Saturday, July 21, 2012

Siem Reap, Cambodia

Selepas menempuh berjalanan yang panjang, kami tiba di Siem Reap dalam pukul 10 malam. Tercari2 jugak Okay 1 Villa hotel. Masa kami sampai pintu pagar hotel ni pun di tutup. Keadaan kawasan hotel tu yang kedalam dan sunyi kot. Masa nak check in ada problem jugak. Mereka tak register nama kami. Memang dah booked awal2 pun kat Agoda. Mujur ada bilik kosong, so that tak adalah kami menunggu lama sangat. Masa menunggu tu kami dihidangkan dengan sejenis minuman. Air serai madu lemon dengan wet tisue. Rasa recharge la sikit bateri kami tu.

beg2 kami
lagi banyak beg dari orang

baru check in
pose dalam bilik dulu


bilik ni hiasan over sangat.
rasa penuh bilik tu dgn brg2 hiasan
Lepas simpan beg, mandi dan solat kami turun balik sebab nak ronda2 town dan nak cari makan malam. Memang badan dah letih tapi terasa rugi kan nak tidur awal2 (awalla sangat) tu memandangkan kami ada kat Siem Reap ni dalam 1 hari 2 malam je. Buang rasa penat nak melihat negara orang ni.. rugi rasanya..

Kami berkumpul kat lobby dalam pukul 11 malam. Si Yusz taknak join sebab letih sangat kot. Yela seharian dengan baby dalam bas dan kereta bila dpt masuk bilik dan rehat mestilah dah malas nak keluar.
Malam tu pun meraban jugak mencari restoran halal. Mana yang Sambo bawak semua dah tutup. Yela dah pukul brapa pun kan. Teringatkan tips seorang muslim guide yang kami jumpa masa di Restoran Asmak, Phnom Penh tadi. Dia cakap kat dalam town tu ada satu masjid. Belakang masjid tu ada restoran muslim yang dikendalikan oleh Mufti Cambodia. Mujur ada contact no guide tadi tu. Si Rizal terus call tanya kat mana tempatnya. Guide tu tersangatlah membantu. Dia siap call kan restoran tu dan inform kami akan sampai dalam setengah jam lagi. Masa kami sampai restoran tu macam dah tutup. Rupanya restoran ni dibuka 24 jam.  Boleh datang anytime untuk makan. Kami tak order makan pun. Dia yang sediakan untuk kami. Memang perut toksah cakap la masatu. Lapar betul. Sementara tunggu makanan dihidang, kami dilayan oleh Mufti tu sendiri. Fasih betul berbahasa Melayu. Bagus betullah, macam2 cerita dia share dengan kami. Kami dimaklumkan sebelum kami tiba, restoran tu dikunjungi oleh team TV3 untuk programe Jalan-jalan Cari Makan episod terbaru. Lama jugak menunggu untuk disajikan makanan. Tapi keletihan kami menunggu tu diganti hidangan makanan yang cukup menyelerakan. Ada siakap 3 rasa, tomyam, kangkung belacan, ayam goreng, telur goreng dan paling tak boleh lupa of coz la sambal belacan dia. Terangkat bebb!!

Siakap 3 rasa

lapau



bergambar dengan Mufti besar Siem Reap

Lepas makan ronda2 area town Siem Reap tu tengok dari dalam kereta je. Penat dan rasa malas nak jalan-jalan dengan perut kenyang tu. Dekat pukul 2 la sampai bilik masa tu. Si Yusz dan domot dah pun tidur......

Kita sambung journey esok ke Angkor Wat.....

No comments:

Post a Comment