DAY 5 - 6th June 2012
ANGKOR WAT
Disebabkan jadual hari tu kami nak melawat ke Angkor Wat je, jadi takde la awal-awal pagi nak kena berkumpul. Pukul 8.30 pagi En hubby, Is dan akak dah ada kat lobby. Yang lain tak nampak bayang pun lagi. Kami naik ke roof top la. Ada pool kat situ, tidak la berapa besar. Cantik jugak hotel ni. Ambil gambar sikit2 kami turun balik ke lobby. Yang lain tak merasala.. sapa suruh lambat..
ANGKOR WAT
Disebabkan jadual hari tu kami nak melawat ke Angkor Wat je, jadi takde la awal-awal pagi nak kena berkumpul. Pukul 8.30 pagi En hubby, Is dan akak dah ada kat lobby. Yang lain tak nampak bayang pun lagi. Kami naik ke roof top la. Ada pool kat situ, tidak la berapa besar. Cantik jugak hotel ni. Ambil gambar sikit2 kami turun balik ke lobby. Yang lain tak merasala.. sapa suruh lambat..
memang banyak perhiasan kayu je hotel ni |
turun ke lobby mereke2 belum tiba lagi akak ambil kesempatan berFB la kejap |
hiasan lobby crowded!! |
ready untuk menghitamkan kulit |
hotel kami.. cantikkan |
sarapan pagi kami ke sebuah restoran berdepan dengan hotel ni |
rombongan kami dah sampai |
agak puas hati makan di sini |
mummy dan domot yang kelaparan |
mee sup daging yang yummy |
nasi lemak rendang ayam |
bergambar dengan anak orang cambodia |
macam kenal je hotel ni |
Angkor Wat, Tapak Warisan Dunia UNESCO
Selepas mengisi perut, kami terus ke Angkor Wat. Angkor Wat merupakan kota purba Kerajaan Khmer dari abad ke 9 hingga 15 Masihi. Terbahagia kepada 2 kompleks yang sangat luas. Selain dari Angkor Wat itu sendiri di kawasan tersebut juga terdapat pelbagai jenis kuil. Kuil-kuil kat sini kebanyakannya sudah pun dibaik pulih. Kehebatan senibina dan nilai sejarah masih terpelihara hingga kini. Masa ni ada rasa macam excited la jugak. Almaklum nak melawat ke salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kira termasuk Angkor ni, dah 2 UNESCO lah yang akak dah pergi kat dunia ni selain dari MELAKA.... ;P
Tiket bayaran masuk terdapat dalam beberapa pilihan. Ada 3 days pass, 2 days pass dan 1 day pass. Kami ambil 1 day pass sajala kan dah sehari je pun ada kat sini. Dengan bayaran sebanyak $20 agak mengujakan bila pass masuk ialah pass bergambar. Boleh simpan buat kenangan.. kenangan? dah kat mana dah simpan pass ni.... lupa
comel kan??? lol |
Disebabkan mengambil masa yang agak lama untuk explore Angkor Wat ni, jadi si Sambo just drop kami kat tepi jalan berhadapan dengan entrance ke Angkor Wat. Masa yang diberi 2 jam atau ikut berapa lama kita mampu bertahan. hahahaha... Memang tak puaslah kami nak bergambar nanti ni karang...
tangga ni la antara tangga paling tinggi yang akak naik masa naik tu tertoleh ke bawah then rasa menyesal kenapala aku naik. tu duk atas batu tu pun gayat je rasa ha |
memasing pakai baju terang nak nampak cantik dalam gambar |
1.. 2.. 3.. siapa sampai atas dulu |
nak bergambar dgn mereka kena bayar $2 |
nak mendaki naik ke puncak wat ni akak tak berapa nak berani gayatttt naikla korang sementara mummy dan mama menanti di bawah |
spot.. where we are??? |
hah betul kami memang gila bergambar |
port cantik tapi pose sorang2 biar leee janji bahagia, dah la gambar dia tak banyak |
ada juga terdapat deretan kedai menjual pelbagai barangan - misi mencari topi - en hubby, dian and me je yang beli topi buat lindung panas muka |
kesian orang haus belakang tu jumpa air |
gedik!!!! |
muka dah sedih sapu tangan hilang |
anak kecil peminta sedekah kesian kecil2 dah kena cari duit untuk isi perut siap bawak adik lagi tu |
Sudah start diganggu 1 dolarrr.... 1 dolarrr... |
2 jam di Angkor Wat, kami ke parking area tempat Sambo menunggu. Di seberang jalan sebelah sana terdapat juga belon udara panas untuk sesiapa yang nak naik view Angkor Wat dari atas. Kami tak pergi tengok pun pasal masing2 macam tak teringin pun. Lagipun takde dalam itinerary kami nak ke situ. Seterusnya kami di bawa ke Bayon. Tak lama kat sini bergambar lebih kurang terus gerak ke Ta Phrom. Memang dah tak sabar nak ke lokasi pengambaraan Tomb Rider dan Transformer ni. Wat-wat yang lain kami view dari dalam van je. Sambil lalu. Dah tak larat nak berjalan dan berpanas turun dari van. Rugi? Memang pun......
Bayon
Bayon
Bayon |
Bayon pun agak cantik untuk bergambar. Kawasan tak berapa luas jadi tak semput la kalau nak pusing keliling pun Tapi kami pose kat depan je.. |
ni bukan wat ye... ini toilet saja je nak ambil gambar toilet kat kawasan Angkor Wat ni dari luar nampak cantik dalam serupa je macam kat Malaysia dari tahap kebersihananya |
gaya domot tak menahan.. elok je berdiri |
di mana kita? ha bincang-bincang |
Ta Phrom
Selepas ke Angkor Wat dan Bayon kami ke tempat yang tak sabar2 kami nak pergi... Ta Phrom. Tempat ni ada laluan masuk dan laluan keluar nya yang tersendiri. Si Sambo turun kan kami di laluan masuk dan akan tunggu kami di laluan keluar nanti. Dari jalan utama di mana tempat kami diturunkan ke pintu gerbang Ta Phrom kena la berjalan sejauh + 500 meter.Tak penat sangat berjalan sebab pokok besar meneduhi sepanjang jalan dan ada pulak sekumpulan lelaki memainkan peralatan music tradisional untuk menarik pengunjung menghulurkan sumbangan. Lembut je alunan dan agak menenangkan.
pintu gerbang Ta Phrom |
meraih sumbangan ikhlas dari pengunjung CD juga dijual pada sesiapa yg berminat |
gendang kulit ular |
yeayyyyyy happy.. sampai juga |
wah kemain dikepit anak dara... |
owh teruja nye saya |
Cak!!!! ada orang di sebalik akar |
geng anak dara |
hahaha muka memasing toya |
macam tak percaya je sampai jugak kami ke sini |
Bergambar di Ta Phrom ni amat2la mengujakan. Unik dengan kesan tinggalan sejarah dan akar2 pokok yang membesar dicelah2 bangunan. Tak peduli dah berpeluh macamana pun.. pose tetap pose. Susah sikit la sebab memang ramai orang. Xboleh nak stay kat satu tempat tuk senang2 nak bersantai bergambar. Ada je yang Q menunggu nak pose kat tempat yang sama.
Dalam sejam meronda kawasan Ta Phrom kami proceed ke laluan keluar. Tapi sesat jugak memusing mencari arah keluar. Keliru sebab tak biasa kan tempat tu. Pusing-pusing sama je. Bila tanya pada 2 3 orang guide yang ada kat situ, memasing sombongnya bukan main. Redah sendiri mencari. Laluan keluar tak banyak beza dengan laluan masuk. Kena menapak jugak ke jalan utama dan seperti biasa si Sambo dah setia menunggu..... ;p
lidd dihimpit peniaga2 kecil 1 dolar..... 1 dolar...... sehingga terpedaya jgk akhirnya |
adatla bila ada aksi paksa memaksa membeli barangan jualan mereka menghimpit sampai ke pintu van belum di kira anak2 kecil merayu minta seorang sedolar |
Hampir pukul 5 jugaklah kami menghabiskan masa kat sini. Penat, panas, berlengas, lapar. Bekalan makanan yang tinggal biskut je. Dah tak larat rasanya nak makan biskut lagi. Si Sambo bawa kami ke restoran yang terdapat di Hibiscus Hotel. Memang sikit punya besar tanda halal kat restoran ni. Masa kami sampai memang kosong tempat tu. Pekerja hotel cakap kena tunggu sekejap sebab chef dia kena call baru datang. On call chef. heheheh. Hmmm tak ramai customer dan rumah pulak dekat agaknya. Set menu pelbagai pilihan. Ada set A, B dan C. Tengok semua sedap2 je. Almaklumlah lapar kan. Masa tengah menunggu datang seorang lelaki melayu melayan kami berborak. Bertanya itu ini. Memberi pelbagai tips. Owh rupanya dia owner hotel ni. Orang Malaysia juga tapi tak ingat dari mana. Dia baru ambil alih pengurusan hotel ni. Agak ramah orang nya. Baik melayan dari satu cerita ke satu cerita sehingga kami tak rasa segan silu pun duduk kat hotel tu.
ayam telur masin |
udang sweet sour |
tomyam, sayur campur dan telur goreng |
Memang tak menghampakan lah makan dekat sini. Dengan sambal belacan yang meletop. Berselera betul kami makan. Kemudiannya kami dijamu teh tarik. Fuhhh terangkatt... Harga set menu seorang $8 dolar. Ok la kan. Kalau nak kata mahal sesuailakan, makan pun kat hotel...
owner hotel yang ramah sempoi je kan |
pemandangan dari main lobby hotel. boleh tahan jugak ada 2 pool lagi indoor dan outdoor |
family room |
nak tidur sila kutip bunga dulu.... |
Agak selesa bilik-biliknya. Rate boleh tahan la. Below RM150. Tapi yang pelik takde satu umat pun kat situ selain daripada kami dan pekerja2 hotel yang lain. wonder why??? baru bukak kot kan
Lepas melawat hotel, kami ke satu pusat jualan yang menjual pelbagai perhiasan dan permata. Tak beli lah pun, sekadar menjamu mata sebab agak mahal jgk barang2 yang ada kat kedai tu. Terlupa snap gambar.
Kami pulang ke hotel awal haritu. Dalam pukul 5.00 petang semua dah melepak berehat dalam bilik masing-masing. Masa kami sampai tu, kami disambut oleh pekerja hotel yang rupa ala2 Faizal Tahir. Dia jamu kami air teh serai lemon yang sejuk dan sehelai towel lembap sejuk untuk kami sorang satu. Nikmatnya rasa. Segar bila muka disapu towel lembap sejuk tu. Masuk bilik plan nak tidur, nak swimming dan nak berurut tergendala bila orang2 kuat jalan2 kali ni sibuk kat lobby hotel surfing mencari tiket keretapi untuk destinasi2 selanjutnya.
Lepas maghrib baru kami keluar meronda-ronda town Siem Reap. Nasib tak baik hujan pulak malam tu. Jalan-jalan night market yang tak berapa nak menarik. Sama je macam gerai2 jualan barangan Siam yang byk terdapat kat Malaysia ni.
Masa ni memasing dalam poket note yang ada berterabur. Ada yang memiliki baht banyak tapi dolar, dong dan riel dah abis. Ada yang dolar je dalam poket. Masalah sebab masing tukar note tak bayar. Macam2la. Kira ada je la antara kami yang problem dengan masalah currency setiap kali nak membeli barang. Malam tu kami pakat2 membeli sorang sehelai lagi tshirt Cambodia. Me? Beli jugakla sehelai seluar siam untuk buat2 seluar tidur, fridge magnet dan beberapa hiasan kecil untuk buat perhiasan di rumah nanti.
Dian pun sama rembat sehelai seluar. Tu pun dia rembat seluar pilihan A akak yang direject. Actually seluar tu akak dah bekenan. Dalam masa yg sama ada sehelai lagi seluar yg menarik perhatian. Bila tanya kan si Dian pendapat yang mana cantik, dia cakap pilihan B yang cantik. So akak dengan berat hatinya melepaskan pilihan A dengan alasan byk sangat warna. Bila dah bayar settle, si Dian ni terus rembat seluar A tadi tu. Aiyaaa Dian punya tektik kotor nak dpt yang cantik. Pandai dia kan. Nasib baik berebut dengan mummy. Kalau dengan yg lain jangan harap ok... ;p
Next kami meronda lagi tapi kali ni tempat jualan ada buat banyak servis mengurut kaki. Memang agak murahlah servis yang disediakan. $2 untuk 20 minit urut kaki. Masa ni kami berpecah. Yang ikut En hubby and me ialah Cekna, Ida dan Dian. Yang lain dah tak tau kemana hala. Masa berjalan2 jamu mata tu terjadi satu insiden yang betul2 buat akak rasa simpati dan tak sampai hati hinggalah ke hari ini.
Cekna datang dengan muka kesian dan ada2 riak keterujaan di wajah nye menghimpit si Dian ni meminta $1 nak buat urut kaki. Dia kata dia ada $1 je, tak cukup lagi $1. nak tukar duit lagipun tak berbaloi sebab esok dah nak berangkat ke Bangkok. Yang si Dian pulak dengan kejam nya terus cakap "hah!! nak apa lagi.. asyik duit duit duit!" hahahaha terkedu kami yang lain. Mmg sebelum ni Cekna selalu meminjam duit kat Dian sebab dia tak de byk note dolar dan yang lain. RM dan Baht banyakla dia. Cekna pun terkejut masa tu. Kesian ko Cekna. Sedolar pun kawan takmo tolong pinjamkan. Akak pulak bukan tak bagi tapi macam malas je nak tunggu dia mengurut 20 minit tu.. hahahah sorry la Cekna kesian tengok gaya ko minta $1. Dah sama macam2 anak kecil peminta sedekah tu ha. one dollarrrrrrrrr one dollarrrrrrrrr.. Sempat pulak la Cekna balas masatu "ooo korang sombong ekk.. xpelah esok pergi Thailand aku kaya dari korang". hahahhahaa..
Dah penat jalan kami melepak di satu gerai mamak. Hajat nak makan yang ringan2 macam roti canai ke tapi bila tengok menu boleh cekik darah. Roti sahaja tanpa kari je dah $2.50. Jadinya kami minum jela masa tu. Balik bilik kang beli roti putih kita makan lagi bekalan yang ada. Banyak jugak lagi stock yang tinggal tu.
Singgah ke kedai 24 jam, beli roti putih balik bilik kami dan makan ramai2. Ikut kata mufti Siem Reap semalam, dia cakap kalau setakat roti putih tu boleh la makan lagi. Jadi kami pun yakin la sebab katanya halal. Roti pun roti la. Makan dengan serunding dan tuna can yang masih berbaki. Memang sedapla kalau dah lapar tu kan. Ikut budget, sehari je boleh makan sedap. Tengahari tadi dah makan kat hotel so malam kita jimat. Ada berapa hari lagikan nak berbelanja, jadi berjimatlah....
Lepas makan akak dan Cekna lepak bilik anak2 dara berbual sampai pukul 2. Nak lepak dalam bilik kami kang terjaga pulak baby domot bila kami berborak macam tak ingat tu kan.
Pukul 2 baru bersurai. Esok nak bangun awal lagi. Nak menempuh perjalanan yang jauh lagi.................
Day 6 - 7th June 2012
Siem Reap - Bangkok
Dari Siem Reap ke sempadan kami menggunakan perkhidmatan guide yang pihak hotel sediakan. Tambang USD$63 untuk 9 orang. Jam 6 pagi dah kena ada kat lobby. 6.15 kami bertolak. Dalam perjalanan tambah lagi seorang penumpang menjadikan kesemuanya 10 orang. Kami pilih perjalanan awal pagi sebab takut apa2 kemungkinan yang mungkin terjadi dalam perjalanan tu. Yela tempat orang kan. Kita tak tau rentak macamana.
Laluan depan hotel yang tidah diturap |
bersiar2 dengan basikal sebelum pulang (nak tunjuk seluar yg beli semalam tu je) |
sarat terlebih muatan |
backpackers |
kami lah backpackers yang berjaya tuuuu |
buah hati Lidd mamat ala2 Faizal Tahir |
nak pergi kerja berbasikal je patutla kecik2 orang mereka |
ke sekolah berselipar dan pakai beg plastic je kalau anak2 kita? huh beruntungnya nak dibandingkan dengan mereka Alhamdulillah |
Kami tiba di Poipet lebih kurang jam 10.30 pagi. Awal lagi kan. Keretapi bertolak dari border ke Bangkok dalam pukul 2 petang. Van tinggalkan kami ditepi jalan yang tak jauh dari kompleks imgiresen Cambodia. Keadaan pekan masa tu agak sesak dengan surela pelbagai urusan.
tak lama menunggu untuk urusan imigresen |
kat kawasan ni pun banyak terdapat bangunan2 casino |
pintu gerbang memasuki negara Thailand |
Memasuki sempadan Thailand la yang agak rumit sikit. Beratur sikit punya panjang. Siap ada pengasingan lorong untuk penduduk Thailand dan foreigner. Dalam sejam setengah jugakla kami beratur. Masa nak melepasi pak kastam pun macam2 soalan jugak dia tanya. Siap nak detail address hotel kami nak menginap nanti. Layankan jela sebab nak masuk negara orang pun kan.
dasyat2 besar beg dari orang |
Berakhirnya entry di Siem Reap. Kita sambung journey di entry Bangkok nanti.............
No comments:
Post a Comment