Showing posts with label Cake/Cup Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake/Cup Cake. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Baked Blueberry Cheesecake


Saturday, April 14, 2012

LULUS Dengan Jayanya.... At LAst!!!!














Apa yang lulus??

















 










tadaaaaaa!!!
KEK HITAM MANIS SARAWAK!!!
sampai habis gas hakak!!!

Wednesday, April 11, 2012

Kek Hati Pari


Ok.. kek ni sebenarnye tak berapa memenuhi piawai. Back years ago, masa kitorang bermastautin kat Bintulu, aku pernah rasa sejenis kek cokat yg sangat sedap. Nak compare dgn kek lapis2 yg harap cantik je tapi rasa kurang tu, mmg kek coklat ni sedap yang amatla. Setelah dikaji bahan2nye kek ni tak pakai coklat pun. Antara ramuan dia ialah kaya, susu pekat, horlick, ovelate, telur, browning sugar dll. Masa beli bahan2 memang tak jumpa pun borwning sugar. Yang ada cuma brown sugar or kata nama lain gula perang. Dah agak dalam kepala ni, mcmana nak jadi hitam kek ni kalau tak pakai coklat. Masa adunan siap dibancuh pun mmg pucat lesi la kaler dia. Lepas bakar ginila rupa jadinya. Texture agak menjadi cuma tak hitam pekat je. Rasa pun out sangat2. Frust memang la frust. Tak menjadi. Setelah dipost mortem pelbagai, akhirnya baru dapat tau yang browning sugar tu mmg xde jual kat semenanjung ni. Ada jual di Sarawak aja. Patutla xmenjadi kek aku. So skrg kita usaha mencari browning sugar dulu, then only baru kita try buat kek ni balik. Tak serik2 nak mencuba. Apa2 pun kek ni tetap la sedap dan boleh dimakan walaupun tak menjadi macamana yang diharapkan.

Saturday, March 31, 2012

Pavlova





BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
3 camca besar tepung jagung
3 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya (pakai yang sedia guna dalam tin)
Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Mangga segar secukupnya ataupun fruit cocktail.

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova. Ketepikan.

2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(guna spatula). Kautkan dan tuang ke atas acuan kertas dan jangan melebihi garisan bulatan.
3. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..

Wednesday, July 6, 2011

Kek Karamel





Bahan2:

(A)-Gula Hangus
•2 sudu besar gula
• tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan bertukar keperangan)
  tepikan dulu

(B) - Bahagian Atas
•1/2 tin susu cair ...(boleh tambah kalau nak karamel tebal sedikit)
•3 sdb gula pasir halus
•1/2 sudu teh esen vanila
•3 biji kuning telur(kalau tambah susu cair kena tambah juga kuning telur)
•1 sdb tepung kastard (saya guna 3/4 sdb)

(C) - Lapisan Kek
•140 gm tepung gandum (1 1/2 cawan tepung)
•3 sdb gula pasir halus
•3 biji kuning telur
•135 ml air biasa
•1 sudu teh baking powder
•45 ml minyak masak
•2 sdb susu pekat manis

(D) Merinque
•6 biji putih telur
•70 gm gula kastor (saya guna 3 sdb gula pasir halus)
•1 sudu teh krim of tartar

Cara membuatnya:
•Kacau semua bhn (B) perlahan2...jangan bg berbuih2...nanti tak jadi karamelnya...

•masukkan bahagian (B) ke dalam loyang gula hangus tadi, tapis supaya tidak berketul, ketepikan.

•pukul bahan (C) guna senduk pun boleh.. ketepikan.•pukul sampai bahan (D) sehingga gebu dan menjadi meringue (bila diterbalikkan mangkuk, ia tak jatuh)

•campurkan adunan (C) dan (D) dan gaul dengan spatula/ senduk hingga sebati.

•bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna atau perisa jika suka. Saya bahagi tiga dan letakkan warna merah jambu, hijau dan kuning.

•masukkan lapisan warna merah jambu ke dalam loyang yang mengandungi bahagian (A dan B) dan ratakan lapisan perlahan-lahan. Adunan akan terapung dan tidak akan bercampur dengan bahan (B). Kemudian ayakkan serbuk koko rata-rata (jangan terlalu nipis) di atas lapisan merah jambu.

•Kemudian letak pula lapisan hijau, ratakan dan ayak serbuk koko rata-rata diikuti lapisan kuning. Ulang langkah tadi sampai selesai.

•Bakar cara double boiling (letakkan loyang kek di atas loyang yang mengandungi air panas) selama 1 jam pada suhu 160 - 180'C

•Bila masak, biarkan sebentar kek dalam ketuhar dan renggangkan pintunya sedikit. Kemudian keluarkan loyang dan rehatkan sekurang-kurangnya 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi.

•Sejukkan dulu di peti sejuk sebelum dipotong

Saturday, May 21, 2011

Apam Polkadot


Bahan2 :-

bahan A
3 biji telur
275 gm tepung gandum
250 gm gula icing
150ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalete
1 sudu teh esen vanilla

pewarna ikut suka
cup cake
blueberry

Cara2
masukkan kesemua bahan A ke dalam bekas adunan dan pukul kesemua bahan hingga sebati,
asingkan adunan yg telah sebati ke 4 bahagian kecil. masukkan pewarna dan bancuh sekata.
masukkan ke dalam plastic piping dan paip kan ke dalam acuan cupcake sedikit, masukkan blueberry, dan paipkan selebihnye menutupi blueberry tadi. Hiaskan dengan paipkan sedikit pewarna yg berlainan ke atasnya. Kukus selama 10 minit.

Sunday, April 17, 2011

Aksi si merah baldu dari D90


Tuesday, February 15, 2011

Red Velvet





Usahasama Yong-Watee... walla... perfect... buat utk surprise Pn Suria Puspa sempena dgn ulangtahun kelahiran

Sunday, December 5, 2010

Kek Lapis Sarawak


Buah tangan dari Mr Hubby yang balik dari Miri... Roll Coklat dan Roll Masam Manis

Sunday, November 28, 2010

Blueberry Cheese Tart




Resepi sama je dengan menu terdahulu, sesiapa nak mencuba boleh la ikut Resepi Blueberry Cheese Cake. Selamat mencuba

Sunday, November 21, 2010

Kek Lapis Chocolate, Cadbury Dan Keju


Entry terdahulu kek lapis chocolate keju.. sama je resepinye, cuma yang ni Watee beranikan diri buat lapis banyak sikit, dan taruk mini cadbury dairy milk selang seli denga adunan tepung keju dan chocolate. Tak berapa rumit nak buat sebenarnya, tapi nak membakar tu ambil masa 3 jam jugakla. Tapi apa2 pun, penat tu terbayar bila kek tu menjadi kan. Alhamdulillah berbaloi segala usaha. Kek untuk dihidang dipagi Aidil Adha nanti.

Sunday, November 14, 2010

Cadbury Cheese Cupcake

Petang2 hujan2 ni sedap ek bakar kek ni. Makan panas2.. Pakaijela apa bahan yang ada kat rumah tu. Resepi boleh le ikut resepi Kek Lapis Chocolate Keju entry lepas. Lebih kurang sama je cuma taruk chocolate CADBURY yg memang kegemaran Watee kat atas tu. Nampak la sedikit menarik dan menyelerakan utk di makan.. kan

Saturday, October 30, 2010

Kek Lapis Chocolate Keju


Resepi Watee olah dari sini. Kalau ikut resepinye nama kek tu Kek Lapis Blueberry Cheese,
tapi Watee tukar kan pakai chocolate.. almaklumla Watee ni kan penggemar coklat. Rasa boleh tahan sedap, alhamdulillah menjadi jugak walaupun tak berapa cantik dan kemas lapisannya tu.

Bahan

250gm butter
250 philadelphia cream cheese
1 sudu makan ovalette
170 gm gula (watee pki 3/4 cawan sahaja)
10 biji telur
1 tin susu pekat manis (watee pki 1/2 tin sahaja)
300gm tepung hong kong
100gm horlicks
1 cawan serbuk koko

Cara2

Pukul butter, cream cheese dan ovalette hingga sebati.
Masukkan gula dan pukul hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul lagi sehingga semua sebati.
Perlahankan speed mixer masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar.
Masukkan tepung hong kong dan horlick, pukul sebati.
Bagikan adunan kepada 3 bahagian. Lebihkan sedikit satu bahagian dan lagi 2 bahagian biar sama banyak.
Satu adunan yang berlebih tadi masukkan serbuk koko dan gaul rata dan 2 adunan lagi dibiarkan kosong.
Masukkan bancuhan yang kosong ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180C sehingga masak. Untuk lapisan pertama bakar menggunakan api atas dan bawah.
Setelah lapisan pertama masak, keluarkan acuan dan masukkan lapisan kedua, iaitu bancuhan chocolate tadi. Bakar menggunakan api atas sahaja sehingga masak.
Akhir sekali masukkan lapisan terakhir dan bakar sehingga masak.

Saturday, October 16, 2010

Brownies Sempoi


Resepi di sini . Mudah dan cepat disediakan. Tapi Watee tukarkan cara hiasan brownies ni. Watee taruk icing sugar di atasnya.

Tuesday, August 3, 2010

Kek Batik


Bahan2

125gm butter
125ml susu pekat
125ml susu sejat
250gm serbuk milo
1 paket biskut marrie perasa original

Cara2

Panaskan butter di dalam kuali, masukkan susu dan milo dan kacau sebati.
Di dalam bekas berasingan patah2kan biskut marrrie dan gaulkan dengan bancuhan milo tadi.
Masukkan ke dalam acuan dan tekan supaya padat dan sejukkan.

Friday, April 16, 2010

Ikhwan Birthday Cake

Besok 17/4/2010 Ulang tahun ke 6 anak ke2 Watee, Mohd Ikhwan Idraqee. Special request dari dia nak suruh Watee buatkan kek Ben 10 untuk dia. Alamak aiii, Watee bukan pro sangat pun nak mendecor kek ni. Dia nak sambut kat sekolah. Dan ikut je la permintaan dia, Watee buatkan kek ni. First try, sorry ye.. tak jadi le sangat, comot la pulak. Malu je nak bawak ke kiddie dia tu. Pujuk punye pujuk at last dapat jgk persetujuan dari Ikhwan untuk tidak membawa kek mummy dia yg tak jadi ni ke sekolah. Sambut kat umah je la. Watee cuma prepare goodies beg untuk kawan2 di sekolah semua seramai 60 orang. Nasib baik dia setuju dan Watee gantikan dengan janji nak bawak dia gi dinner kat luar besok. Pilih la mana nak makan dan dia dengan girangnye suggest nak pergi makan kat SUSHI KING.... walaweeeiii mummy yang tumpang seronok ni.. dapat makan sushi kat Sushi King... kat sana kan sushi dia memang tiptop... so untuk Mr Hubby apa lagi tunaikan hajat besday boy ni..

Sunday, March 21, 2010

Blueberry Cheese Cake


Cheese cake ni khas Watee buat untuk balas bekas kawan Watee, Suzita. 2 minggu lepas dia ada bagi Watee, salad pasta resepi Watee yg 1st time dia try. So tak sedap pulak nak bagi bekas kosong jadi Watee buatkanla cheese cake ni.

Harap dia sukala dengan cake simple yg Watee buatkan ni.
Bahan2Untuk Base
3 cawan Digestive biscuit/oreo/marrie - yg dihancurkan
125gm butter di cairkan
Gaul rata kedua bahan ini mampatkan ke dalam acuan kek. Sejukkan.
Untuk Kek
250gm philledelphia cheese
1 kotak kecil whipping cream
1/2 tin susu sejat
1/2 kotak kecil susu segar
1/2 cawan gula
2 sudu makan gelatin (dicairkan dgn sedikit air panas)
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
3 sudu makan blueberry paste
Blend kesemua bahan di tuangkan ke dalam acuan base tadi. Sejukkan. Selepas cake beku hias dgn lebihan blueberry paste di atasnya.

Marble Cheese Cake

tee
Bahan2

Untuk Base
3 cawan Digestive biscuit/oreo/marrie - yg dihancurkan
125gm butter di cairkan

Gaul rata kedua bahan ini mampatkan ke dalam acuan kek. Sejukkan.

Untuk Kek
250gm philledelphia cheese
1 kotak kecil whipping cream
1/2 tin susu sejat
1/2 kotak kecil susu segar
1/2 cawan gula
2 sudu makan gelatin (dicairkan dgn sedikit air panas)
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
2 biji telur

Blend kesemua bahan di tuangkan ke dalam acuan base tadi.

Untuk Hiasan
Cairkan
200gm coklat masakan dengan
1/c cawan susu
125gm butter
- tuangkan ke dalam adunan cheese tadi mengikut putaran jam. lorekkan dan corakkan coklat tadi dengan garpu.

Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit, sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam, sebelum dihidang.

Sunday, February 28, 2010

Tiramisu

Bahan2

A
1 pek biskut lady's fingger
1 sudu nescafe yg dilarutlan di dalam 1/2 cawan air panas

B
250gm mascapone/cream cheese
200ml whipping cream
200ml susu sejat
5 sudu makan gula (ikut suka manis)
2 sudu makan gelatin yg dicairkan dengan 1/4 cawan air panas

Cara2
(Untuk dihias di dalam cawan)

Kisar kesemua bahan B, ketepikan.

Patahkan 2 biskut lady's fingger dan celup sekejap ke dalam air nescafe. Letak di dalam cawan.
Tuang adunan B sedikit dan lapiskan kembali dgn lebihan biskut. Ulangi process dan akhir sekali taburkan serbuk nescafe di atasnya. Sejukkan.

Sunday, February 7, 2010

Neopolitan Ice Cream Cake


Hahah!! menjadi la konon... tapi okla... senang je nak buat. Main tekan ice cream neopolitan 3 rasa (coklat, vanilla, strawberi) atas kek coklat kukus. Surprise anak2 Watee tengok, padahal biasa jek..