Sunday, March 21, 2010

Blueberry Cheese Cake


Cheese cake ni khas Watee buat untuk balas bekas kawan Watee, Suzita. 2 minggu lepas dia ada bagi Watee, salad pasta resepi Watee yg 1st time dia try. So tak sedap pulak nak bagi bekas kosong jadi Watee buatkanla cheese cake ni.

Harap dia sukala dengan cake simple yg Watee buatkan ni.
Bahan2Untuk Base
3 cawan Digestive biscuit/oreo/marrie - yg dihancurkan
125gm butter di cairkan
Gaul rata kedua bahan ini mampatkan ke dalam acuan kek. Sejukkan.
Untuk Kek
250gm philledelphia cheese
1 kotak kecil whipping cream
1/2 tin susu sejat
1/2 kotak kecil susu segar
1/2 cawan gula
2 sudu makan gelatin (dicairkan dgn sedikit air panas)
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
3 sudu makan blueberry paste
Blend kesemua bahan di tuangkan ke dalam acuan base tadi. Sejukkan. Selepas cake beku hias dgn lebihan blueberry paste di atasnya.

No comments:

Post a Comment