Thursday, June 16, 2011

Jalan2 Cari Makan @ Krabi/Hatyai - Day 3 (Emerald Pool/Floating Market)

Hari terakhir di Krabi.
Jam 8 pagi menderu bunyi air.. suspen!!! cuak tsunami seh... hiihihihi penakutnya aku!! pikir yg buruk2 je. Jenguk luar hotel hujan rupanya... lebat tu. Hajat nak bersiar2 naik motor cari breakfast nampak gayanya tak jadila.
Kami berkumpul di lobby jam 8.30 pagi. Mujur hujan dah reda. Merempit ke destinasi yang dituju - area masjid jugak...
Wehhhh pagi ni akak pulak bawak motor ek!!! Jangan tak caya bukti ada ni ha... jelas lak tu

dengan penuh gaya.. merasa jugak dapat bawak scooter comel ni

berjaya jugak masuk parking!!!

ni la stallnye... just next to masjid je

nasi kerabu ayam goreng, telur goreng, daging kicap

bubur.. sedap

bubur dengan telur separuh masak

ada je ulam-ulaman kan
Lepas breakfast, hajat hati nak pergi balik kedai yang kami borong sakan malam tadi, sebab terlupa beli barang kiriman orang. Meninggalkan Z dan Cek Na yang baru je melangkah masuk ke kedai makan tu bila kami dah nak bersurai (lambat la maksudnye tu) we all tinggal kan mereka berdua. Di tengah jalan hujan turun balik.. berterabur le cari tempat berteduh. 10 minit je hujan turun, we all teruskan perjalanan ke hujung pantai Ao Nang. Kedai tutup lagi. Terus je la ke tempat kami naik boat semalam tu.. cantik jugak pemandangan dia.. terus ambil gambar le....
DUCATI motor idaman.. moga impian menjadi nyata after cagiva dan ninja...

hunted palace!!! so scary
xdela.. ni hotel je. tapi dah tutup cuma malam tadi bila kami lintas hotel ni
nampak sungguh suram dan menyeramkan

tumpang boleh...

nape ek suka pose gaya gini

ala baru nak berangan! ada je mencelah blkg tu!!!

Pee Pee not Phi Phi.. hahahaha

susah payah Is nak naik atas tu tuk bergambar.
basah2 seluar

terbang ala burung terbang



Kat area ni cantik sangat tempat dia. Sebenarnya ni kawasan taman di tepi pantai je.. Redup dan banyak pokok2 rhu. Tengah2 gila bergambar Watee terpandangkan satu pokok besar betul2 berdepan dengan pokok yang kitorang tengah pose kat atas ni.. Batang pokok besar ni dililit dengan kain berwarna putih dan disekeliling area pokok ni diletakkan penghadang agar kita tak boleh nak hampiri pokok ni. Nampak pelik je.. Dekat bawah pokok ni ada para yang mana atasnya terdapat byk botol2 yang diisi air berwarna merah.. uikkk suspen je.. Keramat je la kot kan pokok ni, jadi tempat pemujaan kot pasal ada lilin pun kat situ. Dah sedar kewujudan pokok tu cabut jela.. kawasan dia xmo la ganggu. Teringat malam tadi jenjalan naik scooter melintas jugak kat pokok tu. Dahla betul2 tepi jalan.. dekat2 dengan area hotel yang nampak seram tu jugak... Eiii apadah.. minta maaf la ye saya memang penakut sangat. Kalau nampak benda pelik sikit mesti kepala tune perihal mistik je.. hwaaaaaa.. udah udah tukar topik misteri nusantara ni..

Balik hotel, kutip barang2 yang siap dipack awal dan check out. Hantar scooter dulu. Before that pose lagi dengan scooter comel depan hotel.





kena hati2 kat sini.. makanan jangan sebarangan makan.
ada Mc Donald, Subway dan fast food yang lain
tapi semua fastfood kat Thailand ni tak halal!
tak payahla tringin makan kat sana.. kat Malaysia pun adakan

Sepatutnya kalau ikut plan asal, we all akan bertolak ke Hatyai seawal yang boleh. Tapi mandangkan banyak je keteteh (hal) yang belum tertunai delay le time masa tu. Pukul 11 pagi masih lagi kat Ao Nang ni.
Make sure everything settled, kami terus gerak ke selatan, nak repeat pergi balik Emerald Pool tempat yang tak kesampaian nak mandi haritu. Haila.. nasib baik kami pergi balik kalau tak memang rugi banyak tak dapat tengok keindahan tempat ni. Mula2 Watee plan xmau mandi nak snap gambar kekawan je, kasi can cik abang mandi kita pulak amik gambar, tpi hati meronta2 nak terjun. Pasal jernih air dia tu.. wehhh... bushhhh ku terjun jua.. hahaha siap buat aksi renang berirama lagi tu....
Bayaran yang dikenakan untuk pengunjung asing ialah 200 Baht-RM20 seorang. Boleh tahan mahal, tapi puas hati la dengan tempat yang cantik macam ni. Dari parking lot ke kolam ni kena menapak le jugak dalam 15 minit. Sampai la kat pintu gerbang ni. Then kena jalan melalui titi papan pulak sejauh 50 meter baru nampak kolam yang menghijau ni. Kat sini tak dibenarkan membawa makanan dan minuman. Kira tak boleh le nak picnic or bbq kat sini.. even smooking pun dilarang. Strick betul dan tu pasal tempat ni bersih terjaga elok. Cuma lumut je banyak.. semulajadi pun kan. Disekeliling kolam ni dipenuhi dengan batu-batu yang belumut dan sangat licin. Kena hati2 la jangan jatuh macam.... hehehehe hahahaha hohohoho (gelakkan orang) si Lidd tu ha.. belum apa2 dah jatuh..  jadi hati2 la ek


wah smart gaya cik abang (bos) kita ni

berudu ni sambung berenang kat sini pulak

teman le tu.. dah tak tahan benar nak harung air tu...

penuh semangat

amboi anak2 darani.. bukan main

Jom layan keterujaan kitorang renang berirama.. masing2 ada bakat tau... mcm duduk dalam dunia sendiri je masa ni.. hancosssss


Just beside pool ni ada anak sungai tau.. cantik sangat dan air dia xlah sedingin air terjun seperti kebiasaannya, mungkin sebab kawasan ni dekat dengan kolam air panas jugak (kena tracking lagi jauh ke dalam).
titi papan melalui sungai untuk ke emerald pool

cantikkan, tak mandi di sini sebab sungai ni tak berapa dalam.
paras2 betis je

Happy di Emerald Pool!!

Pukul 4, dah buat kerahan pada kekawan utk beredar dari sini. Almaklumla plan nak ke Hatyai pulak. dah tu jauh lagi nak sampai. Takut nanti ganggu pulak plan nak ke Floating Market.

On the way kami singgah makan satu kedai di tepi jalan. Dalam daerah Trang mungkin.. layan ek kedai makan ni.. order nasi goreng thai style tapi dah lapar bedal nasi lupa gambar tak snap. Layan air di yang unik je la kan.
yang kekuningan ni air jeruk salak.. unik pelik tapi sedap
ala rasa air dari jeruk buah tu je la

depan kedai

Kami sampai ke Hatyai maghrib masa tu.. Tak terus check in hotel kami ke Floating Market dulu. Takut tutup awal melepas la pulak nak pergi....

Di sini merupakan tempat paling seronok utk xtvt makan2 sepanjang kami bercuti di Thailand ni. Makanan yang lain dari yang lain dan sedap tapi murah. . jom layan apa yang ada kat sini..


jangan risau.. peniaga atas sampan ni semuanya muslim
boleh beli makanan di sini sahaja tanpa ragu
selain dari tempat ni kami tak try pun.. was was



Memasuki kawasan market ni, kami lalu dulu area non-muslim food.. jom jamu mata sahaja.... agak2 korang berselera tak tengok.. tengok je dah tau sure crispy nye benda2 ni... hahaha laku tu luak banyak!!!

Non muslim area
ulat goreng

pun ulat jgk.. sure lemak kan.. bula2 je rupe

lipas ke kumbang?

belalang

yang ni paling laris.. dah nak abis..
katak goreng

belalang jugak kot

ini menarik. beli air, bayar 20 Baht-RM2 dapat container ni free.. boleh pilih mana mau
tapi kami tak beli di sini.. ni kawasan non-muslim
kami beli dalam sampannye
Muslim area

YELLY - rasa macam kole kacang

sorbet icecream. just letak kacang je dah sedap
bekas tu pun free jgk.. only RM2.50

menarik mata memandang - kupang telur

ni la rupanya.. makan dengan sos dan kobis mentah. RM2.50

this one good.. tapi tak tau la benda apa.. rasa macam shrimp dan ia crispy
si Z beli tapi tak tau apa benda.. hahaah
pedas yang amat

berebut2 makan

lemang maybe

ketupat pun ada


Donuts pumpkin RM2.00 not bad la

assorted dessert - tak try pun

dengan pot masing2

assorted dessert.. so colourful.. menarikkan

kuih muih

keychain dari manik


nice lantern

jagung kacuk

menunggu ketibaan cik Z yang hilang tiba2

Pukul 10 kami beransur dari situ dengan perut kenyang hati girang. Letih?? tak langsung la sepanjang bercuti ni.. Terus pergi cari hotel untuk check-in. Terus tuju Grand Plaza la pasal senang dan dekat pusat bandar. Turun bawah je dah syurga membeli belah dan berdepan dengan Central Shopping Complex. Tinggal dua bilik saja lagi yang kosong. Family room saja. Satu bilik rate RM135 semalam. Satu dua katil queen dan satu lagi satu single dan satu queen. Camne tu ek. Asingkan saja senang.. lelaki satu bilik, perempuan satu bilik.. Tapi tak aci la wiii lelaki 2 orang je...
Tak terus masuk bilik.. teruja tengok happening gila Hatyai tu walaupun dah pukul 10 malam thai time.. kami meronda2 lagi. Grab lagi sehelai 2 tshirt buat pakai esok. Bukan tak bawak baju tapi saja je nak pakai baju baru. Walla...
Jam 11 malam. We all masuk hotel. Kena tahan dengan promoter hotel promote service urut.. terjebak dan kena la masing2 spend 1 jam setengah diurut dengan bayaran RM25 seorang.. xde le best sangat.. tpi ok le wat hilang2 lesu badan. Pukul 1 dengan mamai2 sebab tertidur masa diurut mengaggau masuk bilik. Lepas mandi bersih jadi segar la pulak. Pukul 2 pagi baru tidur melayan gambar2 yang tak habis dilayan... Satu bilik 2 katil queen 6 orang... tidur je la letih.. tak sedar apa lepas tu... pengsan!!!!!!!

MEREKA-MEREKA SANGAT SERONOK BERADA DI FLOATING MARKET HARINI....BERJAYA LAGI!!!!

No comments:

Post a Comment