Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Tortilla Chicken Wrap


Sunday, May 20, 2012

Peanut Butter Frenchtoast with Honey


Bahan :
Roti
Peanut butter, nutella atau kaya.
Telur
Madu dan butter

Cara2:
Panaskan minyak masak.
Sapu roti dgn peanut butter (boleh jugak disapu dgn mentega.
Dalam bekas berasingan, pukul telur hingga kembang.
Celup dua keping roti yg diapit kedalam telur dan goreng hingga kekuningan.
Tuangkan madu ke atasnya dan sepotong kecil butter.
Hidangkan panas.

Sunday, April 3, 2011

Charcoal Bread with Yam Kaya from Sbread The Gardens

Pernah try roti ni? Buruk je rupa dia kan.. hitam legam. Rasa macam roti biasa je.. cuma ada kuaci. Sedap makan dengan yam kaya ni, tambah2 ada potongan keladi dalam kaya tu. Harga sebungkus yg ada 5 keping roti ni RM4.80. Kaya tu harganya RM6.20.. sesiapa yang teringin nak makan boleh dapatkan di Sbread, LG Floor, The Garden, Mid Valley.

Thursday, March 3, 2011

Roti Kerca








Watee pernah tengok resepi ni dalam majalah RASA (keluaran tak ingat bila, lama dulula) Si Cantik Manis Scha Al Yahya punya resepi turun temurun keluarga dia. Masa tu dia baru menang Dewi Remaja, blum famous jadi artis lagi.

Harini baru try resepi dia setelah sekian lama teringin. Selalu roti ni atau lebih glamour panggilan dalam family Watee - lempeng tepung, Watee makan dengan sardin je.. harini buat ikut resepi asal.

Resepi di sini

Sunday, August 1, 2010

Sardin/Tuna Puff

Resepi puff di sini
Inti puff ikut kesukaan. (kacang merah, kari ayam, buah2an dll)
Tapi untuk resepi ni Watee buat pakai Sardin/Tuna)

1 tin sardin (ambil isinya sahaja)
1 biji bawang besar - didadu
1 biji cili masak - dipotong kecil
3 biji cili padi - dipotong kecil
Sedikit mayonis
- Campurkan kesemua bahan di atas dan bentukkan ke dalam pastri puff. Hias atau bentukkan.
Sapu sedikit kuning telur dan bakar selama 15 minit pada suhu 180C



Sunday, July 25, 2010

Roti Jala & Kari Ayam




Friday, June 11, 2010

Roti Mata Kerbau Dan Salad Jagung


Monday, May 31, 2010

Roti Sardin Goreng


Bahan2

1/2 tin sardin dihancur2kan isinya
1 biji bawang besar di dadu
1 biji limau kasturi - ambil jusnya
3 biji cili padi dipotong nipis
-campurkan kesemua bahan diatas

1/2 buku roti
ambil sekeping roti canai nipis, letakkan sardin tadi ke atasnya dan gulung rapat. Sapukan kuning telur sebagai pelekat. Goreng sehingga kekuningan.

Friday, April 23, 2010

Sloppy Joes

Resepi ceduk dari Kak Ida 1001 Rasa. Menarik dan tertarik sekali nama dia kan. Yang pasti anak-anak suka dan kalau nak cuba kat sini resepi dia ye http://1001resepi.com/?p=2735.
Suka sangat blog 1001 ni.. simple tpi penuh idea.

Saturday, April 3, 2010

Roti Sosej Dan Roti Kacang Merah


Maaf siaran ulangan lagi. Tapi Watee tengah kemaruk nak membuat roti sekarang ni. Klu resepi terdahulu Watee hanya mengadun tepung roti segera, tapi kali ni Watee buat adunan sendiri. Belek sana-sini di google dan inilah hasilnya. Alhamdulillah menjadi untuk pertama kali membuat roti adunan sendiri. Corak hiasan roti pun boleh tahanla jugak jadinya. Mr Hubby dan anak2 terkejut tu tengok hasilnya...
Bahan-bahan
1. 400g tepung roti
2. 1 biji telur
3. 4 sudu makan gula
4. 1 sudu teh garam
5. 60gm butter
6. 3 sudu teh dry yeast
7. 1/2 sudu teh pelembut
roti8. 190ml susu segar
Campurkan bahan kesemua bahan 1-7 dan gaul rata.Bila sudah sebati masukkan susu segar dan uli sehingga menjadi doh.Rehatkan doh selama 15 minit. Selepas itu ulikan lagi selama 10 minit.Rehatkan lagi selama 10 minit. Bahagikan doh sama besar dan bentuk kan ikut suka. Boleh diletak paste kacang merah, sosej, kaya, kari ayam dan apa sahaja ikut selera.Susun doh yg siap dibentuk ke dalam acuan pembakar dan sapukan telur yg dicampurkan sedikit susu ke atas roti tadiBakar dengan suhu 180C atau sehingga kekuning2an.

Tortilla


Bahan-bahan
Roti capati (Watee guna yg segera)
Daun salad
Timun
Tomato
Bawang besar
Mayonis
Sos Thousand island
Nugget ayam

Goreng nugget dan potong dadu.
Potong dadu timun, tomato dan bawang. Gaulkan dgn mayonis dan sedikit lada hitam kisar.
Bentangkan capati yg telah dibakar, susun daun salad, timun yg siap di gaul dan nugget di atasnya. Tuangkan thousand island dan sos tomato. Lipat dua roti tadi dan cucuk tengah dgn lidi.

Monday, March 29, 2010

Roti Kacang Merah Dan Roti Cheese




2nd try.. much more better...

Friday, March 19, 2010

Bun Kacang Merah


My first try... my first homemade bun .. hah hah.. gelak untuk diri sendiri... tepung segere Bake With Yen la apa lagi.. pun tak berapa nak gebu macam tukang buat dia.. xpe xpe ada sepeket lagi balik Melaka nanti try lagi.. jangan marah ek pasal tak brapa nak jadi.. teringin nak buat roti ni tapi memang tak bebakat langsungla pulak.. bukan tak boleh nak beli tapi saja nak mencuba sendiri.. puas hatila kalau menjadi... minta maaf ye pasal saya budak baru belajar... hik

Thursday, March 11, 2010

Pie Roti Berdaging




Malam ni makan roti je ek.. tapi roti bukan sebarang roti tau, hah hah!! resepi ni Watee buat sendiri ni.. dan rasa dia.. mmm sekali makan nak lagi. Sedap tuh! (Maaf ye, saya masuk bakul!!!).

Pernah tengok dalam blog sapa ntah lama dulu pasal roti ni, arini tringin nak buat tapi tak tau nak cari mana dah blog dia. Lupa sapa punya rumah dah Watee jengah. Jadi ikut creative sendirila main buh segala macam yg ada kat dapur. Nasib baik menjadi.. Tapi rasa sedikit pedas sebab terlebih taruk pepper dan paprika!!!


Resepi


Untuk inti


1 paket daging cincang

5 ulas bawang putih - di dadu

1 ulas bawang besar - di dadu

3 sudu makan serbuk lada hitam

3 sudu makan serbuk paprika

3 sudu makan sos tiram

1 sudu makan sos bijan

cendawan butang

tomato di dadu

sayur campur

sosej

-campur kesemua bahan, gaul sebati dan masak dalam microwave selama 10 minit.


Untuk roti

1 buku roti

4 biji telur

1 kotak kecil susu segar

aduk telur dengan susu sehingga sebati.. celupkan roti dan susun di dalam acuan. lapiskan dengan inti dan selangkan dengan roti.

Untuk sos putih

4 sudu makan butter

1 cawan susu segar

1/2 cawan tepung gandum

3 keping cheese cheddar

panaskan butter dan masukkan kesemua bahan hingga sebati, jaga jangan sos bergentel.


untuk lapisan atas pie, tuangkan sos putih, susun cheese cheddar dan bakar sehingga kekuningan.

Saturday, February 27, 2010

Egg Benedict





Bahan-bahan
1 biji telur
1 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked


serbuk cili/paprika
Sedikit butter atau majerin


Garam
Cara-cara
1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit serbuk lada, lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit serbuk lada, lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
- boleh tabur cheese ikut suka

Saturday, January 9, 2010

Pizza Sempoi


Sesempoi namanya macam tula cara buatnye. Roti pizza dari Tesco dan bahan2 dari stock yang ada. 5 minit siap... Perfect jugak... Anak2 suka mummy ceria!!!

Wednesday, December 30, 2009

Turkey and Egg Sandwich


Menu malam ni... amalan hidup sihat.

Thursday, December 17, 2009

Sushi Roti Dan Tuna




Ni Watee buat pagi ni atas permintaan Mr Hubby nak buat bekal ke office. Disebabkan terkalut sikit sebab pukul 7 baru dia bagi sign kata nak bawak bekal, jadi hasil dia sedikit comotla.

Sunday, December 13, 2009

Roti Arab dan Kari Ayam


Sarapan hujung minggu