Wednesday, August 8, 2012

Bangkok, Thailand


Selepas urusan cop mengecop  nak masuk Thailand selesai, kami ber9 menonong je keluar dari kawasan imigresen sampai tak tengok tanda di mana perhentian bas or tuk tuk yang patut diambil. Nasib baikla tak jalan jauh sangat. Kena la patah balik. Kenderaan agak sesak masa tu dengan lori2 trelar yang besar agak menyerabutkan. Kebetulan melewati pondok polis pelancong, pak polisi yang mesra alam tu pun tunjukanlah kat mana nak naik tuk-tuk. Berhampiran dengan kawasan pasar. Chartered 4 tuk tuk untuk isi kami semua. Dalam 10 minit perjalanan sampai la kami di stesen keretapi Aranyaprathet. Train ke Bangkok akan berlepas dalam pukul 1.50 petang. Kami pukul 11 dah terconggok kat situ. Berkampung la kami. Merapu, makan, borak, bergambar dan ada yang ambil kesempatan ke pekan terdekat mencari minuman dan makanan buat bekalan untuk perjalanan jauh  ni.



tuk tuk yg antik

serius nau driver ni




kemain laju tuk tuk ni walaupun kecik



dah sampai stesen

huh sempat lagi!!!

beg banyak dari orang



aksi bunuh diri

makan le apa lagi




cuba teliti cara tunjuk lidd tu..
ada style
mengayat lagi
dengan domot2 sekali tu

excited mak nak naik train
lama kot tak naik
ok la dari derang tu
ada yg tak pernah naik train langsung!!!
eh siapa ek??? huhuuh kesian

bagus
ingat lagi cikgu pesan
kena beratur nak naik keretapi tau


cantiknya gambar dia

tengokla kerusi train ni
keras kejung la punggung ni karang
tapi train ni bersih tau
cuma agak klasik je


sikitnya panjang ha tiket

sikit nya jauh jalan
RM4.80 je ha
untuk warga Thai FOC je
bila la Malaysia nak buat camni




membuta je keje

macam2 benda jugak yang orang Thai ni jual dalam train
sayur2,  ulam2an pun ada

berhenti di sini untuk tukar kepala train


wah kemain domot
tak gayat ke??

lagi, orang paling ramah collect kenalan


dan akhirnya kami sampai hwahwhaha muka tebal dgn serdak ,habuk semua ada



Sepanjang perjalanan walaupun train kelihatan agak tidak selesa, tapi kami tak hadapi sebarang masalah pun. Enjoy je menikmati keindahan sekeliling. Diawal perjalanan masing2 melayan perasaan dan ada yang tidur. Nak tidur lama2 pun tak boleh pasal bising. Dengan bunyi keretapi la, dengan orang kehulu kehilir menjual pelbagai jenis barangan. Cuaca agak mendung dengan hujan gerimis disesetengah kawasan menjadikan keadaan tidak la terlalu panas. Nyaman la sikit kan. Kemudahan yang lain seperti tandas agak memuaskan hati walaupun daif keadaannya. Tidak terlalu kotor.

Bila dah masuk ke malam masing2 dah mula nampak bosan. Yela dah tak nampak luar pun kan. Akak, Dian, Cekna dan Ida kitorang main nama negeri binatang buah benda. Fuh lama nya tak layan. Masa budak2 dulu je main. Seronok jgk la bergelak ketawa menghilang kan kebosanan. Dan sedar tak sedar, dalam pukul 9 kami pun sampai la di stesen keretapi Bangkok.

Selepas menunggu urusan pembelian tiket keretapi ke Hatyai pulak nanti, kami keluar dari kawasan stesyen keretapi untuk mencari kedai makanan halal. Susahnya nak mencari. Memasing dah letih dan tak tau pulak mana hala tuju. Pilihan terakhir ialah dengan menahan teksi untuk terus ke hotel je. Makan pikir kemudian. Masalah la pulak bila kebanyakan teksi tak tau tempat hotel kami nak duduk tu. Tuk tuk pulak tak boleh pergi sebab jauh sangat. Mujurla ada satu tuk tuk yang kami tahan tolong kitorang carikan teksi. Cari yang  pakai meter, sebab teksi yang mula2 kami tahan minta 1000 baht. Tak masuk akal nak menekan pun kan. Bila pakai teksi bermeter tak sampai 200 baht pun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam jugakla. Teksi pun menggagau nak mencari.

Sampai hotel, hati rasa lega sikit bila tengok hotel tu memang cantik macam diiklankan dalam Agoda, Pretty Resort & Spa. Yang buat darah naik sampai ke kepala, bila pekerja hotel tu suka suki je suruh kitorang cancel booking pasal nama tak register pun dalam list booking derang. Mak ai.. orang dah bayar la melalui Agoda. Dah la datang dari jauh, seharian perjalanan, sampai2 je kata nama tak booked. Angin memang angin la. Tambah angin bila langsung tak reti nak cakap English. Sepatah2. Boleh pulak dia suruh cancel gitu je. Bukan nak carikan replace hotel lain macam kat Ho Chi Minh haritu. En hubby bertekak nak bilik jugak, terpaksa la derang ni melayan. Hilang lapar perut masing2. Seharian tak jumpa makanan berat.

Agak pelik bila satu, satu bilik available. Lepaskan Yusz dan Rizal naik dulu la sebab derang ada baby. Dah sure Yusz letih seharian dengan anak kecil. Selepas setengah jam dapat lagi dua bilik. Geng anak dara pulak kami bagi can naik. Akak, En Hubby dan Is yang tunggu tak dapat bilik lagi. Masa menunggu tu baru terperasan ada banyak couple yang melintas lalu depan kami (berdua la sekali lalu) dengan bawa beg berisi, syampu, sabun, towel dan peralatan2 diri yang lain. Yang perempuan nya cantik yang amat dan berpakain seksi-seksi. Naik dalam 15 minit, turun balik bagi kunci  kat kaunter then baru staff hotel bagi kunci tu pada kami selepas lagi 5 minit menunggu.. Erkkkkkk tempat apakah ini. Tadi kata bilik dah penuh, ni tetiba available pulak, satu, satu.. Siapa pulak la yang check out malam2 gitu melainkan bilik disewa sekejap2... hahahahaha tak lain la dalam kepala otak pikir lain dah. Memang ia pun pasal kat sebelah hotel kami ni ada tempat perkhidmatan berurut. So sesiapa yang nak khidmat susulan selepas berurut bolehla masuk ke hotel pulak. Kami salah parking dah.. Nak sangat hotel yang cantik dan murah hah rasakan... ala sekali sekalapun kan. Dapat gak menjamu mata dan lihat cara mereka berkerja. hahahahaha tak boleh blah kan. Masuk dalam bilik je memang menarikla bilik hotel kami tu. Tak peduli dah sebelum ni siapa dan untuk apa bilik ni diguna. Cantik sangat susun atur dan bersih. Mujur la tak bawak anak. Memang sesuai la untuk couple je aka suami isteri yang sah. Hiasan bilik menarik, tapi gambar2 yang disusun didinding boleh buntang mata anak2 kalau bawak derang. Tambah bilik si Yusz dan Rizal.. lagila.. nasib baik la domot kecik lagi. Bathroom dia lagi menarik. Memang open.. mirror keliling.. macam show room la.. hahahah...

Jom tengok gambar2 yang ada kat Agoda yang buatkan kami teringin nak stay sini dengan bayaran hanya 470 baht semalam.





Macamana cantik diiklankan di Agoda macamtu jugaklah cantiknya bila tengok depan mata sendiri. Kita pergi pun nak tidur malam je kan. Janji bersih dan selesa ok la :P

Ha ni pulak hiasan dalam bilik yang tidak diiklankan.... opssssssssssss 18SX
abaikan model sebelah tu ye...
dia lebih mulia dari model2 dalam gambar itu ;p

Kita sambung cerita ye dalam entry selepas ini.. Maaf terpaksa buat entry pendek sebab lambat sangat nak upload gambar dalam blog ni.. makan bulan!!!!


No comments:

Post a Comment