Tuesday, June 14, 2011

Jalan2 Cari Makan @ Krabi - Day 1 (Ao Nang/Krabi Town)


Percutian yang telah dirancang lebih awal ke destinasi idaman - KRABI. Dengan 2 kenderaan, Kuda Putih Grand Vitara dan Kuda Merah Wira Aerobac, kami berjaya merealisasikan perjalanan sejauh 2000km. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan pulang. Selain melihat kekuasaan, kebesaran dan keindahan milik ALLAH swt, niat nak kenalkan dan  dedahkan mereka dengan makanan dan budaya Thailand pada mereka2 ni yang pertama kali jejak kaki ke Thailand.... kita tengok berjaya ke tidak.

Sungai Petani-Krabi - Day 1

After a long journey (dari Melaka ke SP) kami berhenti dan sempat melelapkan mata (2 jam je pun tidur - kami sampai pun dah almost jam 3 pagi) kat umah makcik (bibi-Sharifah Aminah) di Sungai Petani. Ke Bukit Kayu Hitam next day jam 6.30 pagi. Ada lagi satu check point nak kena singgah - Kg Kepala Batas untuk collect bekalan makanan untuk makan semasa dlm perjalanan yang ditempah awal dari makteh Watee - Creamy Chicken Lasagna/Chocolate Pappermint Cheesecake/BBG Pizza. Hanya BBQ pizza je yg sempat disnap. (gambar yg lain2 boleh tgk dari dapur Hanida Hashim di facebook kena add la dulu ek).

Tiba di Bukit Kayu Hitam dekat pukul 8.30 pagi jugakla. Itu pun setelah kami singgah di Changlun untuk proses tukar note Baht dan buat insuranse Thailand utk kereta yang kami bawa. Satu kereta RM14 untuk tempoh 10 hari. Service buat pasport ni kedai dia kat tepi jalan je. Deretan rumah kedai papan lama. Dan ada jejantas lalu lintas di situ. Masa kami tiba lebih kurang pukul 8 kedai tu dah bukak, assume that kedai tu bukak awal la dari pukul 8 kan. Satu kemudahan untuk persiapan terakhir macam kami ni.

Di Bukit Kayu Hitam lancar urusan imegresen sebab kita tak perlu turun untuk beratur cop pasport. Sama mcm Singapore la, senangkan. Masalah cuma di Imegresen Thailand. Perghhh beratur panjang gila. Dah tu leceh. System lama lagi yg diguna pakai. Manusia sikit punya ramai mandangkan haritu cuti Public Holiday Hari Keputeraan DYMM. Ramai2 manuasia tu sure punyala nak masuk Hatyai kan. Setelah siap segala urusan cop mengecop pasport dan serba serbi dokumen untuk ditandatangani. Uuntuk cop pasport ni kena sertakan DUIT UPAH kat pegawai imegresen tu dalam 10 BAHT = RM1 je la, kalau tak letak dia minta, dan jangan memandai bagi note besar sebab u will never get the change back!!! Dalam pukul 11 pagi kami pun mula kan destinasi ke Krabi. Fuh!! belum sarapan lagi tu.. mendidih perut.


2nd time MBU masuk thailand!! Sawadhika...
welcome Kuda Merah JHU to Thailand

team Kuda Putih MBU - Z, Zul, Lidd dan Watee

Team JHU - PJ, Dian, Is dan Ida (Ida xde dalam gambar)
PJ aka Cekna yg susah nak tackle appetite dia

wahhh pizza yg sedap!!!! mekasih makteh sponsor pizza tuk kami.
makteh yg kat luar kete tu.. dan tengok rumah tu je dah sayu. rindu tok yang meninggal genap sebulan yg lalu.
Al-Fatihah


tha da!!!!  ni la kedai terbaik yang kami jumpa sepanjang di thailand.
Masuk je ke Siam ni, 1st thing yang kami cari of coz la kedai makan. Meraban jugak la mencari. Ni pun terjumpa dekat area mana pun tak tau. Dalam deret rumah kedai tepi jalan Danok-Hatyai je kedai dia. GPS code dia ada save nanti senang Watee update ye. The food are so marvelous. Serba-serbi yang dijual di kedai ni adalah yang terbaik. Walaupun hanya 4 jenis lauk saja yang dah siap masak masa tu, (baru pukul 10.30 thai time). Sedap betul especially kerabu kaki ayam dan sambal belacannye la yang meletop!!! Oh ye.. kedai muslim nak cari kat Thai ni payah sikit.. kena cari yg berlambang bulan dan bintang tu kira halal la kedai dia.

telur ikan goreng kunyit

kerabu kaki ayam


ulam-ulaman yg kami bedal tinggal separuh bekas!!!

menyelerakan bukan??
soya hitam

nasi goreng tomyam
pedas!!! sian Z.. betul2 menikmati makanan..

pelbagai pilihan bubur

Selepas menjamu selera, (Waktu Malaysia jam 12.30 tengahari), kami meneruskan perjalanan ke Krabi. MBU lead dan meraban jugakla sebab tak set GPS betul2. Nama je ada GPS-Garmin sesat jgk kot. Then kitorang serahkan balik tugas leading pada JHU.. ok find GPS korang ok!! Jauh jugak journey tapi menarik. Tengok budaya dan kehidupan mereka yg berbeza dgn kita. Oh ye.. di Thailand ni bersih kawasan dia. Toilet kat tepi jalan pun bersih dah tu free. Kalau kat sini bayar 50 sen. Belum tentu toilet tu bersih.


bos aka zul ngan babynye

dah sampai! dah sampai! dah sampai!
Kami tiba di Emerald Pool jam 5.00 petang. Tapi tak jadi mandi memandangkan waktu tu hujan dan cuaca dah hampir gelap. Kata ketua rombongan aka Abang Zul aka asbend Watee laaa... ranjer tak bagi masuk sebab cuaca dah gelap. Kami bulat2 percaya padahal kena goreng hidup2 dengan cik abang zul kita tu. Komplot berdua dengan Is. Dia bohong waktu tu sebab pikirkan masa dah suntuk. Tak lama boleh nak mandi nanti. Nasib baik tak tau masa tu. Klu tak sure mana2 ahli rombongan yang lain (Dian, Ida, Cek Na)yang dah tukar costume mandi comel-comel harusla tarik muka muncung! Sambil2 tu Z dan Lidd sempat beli seluar sorang satu kat situ. Aikk sempat lagi.. saukkkkk. OK le wat kenang2ankan. Rancang bekalan makanan yang order dari makteh tu nak makan kat sini.. jadinya kami makan pun masa on way ke Ao Nang je. Sedap cheesecake.. semua suka dan lasagna tu bertahan sehingga hari ke 3. Lapar je perut makan yg tu.. berbaloiii
muka2 kena goreng hidup2

Perjalanan dari Emerald Pool, Klong Thom ni ke Ao Nang Beach cuma ambil masa 45 minit saja. Sepanjang jalan selepas melewati pekan Krabi, di kiri kanan jalan terdapat banyak gunung-gunung batu kapur yang sangat menarik. Baru sampai situ kami dah teruja yang amat. Cuaca di Ao Nang agak mendung la sebab baru lepas hujan. 1st expresi bila lihat keindahan pantai Ao Nang is speachless... SUBHANALLAH cantik.


Kami Check in hotel La Venice. Walau pun kecil kami puas hati.. ala untuk tidur je kan jadi tak payah la nak pilih hotel mahal2. Macam biasa book bilik di Agoda.Com.. semalam RM70 sahaja. Mula2 kami cadang nak stay kat Ao Nang Buri. Pun melalui Agoda jgk special price yg kami dapat cuma RM89 semalam untuk bilik superior access pool. Tapi cuma ada satu bilik je yang tinggal. Xde rezeki. Room rate asal Ao Nang Buri ni ialah RM350 semalam. Banyak bezakan. Ok balik pada Le Vanice Hotel dia sebelah kanan just dekat selekoh tepi pantai pekan Ao Nang. Korang tengok le bilik dia macamana.......

- MANA NAK DAPAT RATE RM70 UTK BILIK MACAMNI KAT MALAYSIA -
Ni asalnye suite honeymoon Watee dgn hubby, tapi sesuai utk 3 orang kan.
Satu lagi bilik cuma katil king tapi 3 orang nak share.
Sebabkan Watee BAIK HATI dan tak sampai hati nengok derang tidur berimpit
jadi tukar kan la bilik ni dengan anak2 dara tu.
huhuuhuh.. jelesss
(tengok towel yang dilipat jadi gajah)
toilet dlm suite


ni la bilik kami setelah tukar tadi.. okla sangat selesa cuma tak secantik suite tadi.
geng yg lain (lagi 2 bilik) pun dapat room mcm gini jgk

nama pun honeymoon kan. jadi kami dapat la tuala lipat gaya gini.. wow!! sayang nak pakai

nila rupa hotelnye. siap ada pool walau kecilje. turun bawah dah pekan ao nang..
jalan kaki je nak ke pantai dan tempat shopping.. sangat dekat
Setelah mandi, rehat, solat kami berkumpul di lobby untuk acara jalan-jalan Pasar Malam Pekan Krabi. Before that kitorang booking package snorkeling utk esok dulu. Tak payah la nak survey2 jalan2 cari, kami terus ke Ao Nang Orchid Agency (depan hotel je) booking dan bayar package Phi Phi Island RM90 seorang termasuk lunch. Tu harga selepas tawar. Harga asal RM180 seorang. Separuh harga kami dapat kurang kan.

Package include : -
Hotel transfer
Mask & snorkel
Life jacket
Drinking water (Mineral & coke)
Buffet Lunch
Entrance Fee
Insurance
Fruit

Visit :-
Bamboo Island
Viking Cave
Phi Phi Don
Phi Phi Lay
Monkey Bay
Maya Bay
2 Times Snorkeling
from 8.30 am to 5 pm (Thailand time)

Paling baik punye package kami harung.. sebabnye... nnt la cite.. kita pi pasar malam dulu ek!!!


camera!! ready for take.. 1 2 3 action!!! shooting promo iklan cuti2 krabi
Yang belakang sana tu acting tak jadi...

amik gambor tangan dulu.... kat depan hotel je ni.
motif : entah!!!
Oh ye sesambil amik package island hopping tadi, kami harung amik sekali van utk city tour ke pekan krabi. Total satu van untuk 8 orang kami, termasuk tunggu kami di sana utk jalan2 selama 2 jam  - RM144 . Semua setuju mandangkan masing2 malas nak bawak kereta pasal payah nak parking kat situ dan juga minyak kat Thai ni mahal jadi sewa van je la. Masa awal lagi. Lagi sejam nak tunggu van datang kami bersiar tepi pantai tengok sunset.. siap ambil2 gambor lagi.. biasalakan kami ni gila bergambar.

for ladies only..
happy!!!!!

kata honeymoon...

ok ok ambil jgk gambar derang..  err mana cik lidd?

Sudah sampai Pasar Malam, gambar van dan driver tak ada di sini ye.. malas nak masukkan pasal  driver kurang mesra alam... errkk tu pasal xreti nak communicate je la pun.. ayam dan itik. apa2 pun watee sempat la bebel dalam van tu.. derang ni dah kerja babit kan pelancong belajar2 le bahasa inggeris senang nak berkomunikasi. sikit2 pun jadi janji paham. ni langsung tak reti. alahaiii nak tanya benda sikitnye susah. bebel pun bukan direct ke driver tu, tapi pada kawan2 le. kesian derang jadi mangsa. Udah!!!  membebel kat sini pulak ek. Jom layan pasar malam derang....



sikitnye kusyuk membelek sabun ukiran handmade. cantik satu RM10. tak beli ok pasal nak wat pe je pun..
wat abuk boleh leeee

hahh!! jumpa!!! memang niat nak ke siam ni nak ajar bdk2 ni taste food thai style.
jangan dok pikir tomyam, padprik, pattaya je.. byk lagi yg boleh diexplore...
ni watee beli Mieng Kam 2 pek. satu pek RM2.50 ie 250 Baht.

ni watee try jus limau hijau.. sedap.. dan tak sangka cik abang beli 5 botol tapau balik
simpan peti sejuk.. satu botol RM2.

telur puyuh goreng.. tak beli pun.. high colestrol!!!

ni macam fishpaste yang di goreng. ala2 kropok lekor.  dibeli oleh cik lidd kite...

cantikkan container dia. ni non-muslim yg jual, jadi
tak berani nak try

ini pun sama menarik tapi tak beli pasal tak halal.. benda apa pun xtau

buntu fikiran nak makan apa, at last kami stop stall jual padthai/ketiaw goreng.
tapi nengokkan dia goreng tu nmpk tak menarik je rupa cancel order

ni area tempat menjamu selera tapi kami tak makan di sini
sebab was was makan campur halal haram.. meja pun Watee ban - haram

lalu lagi sekali gerai ketiaw tadi nmpk menarik pulak presentation dia.
order balik 3 bungkus... hahahah mula2 jual mahal..
menarik pasal byk sayur2 dan ulam2 mentah diatasnye. siap bagi pek kecil garam,
paprika dan cilipadi...

ice cream goyang... xlayan pun.. kat malaysia ada.. tapi cekna beli

belek keychain pulak.. xbeli pun

meminta sedekah dengan cara bermeditasi. berdiri terpacak tak gerak2
hanya nafas turun naik. dari mula kami datang smpai nak balik lalu kat dia gitu le cara dia berdiri. cayala...
sapa nak conteng badan dia sila conteng!!!

Cukup la gambar2 kat pasar malam ni.. banyak lagi sebenarnye.. klu nak nengok le kat Facebook  EL-Weena Irikh ye...
Pukul 11.. times up!! Balik hotel, tpi tak terus masuk bilik.. kitorang shopping baju tuk pakai island hopping esok!! Di sana kedai tutup pukul 12 malam waktu Thailand means that pukul 1 time Malaysia.. hah shopping le spi puas!!! agaknye mau tersengguk2 melayan mata tapi sempat lagi menyopping pelbagai... Happening malam2 mereka kat sini.
ok time rebut2 makan kat bilik suite 301.. hahahah bilik dia kita kecahkan
sebab tuan2 bilik tak abis lagi sambung shopping kat bawah!!!
3 bungkus padthai aka ketiaw tadi, 2 bungkus miangkam, ala2 keropok lekor ikan tadi
semua kitorang bedal berlapan..
hahahah amik kau.. cukup le makan sorang sikit

1st try.. xcited tengok derang makan..

SUKEEE!!!!! derang bagi 5/5 bintang pada mieng kam tu..
kan dah cakap sedapppppp
kecuali cekna.. masuk mulut belum kunyah lagi dah luah balik
rugi-rugi

Jadi kesimpulannya, untuk hari pertama saja mereka sudah jatuh hati pada Thailand, pada makanan ala siam!!!

Pergghh jam dah dekat pukul 1.. jom tidur... esok kita sambung nak pergi island hopping dan snorkeling..

TERUJA!!!!!

1 comment:

  1. Woww!!! nice trip. If you can’t decide for your next trip…Phuket is the best choice for you!!

    ReplyDelete