tengok tv. Menjadi kegemaran anak beranak pulak. Tambah2 hujung minggu, layan movie makan kuaci. Kuaci skrg ni macam2 rasa. Ada yang rasa vanilla, kelapa, mint dan lain2. Layan memang melekakan. Sampaikan habis je stock kat rumah tu cepat2 pergi beli... huhhu... teruknya melayannnnn

Monday, November 15, 2010

Bio Pure Ken ELKEN R.O. Water Purification


Sejak dah setahun pakai benda ni.. hidup menjadi bertambah sihat.. wah tolong promote kah??.. xdelah alhamdulillah hidup menjadi lebih mudah. Nak air dihujung jari je.. Meh nak crita disebalik adanye air ni kat rumah. Before cik abang agree nak beli benda ni, Watee ada suggest kan brand Coway. Cantik dengan design dia dan just boleh letak atas meja je.. jimat ruang kan. Lagipun yang buat Watee nak sangat Coway tu sebab ada 3 jenis suhu air, warm, hot dan cool.
Tapi apakan daya cik abang wat dono je la kan. coz dia kurang gemar benda2 yg ala2 direct selling ni.
Tetapi disuatu hari yang damai, tetiba datang van dari courier company tak ingat apa ntah nama companynye, menhantar satu kotak besar yang punyalah besar. Terkejutla gak kan nengokkan dari sizenye.. Bila tanya memang dia tak cakaple benda apa.. Besoknya datang sorang pakcik tu, dia datang untuk install benda ni.. Umak aiiii.... besar gabaknyee... suke suke suke.. sebab kite mmg nak benda ni.. tapi seteleh di belek harganye.. aduhaiiiii.. dah boleh bayar down payment keta kot atau dah boleh bli kancil lama cash. apa-apa pun syukur je la kan dah orang nak beli..
Jadi setelah diinstal ginila rupanya
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

berdiri gagah dalam dapur ku...




Sunday, November 7, 2010

Kartika Sari


Ni buah tangan dari member yang ke Bandung baru2 ni. Mekasih ye Puan Syareen atas ingatan tulus ikhlas. Nama apa pun tak tau la. Tapi dia berupa puff yang berfilling chocolate. So Sedap.

Sunday, October 31, 2010

AT LAST!!!!!!

Setelah semenjak dua menjak ni, tekak macam mengalahkan orang mengidam teringin nak
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...




3 LAYER TEA
tadi MR HUBBY yg keluar jumpa kawan, dengan penuh prihatinnya menapaukan sebungkus air ni untuk kita.
So
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

Malam ini I boleh le tidur lena, puas dapat minum air ni walau hanya sebungkus!!!!

Thursday, October 28, 2010

Kempen dan kempen dan kempen untuk si cantik manis ku


Sebenarnye Watee sendiri tak tau apa hadiah yang ditawarkan. Begitu beria2 sekali menjalankan kempen dalam fb tu. Nak menang tu agak payahla jugakkan, tapi dapat masuk list final pun Watee dah kira puas hati. Memang teringin nak masukan anak2 dalam contest bayi comel ni, tapi malas tu melebihi segalanya la.

Tetiba je datang angin rajin, dan terusla masukkan anak dara yang sorang ni masuk.
Setakat ni undian dah mencapai ke angka 160 setelah 2 hari Watee masukkan dia ke dalam contest tu. Mohon pada ALLAH agar Iman dapat rezeki walaupun sekadar masuk final. Itu dah memadai..

Antara penyebab musabab Watee masuk contest bayi comel ni of coz la sebab Iman ni memang cantik dan comel dan fotogenik dan lain-lain lagi... (opsss terlebih sudah) ye la ibu mana kan yang tak nampak anak dia comel. Atas cadangan ibu mertua juga dulu yang ada jugak mencadangkan agar Watee masukkan juga Si Irfan dan Ikhwan (masa babyle) untuk masuk dalam mana2 pertandingan bayi comel ni. Juga bila Watee tengok anak2 Watee ni memang ada factor X. Kemana pergi semua yang tengok berkenan. Dan salah sorang dari kenalan ada menyebut kepada ibu Watee yang cucu-cucu dia semua muka Gred A.. (wah dah macam telur ayam pulak ada gred2 ni kan)

Apa2 pun yela macam Watee sebut tadi, ibu mana yang tak nampak anak dia comel dimata sendiri. Mestila semua ibu, mak, mama, mummy, umi dan lain2 yang setaraf dengan nya akan berbangga dengan setiap anak yang mereka miliki.

Ok... terlebih cakap pulak kali ni.. kalau kekawan blog teringin gak nak view lain2 dari gambar SI ANAK DARA YANG CANTIK/COMEL/FOTOGENIK ni boleh le view blog dia yang tak berapa nak aktif yang Watee buat utk dia - so that adala dia kenangan bila dah besar nnt.. dan dia boleh sambung balik blog dia ni sendiri... kepada kawan2 sekalian di persembahkan




so kekawan yang mana ada membaca post Watee ni, minta la jasa baik korang semua untuk meminjamkan masa dan jari anda tu kejap untuk klik LIKE je kat 2 link ni.. just follow the instruction. Easy... memang senang sesangat. Mudah dihujung jari dan satu undi anda juga mungkin membantu si cantik manis ni masuk ke final..

1) facebook PAPA N MAMA & click LIKE

Mekasih atas kerjasama kekawan semua...

Monday, October 25, 2010

NUR IMAN ELWEENA @ PAPA N MAMA BABY CONTEST


Salam,
Harini Watee mc disebabkan dirrhea. Maka terlebih rajin pulak nak mengupload gambar si cantik manis ni untuk turut serta dalam PAPA N MAMA baby contest. So, kepada kekawan sekalian, sudilah kiranya anda semua untuk turut serta mengevote Iman ye. Cara-caranya ialah :-
1 - klik Like kat fb PAPA N MAMA
2 - klike Like kat gambar Nur Iman Elweena (seperti yg di atas)
Terima kasih kepada yang mengundi..

Thursday, October 14, 2010

MY WISH LIST





korean + winter + ski



universal studio singapore




taj mahal




lcd + plasma






ipad








iphone 4








htc



Thursday, September 30, 2010

ARGHHHH!!!!


HARI INI SAYA MASAK KARI

TAPI KARI SAYA TIDAK MENJADI

SAYA MEMANG TAK PANDAI MASAK KARI


TAPI SUAMI DAN ANAK2 MAKAN JUGAK

TANPA SEBARANG KATA..

:(

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Monday, August 30, 2010

Kamera Raya - Nikon D90


Apa2 pun thanx to mr hubby kerana berjaya menurut tuntutan hati.. haha.. sebenarnya mmg dah lama teringin.. simpan je hajat.. dan at last berjaya jugak kami miliki.. Alhamdulillah

Thursday, August 12, 2010

Kurma Oh Kurma


Pemberian dari ibu mertua yang berkunjung ke rumah kami minggu lalu. Sebenarnya Watee kurang gemar kurma kering yg banyak ada dipasaranni. Tapi disebabkan pikirkan byk kebaikan dia dan untuk ambil keberkatan Watee jamah jugakla. Tapi bulan Ramadhan jela. Bulan lain memang payah nak makan. Tak boleh nak di kunyah pun. Tapi kalau yang fresh ni xpe, suka sangatla pulak. Rasa yang lemak2 kelat sikit tu, boleh pulak diterima dek tekak ni. Pelik!!

Wednesday, May 12, 2010

Jom Cepat Jadi Followers Watee Yang Ke 40,000


Hahaha.. layakkah?? layakkah aku utk mendapat pengiktirafan sebegini.. Dah macam artis famous gitu.. Sebenarnye ni Watee petik dari blog Jijah.. tengok bertapa glamour dan famousnye Jijah ada followers seramai ni. Hehehehe.... dapat offer dari Jijah untuk tepek kat blog Watee.. ok la tu.. IMPIAN MENJADI NYATA tak gitu... nak ramai followers kat blog ni.. tempek pun tempekla kan Jijah... ekekekekeke

Friday, April 23, 2010

Cute Rice

Jom kita jamu mata tengok apa yang Watee terima di inbox semalam. Kreatif dan pasti kalau kita praktikan benda ni kat rumah anak-anak mesti suka. Tapi masalahnya rajin kah kita.. sekali sakala why not kan..

























Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Monday, February 22, 2010

Try Masak


Thanks to try masak yg menjengah ke blog Watee dan invite Watee utk share resepi dgn members. Bila Watee jengah http://www.trymasak.my/ terus jatuh cinta. Macam2 ada.. gambar, resepi, video, petua dan mcm2 lgila. Untuk blogger masak memasak ni blela join or nak turun2 ilmu masakan. Pas ni bolehla ikut resepi yg ada kat dlm ni.. mcm2 spi rambang mata nak pilih apa nak masak

Thursday, February 11, 2010

Lokam


Alahaiii.. si lokam..
Dah jenuh dah sampai tak termakan. Anak2 memang suka cuma mak bapak anak2 je yg tak brapa nak amik kisah dan galak anak makan. Tak brapa gemar.. jenuh dan bagi kami benda ni bukan elok sangat pun. Yela beratus2 juta nak support all over the world cara apa aje yg derang pakai agar buah ni masak dan boleh support satu dunia. Tu yg bila makan lebih perit tekak. Memang kami laki bini tak dela gemar sangat spi tamak nak amik yg free or bli spi berkotak2. Cukup sekadar orang beri dan amik 4 5 biji. Xpayahla nak banyak2. Sebab yang free pun klu orang bagi jarang yg manis. Terutama yg paket merah ni. Naik ngilu gigi menahan masam. Klu gagah nak makan pun Watee pilih yg besar dan dibungkus dalam plastic putih jernih. Tapi tetap sakit tekak. Tahun ni tak spi 3 biji pun Watee makan... bukanla cakap besar tapi klu Watee makan banyak mesti lepas tu sakit tekak.. sebab tu dah tak heran

Kong Xi Fa Chai


1 Malaysia... jdi perayaan apa pun kita sambut bersamala kan.. hihi semangat mau lebih (semangat cuti sebenarnya). Bukan apa, bila tiba raya Cina ni meriah betula, situ sana sini. Dari limau yang berlambak sampai tak termakan hinggala dentuman bunga api yg cukup hebat, mmg terasa jgkla akan kemeriahan CNY tiap2 tahun dalam hidup Watee ni. Lagu2 raya pun boleh tahan hingga kekadang menjadi siulan jgk kat mulut Watee ni. Tu blum part rumah Watee yg akan dipelawa oleh team tarian singa yg berkunjung dr rumah ke rumah yg sangka Mr Hubby ni Cina. Ada jgkla 2 3 kali terkena. Bila nmpk Mr Hubby terus derang offer nak pki service tarian tu tak. hehehe lawakla almaklum mmg muka Mr Hubby cina habis. Tu pun blum lgi jejalan kat supermarket, hingga pernah sekali tu ada pameran ginseng kat Mines, sorang promoter ni tunjuk kat Mr Hubby promosi katak kering.. alahaiii naik kembang tekak tengok.. tapi at last dia say sorry pasal baru perasan yg kat sebelah Mr Hubby ni bertudung.. hik ..

Sunday, January 3, 2010

Back To School


Besok dah start sekolah. Aduhaiii.. mula balik rutin yang sibuk. Pagi nak pujuk anak2 bangun mandi, pastu nak pujuk sarapan... oh ye sarapan!! Memang anak2 Watee ambil sarapan ni... dan yang bagusnya dan bertuahnya Watee ni bila anak2 Watee ni sarapan dengan cereal je. Kalau yang lain derang ni tak lalu. Bila hidang cereal ni siap bertambah lagi... alhamdulillah tak banyak kerenah, kalau tak MASAK Watee nak kena siapkan sarapan macam hujung2 minggu ni, yela kita ni bekerja, klu suri rumah tu ok gakla kan. Memang thanx to my kidsla sebab pilih cereal.. dah la healhty simple pulak tu... hah hah senang mak dia!!!