Saturday, July 21, 2012

Phnom Penh, Cambodia


Day 4 - 5th June 2012
Ho Chi Minh - Phnom Penh Journey

7.00 pagi semua dah sedia menanti di lobby. Awal nak kena bangun. Bas bertolak pukul 8 pagi waktu sana. Masa nak check out tu, masatu lah pulak staff hotel nak check bilik. Dahlah kami nak kena menapak pagi tu sejauh 1 kilometer untuk ke stesen bas Sapaco Tours. 7.15 dah rasa resah gelisah. Tambah2 aku.. ialah aku ni jenis orang yg punctual. Takut tertinggal bas naya je kan. En hubby mengarahkan semua yang lain selain dari dia, akak dan Is untuk bergerak dulu. Tunggu punya tunggu 7.30 barula settled. Delay time kat situ je setengah jam. Apalagi dengan kelajuan maksimum En hubby, Is dan me pun memecutlah ke destinasi tempat dituju. Mengah le jugak.


pos akhir di lobby hotel Ho Chi Minh


hah tengok
macam berlumba2 kan, nak melintas pun takut

dah terasa beban kat bahu
dahla kena berjalan laju


salah satu yg salute kat orang Vietnam ni
mereka rajin beriadah..
pepagi ramainya orang berkumpul bersenam bersama2

sampai jugak akhirnya
en hubby dengan beg baru

duduk tempat masing2

Secara jujurnya percutian di Ho Chi Minh ni tak boleh nak buat aku rasa nak repeat holiday ke sini. Sekali merasa cukup. Mungkin sebab aku tak datang semata untuk shopping kot. Kalau memang berhajat datang nak membeli belah haaaahhh memang heaven la.. boleh dikatakan macam2 ada la kat Ben Tahn Market tu. Paling tidak aku dan En Hubby dapatla sorang sehelai tshirt Vietnam  selain dari fridge magnet, kopi dan sehelai t-shirt HRC Ho Chi Minh. Cukup!!! kena beli la pasal akak tak bawak banyak tshirt trip kali ni. Mmg tujuan nak collect tshirt negara orang je...
Bas bertolak ke destinasi lebih kurang pukul 8.15 pagi. Selesa kot dalam bas or kami yang terlalu letih... semua tertidur... Sedar-sedar driver bas suruh turun untuk chop passport. Dah sampai border rupanya. Masatu jam baru pukul 10.30 pagi. Tinggal barang kami turun ke imigresen untuk cop passport keluar dari Vietnam dan cop masuk ke Cambodia. Mujur la tak berapa sesak. Tak sampai sejam settled dan kami sambung perjalanan semula.
Ni la rupa basnye...

Kompleks imigresen Vietnam



cara tunjuk lidd
trade mark dia yeee 

dah kenapa senget tu Mak Jemahhhh

kat area border banyak terdapat casino
tapi siang tutup la
kalau malam sure happening tempat ni

Pemandangan sepanjang jalan menuju ke Phnom Penh



Tak pasti berapa jauh perjalanan, lepas isi perut dengan biskut kami kembali menyambung tidur. Oh takde yang lebih  penting masa tu melainkan dari tidur. Ruginya tak tengok keindahan sekeliling tempat orang, tapi apakan daya, bila nak tengok je mata makin layu dan layu dan lelap... Tersedar pun bila bas memasuki kawasan tidak berturap dan jalan tersangatlah tidak rata. Rupanya kami memasuki satu kawasan pekan kecil yang terdapat jeti untuk menyeberangi Sungai Mekong. Jalan pun tak berapa sesak dengan kenderaan. Jadi tak perlu nak menunggu lama untuk naik feri. Seram jugak bila pikir keaadaan bas nak melintas titi untuk naik ke feri. Daif sangat kemudahan yang ada tu. Tapi rasa gusar tu diganti dengan satu rasa keinsafan bila tengok keadaan sekeliling. Majoriti penduduk kat situ boleh dikatakan miskin jugakla. Dengan keadaan diri mereka sendiri yang comot, memakai pakaian lusuh, berkaki ayam, apa lagi yang dapat ditafsirkan dengan gaya hidup macam tu kan. Kesian pun ada bila dari atas bas tu kami nampak anak2 kecil peminta sedekah meminta simpati dari kami untuk hulur sesen dua pada mereka. Masa tu betul2 tak sampai hati nak tengok dan keras hati buat tak pandang je la.

Sila la melayan gambar kawasan pendalaman Cambodia ni. Jauh berbeza dengan keadaan di bumi kita sendiri. .




Pekan kecil berhampiran jeti

pemandangan dari atas feri


menarik perhatian
satu van yang diisi penuh dengan penumpang sampai atas bumbung pun
langsung tak pentingkan keselamatan

berimpit
dah xde nak fikir keselesaan dah ni
yang penting sampai hala tuju


bunga teratai yang dijual
untuk dimakan bijinya mungkin

yang ni memang banyak la jual
nampak menarikkan
sejenis serangga
sure garing dan pedas tu...

alhamdulillah kami sampai dan merasa
melintasi sungai mekong dengan feri


macam2 makanan ada dijual
tapi tahap kebersihan tu memang faillah



Kami tiba di Phnom Penh dalam pukul 12.30 tengahari. Cuaca agak mendung. Kami tak perlu menunggu lama sebab guide yang dah kami deal dari Malaysia dah sedia menunggu dengan van untuk bawa kami ke Siem Reap pulak. Plan asalnya kami nak ke Tonle Sap. Tapi sebelum tu minta guide Sambo namanya, bawak kami pergi makan dulu. Dari pagi tadi kami alas perut makan biskut je dalam bas.


beradu tenaga
beg sapa paling besar dan berat
Si Sambo ni tak berapa reti jugak nak mencari tempat makan Halal. Makanya kami meronda la mencari kat dalam town dia tu. Mujurla terjumpa Restoran Asmak ni.. makanan dia sedap dan kami puas hati, selain dari tandas yang cantik dan bersih, surau juga disediakan. Si Sambo drop kami kat Restoran tu sebab dia nak gi betulkan aircond dia yang xberfungsi. tapi still tak ok masa dia datang ambil kami semula. aiyooo panasla kami dalam perjalananan lebih 6 jam nanti.


Nasi goreng

nasi goreng dengan daging goreng
lupa pulak apa nama menu ni

yipiii seronok dapat makan

suka sup ni
sup seaweed

model sementara Asmak
Masa makan tu hujan agak lebat. Atas cadangan si Sambo dia cakap tak payah la pergi ke Tonle Sap sebab akan makan masa yang agak lama.Mana nak kira perjalanan ke Siem Reap lagi. Ntah pukul berapa boleh sampai. Sambo cadangkan kalau nak pergi boleh pergi dari Siem Reap jugak. Jadinya kami teruskan je la perjalanan ke Siem Reap.

van agak selesa
tapi aircond rosak
kami dalam tu sesakkkk
mujurla hujan
Pemandangan dikiri kanan sepanjang jalan memang menarik. Rumah2 kampung dia tenang dan damai je. Kebanyakan orang mereka masih tinggal di dalam pondok. Depan hampir setiap rumah ni, di tepi jalan kami perasan mereka buat stand untuk sangkut plastic yang besar berserta dengan lampu kalimantang dan disebelah bawahnya mereka letak bekas berisi air. Rasanya bekas berisi air tu untuk mereka umpan serangga dan untuk dibuat snack seperti yang kami nampak atas feri tadi. Mungkin la kot kan. Memang dah jadi makanan wajib agaknya.

Dengan keadaan van yang panas, perjalanan yang agak jauh... sure la bosankan. Mujurla ada penghibur2 yang tak bertauliah menyanyi dari satu lagu ke satu lagu pelbagai genre... hahaha 60an pun ada. Apa2 pun kami terhibur la sebab dah xde pilihan lain... mekasih ye Dian, Cekna dan Lidd memeriahkan suasana.

Dipertengahan jalan, kami berhenti di satu restoran yang agak besar. Makan? taklaaa mesti tak halalkan. Behenti untuk ke tandas, luruskan pinggang apa patut, beli air sorang setin dan sambung lagi perjalanan...














Kita sambung story kat enrtry selepas ni ye........................

No comments:

Post a Comment