Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Tauhu Steam Brokoli Dengan Sos Tiram


Monday, April 9, 2012

Umai Tenggiri


Bahan2
A
3 potong ikan tenggiri - bersihkan, hiris nipis dan buang tulang
5 biji limau nipis - diambil jusnya
4 sudu makan cuka
gaulkan kesemua bahan di atas dan peram selama 1/2 jam

1 biji bawang besar - dimayang
1 biji tomato - potong dadu
2 biji cili merah - potong bulat
5 biji cili padi - potong bulat
daun limau purut - hiris nipis
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati dan masukkan bahan A ke dalam nya. Sedap dihidang sejuk

Sunday, June 12, 2011

Masak Lemak Daun Turi, Sup Haruan,Daging Goreng Rampai, Ikan Parang Goreng, Ulam2an + Sambal Belacan



masak lemak turi, daging goreng rampai, ikan parang goreng, sup haruan, sambal belacan dan ulam-ulaman. asyik masak yg simple je minggu ni. harini masak best sikit. ni penangan dari makan style siam. kat sana pagi2 sarapan nasi dgn ulam2an dan sambal belacan. Perfectnye. Sampai anak2 naik hairanla selalunye 2 lauk saja!! xpela harini mummy teruja nak makan style kampung

Tuesday, February 15, 2011

Pandan Chicken, Kari Bawal, Pari Bakar, Sayur Campur buat menyambut tetamu paling istimewa

Yahoooo... paklang datang.. bawak semua kaum kerabat.. happy tak terkira... mereka tiba pada cuti raya cina haritu jam 2 petang. Percutian pertama ke rumah selama 4h/3m. Sepanjang berada di rumah kami, Watee bawak le jalan2 kat Melaka ni. Menarik jgk kan Melaka ni, yela negeri bersejarah tentu byk tempat menarik utk dilawati. Kami mulakan dgn ke Makam Hang Tuah, Perigi Hang Tuah dan lepak2 di Dataran naik beca. Sebelah malamnya kami makan makanan laut dan esoknye mandi manda di pantai pengkalan balak. anyway enjoy sesangat.

Menyambut kedatangan dengan menu2 pertama...


Iman dengan muka toiye nye

sedih bag muzz makan ek.. sekali sekala berkumpul kan


kari bawal mak


pandan chicken


pari bakar

Monday, February 14, 2011

Dalca Ayam


Sunday, December 19, 2010

Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang

Friday, October 29, 2010

Ikan Dori Mediterranian


Resepi dari Fahrin Ahmad dalam Citarasa Calebriti (Shiela Rusly). Watee tonton masa di Bintulu lagi, dalam lebih kurang 4 ke 5 tahun yg lalu. Byk kali dah Watee try, selain sedap ianya mudah merangkumi lauk dan sayur sekaligus. Boleh try ikut resepi ni



Bahan2
Untuk ikan
500 gm isi ikan dori dicuci bersih
1 biji telur (ambil kuning sahaja)
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
- Gaulkan semua bahan di atas dan perapkan seketika. Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan toskan.
Untuk kuah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili masak
1 batang serai
1 inci halia
- kisar bahan ini sehingga lumat
Karot
Tomato
Capsicum
Bawang besar
Nanas dalam tin
- Ikut kuantiti yg disukai, potong dadu kesemuanya
1 tangkai daun bawang
- dihiris panjang satu inci
2 keping asam keping
2 sudu makan santan pekat
2 sudu makan air nanas dari tin
Sedikit garam dan gula
Cara2
Tumis bahan kisar hingga garing, masukkan asam keping, santan dan air nanas. Kemudian masukkan sayur2an dan perasakan dengan garam dan gula.

Thursday, October 28, 2010

Trio Masakan Ala Kampung

Ikan lengat
6 ekor ikan kembung rebus (dibersihkan)
2 ulas bawang merah (dihiris bulat)
2 biji cili masak (dihiris serong)
4 biji cili padi (dipotong bulat)
Cara2
Goreng ikan kembung tadi hingga garing, toskan.
Dalam minyak yang sama goreng bawang dan cili hingga layu
Angkat dan tabur di atas ikan tadi.
Sedap dimakan panas.

Sambal Tumis Sotong
400gm sotong dibersihkan
10 biji cili kering, 1 biji bawang merah, 1 inci belacan (dikisar)
1/2 cawan air asam jawa
Garam gula
Cara2
Tumis bahan kisar hingga garing
Masukkan sedikit air asam jawa
Kemudian masukkan sotong.
Perasakan dengan garam dan gula



Sayur bening betik muda
Betik muda di hiris serong
3 ulas bawang merah, Sedikit ikan bilis, 1/2 inci belacan (ditumbuk)
Cara2
Dalam kuali yang dimasukkan 1 mangkuk air masukkan kesemua bahan2 di atas dan masak sehingga betik empuk. Perasakan dengan garam dan gula




Di sebabkan masakan ala kampung, so hiasan mestila ala kampung juga. Bertalam bersapra ok..




Sunday, September 5, 2010

Kerabu Daun Salom


Thursday, August 12, 2010

Jantung Pisang Masak Lemak Putih


Bahan2

1 biji jantung pisang - dipotong kecil dan rebus empuk
1 biji - bawang besar - di mayang

1 biji - cili masak
2 cawan santan
Sedikit ikan bilis
Serbuk lada hitam

Cara2
Panaskan santan, masukkan kesemua bahan di atas dan perasakan dengan garam dan gula.
Kacau selau hingga masak. Taburkan sedikit serbuk lada hitam ke atasnya.

Wednesday, August 11, 2010

Acar Mentah


Sunday, August 1, 2010

Kari Nyonya Peria Sumbat


Sunday, July 25, 2010

Masak Tempoyak Daun Kayu


Friday, June 11, 2010

Roti Mata Kerbau Dan Salad Jagung


Monday, May 31, 2010

Kacang Panjang Goreng Taucu


Bahan2
2 biji cili masak
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
- kisar kesemua bahan di atas separuh lumat
Kacang panjang
Bawang besar dimayang
2 sudu makan taucu
Tumis bahan kisar hingga cili masak dan masukkan bahan2 yg lain. Goreng hingga kacang empuk dan tabur secubit gula.

Monday, May 10, 2010

Cendawan Berkrim


Bahan2
3 ulas bawang putih
2 sudu makan butter
100ml susu segar
100ml krim
1 sudu makan tepung gandum
1 keping cheese cheddar
Cendawan shitake segar
Sedit garam dan gula

Cara2
Panaskan butter, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan kesemua bahan kecuali cendawan. Kacau hingga tepung sebati dengan bahan2 yang lain. Akhir sekali baru masukkan cendawan dan perasakan dengan garam dan gula. Hiaskan dengan serbuk lada hitam dan paprika.

Friday, May 7, 2010

Padprik Ayam


Bahan2
Brokoli
Carrot
Kacang Panjang
Daun limau purut
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit isi ayam di potong dadu
2 sudu makan cili paste
1 tangkai serai
1 inci halia
1 kiub tomyam paste
Cara2
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan halia dan serai dan juga cili paste. Masukkan ayam dan biarkan ayam dan cili masak. Masukkan tomyam paste dan juga sayur2 yang lain.
Perasakan dengan garam dan gula

Thursday, May 6, 2010

Chap Chai


Bahan2
Brokoli
Carrot
Capsicum
Kobis
Kacang sepat
Cilipadi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
Cara2
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan sayur satu persatu, dahulu kan dengan sayur yang keras dan lambat empuk. Akhir sekali masukkan sos tiram dan gula. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.

Friday, April 16, 2010

Pajeri Terung


Monday, April 5, 2010

Siakap Goreng Kerabu Mangga

Bahan-bahan
1 ekor Ikan siakap
- Goreng biasa ikan siakap dengan garam dan kunyit.

Kerabu mangga
2 biji mangga muda
1 biji bawang merah
1 sudu makan sambal belacan
3 biji cilipadi
3 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 ikat daun ketumbar
1 biji tomatot
Hiris halus kesemua bahan, gaulkan rata dan hias di atas ikan goreng tadi.