Wednesday, November 30, 2011

Day 4 - Changdeok Palace, Insadong, Namsan Tower

Hari terakhir di bumi Korea... untuk mereka2 yg bujang. Aku dan En Hubby akan terus stay di sini sampai hari Isnin.

Pagi ni we all breakfast special. Abg Rashid masak speghati goreng yg tip top punye sedap rasanya. Siap ada udang dan sotong yg besar2 dalamnya.


bestkan diningnye.. boleh nmpk namsan tower


Lepas sarapan kami ke Sunshine Guesthouse melalui subway. Sunshine ni walking distance je kalau nak ke Changdeok Palace. Dalam 15 minit berjalan saja. Di sepanjang laluan byk kedai2 kraftangan kebudayaan Korea. Kesemua kedai masih tutup lagi pun waktu tu.




aksi tiru gaya patung dgn berbaju Hanbok dalam kedai tu,
tapi langsung tak nampak patung kan



xtau apa motif pointing diri sendiri
 


wah bergaya backpackers ni..
 

cantik bunga ni..
mcm sejenis kobis


tengok pump station kat sana.. hose nye tergantung gitu. jimat ruang


depan palace


ini untuk mereka 6 serangkai (termasuk Is)
The Palace : 3,000 + Secret Garden 5,000 = 8,000 seorang (RM24)


me and hubby combination ticket 10,000 won (RM27.74)
ticket includes admission to other palace.
ada 5 palace yg terdapat di sekita bandar Seoul.
ticket ni berbaloi beli sebab boleh digunakan dalam masa sebulan
kami nak repeat lagi kat palace yg lain pulak later


melalui lorong ke Secret Garden



abaikan je la twin ni tidur kat atas jalan



- Autumn In My Heart -
pelakon lelaki : Iskandar
pelakon perempuan : Dian Shafiqa
Sutradara : Watee
Kameraman : Dzul


xready, tpi background superb


aksi rebut merebut..
yang untung????


aksi sandar menyandar..
tarak untung???


cun!!!!


i love this pic
nmpk candidkan, tpi acting je tu
class mak blakon
(tengok remote kat tangan en hubby. ehehehe)


berenti lolah..


hahhhhh  meh meh.. meh nak story mory sikit. Ini adalah idea datang dari Cik Yuslinda Atmasari Mustapha atau Cik Lidd kita. Dia la yg punya idea bawak baju kurung untuk shooting konon beraya diperantauan kat Seoul ni. Dan En Hubby as photographer pun setuju. Almaklumla kami kat Korea pun sehari selepas umat Islam menyambut Aidiladha. Kira kenala jugak tema kan. Setelah melilau cari tempat yg sesuai untuk dirakam moment2 indah diperantauan, sampaila kami kat satu kawasan yang agak sunyi dan tersorok dari orang ramai. Disebalik pondok usang kami pun tukar pakaian. Opss xde yg sensored, semua tercover. Maka bermulalah aksi2 sopan kami di dalam kawasan taman rahsia tu..


fokuskan bahagian lutut ke atas ye
abaikan dibahagian bawah kaki.. whahahaha



selendang rindu......





dan terakhir, terimala ucapan sekalung penghargaan dari kami...... terbaekkkkkkkkkkk




memasuki kawasan servant


belakang tu quarters servant..




aksi apa ni?
aksi gaduh2 manja dian dan ida berebutkan si Is...
yg panas di pasaran


ini gaya yg tak pernah pengawal2 istana buat dan rakam dulu
  INSADONG

Dalam pukul 3, habis kawasan istana kami lawati, kami menapak ke Insadong. Dalam 30 minit berjalan jugak la itupun selepas singgah jgk merata perhentian, sebab dikiri kanan sepanjang jalan ada jugak orang menjual pelbagai barangan. Aku dan Dian sempat jugakla merembat sorang satu handbag. errr hihihihi suka sangat handbag ni.... cute



 Insadong ni banyak jual sourvenir je. Masing2 habis beratus jugakla hanya membeli cenderahati untuk di bawa pulang. Suka le onni kedai tu, bila kami berlapan borong dalam kedai yang sama. Hasil tuaian aku dengan kawan2? Tshirt, keychain, fridge magnet, chopstick, frame, k-pop merchandise dan byk lagila..

wah nampak voque Cek Na kita.
pilih Is pilih

apalah bentuk roti tu.. x senonoh betulla


unik design building ni.
tidak bertangga
xnampak split level langsung


fridge magnet 4 - 10,000 RM28
nail klipper keychain 10 - 10,000 RM28
takdela mahal sangat pun untuk dibeli sebagai cenderahati tanda ingatan
pada kenalan dan saudara terdekat
TERDEKAT sahaja ye.. yang mana hubungan jauh tu minta maafle..


kaklong kakngah kakcik kaklang
makteh, maklang, makngah, maksu towan tokcu toknek bla bla bla bla...
cukup tak ni


muka dok berkira lagi cukup ke tak brg2 yg dibeli


habis membeli, baru tersedar perut dah meronta2 minta diisi
nasib baik Insadong ni dekat jgkla dengan Sunshine Guesthouse.
Ok belakang aku tu ialah Insadong dan disebalik bangunan kuning tu ialah Sunshine
kami singgah di tempat mereka menginap tuk solat, isi perut, tinggal barang yg dibeli untuk
sambung jalan2 ke Namsan Tower

NAMSAN TOWER

Dari Sunshines kami berjalan (dekat sesangat) ke subway Jongno 3 untuk ke Dongdaemon melaui Line 1. Dari Dongdaemon Station kami tunggu bas untuk Namsan Tower. Mujur senang sebab ada bas yg bertulis Namsan Tour 03 or 05. Dengan tambang 800 won kira berbaloi jgkla sebab bas tu akan melalui Insadong, Myeongdong dan beberapa favourite spot kat Seoul ni. Agak sesak dalam bas waktu tu. Dalam masa setengah jam sampai la kami kat puncak bukit Namsan.


Dalam jem, bosan...
 

bus ni pakai bateri
sampai di atas Namsan tu dia charge bateri dulu


what a gorgeous Namsan Tower
 While awaiting, 6 serangkai tu naik ke puncak Seoul Tower, minta maaf sebab tak turut serta kali ni. Dah xmola menanggung azab gayat kat tempat2 tinggi ni. Sebab rasanya dah sama je view mcm yg di 63 Building, aku dan En hubby bermalas2 kat dataran Namsan tu sesambil ambil beberapa (wah beberapa la konon) keping gambar lagi untuk dijadikan kenangan. Tak silap aku nak naik ke atas Tower tu kena bayaran 9,000 won jgkla. Aku gunakan portion 9,000 won aku tu untuk borong souviner kat Namsan Shop. Dapat jugakla beli beberapa keping fridge magnet untuk aku sendiri. Owh ye, fridge magnet di sini murah sesangat. Boleh dijadikan tip untuk sesiapa yg bercuti makan angin di Seoul, kalau nak beli souviner untuk orang, beli je fridge magnet kat Namsan Shop ni. Dalam packet 3 keping cuma berharga 1,000. Kira satu seringgitla.


Seoul view dari puncak Namsan


lagi simbol famous Korea.
tanda, ikatan cinta diabadikan melalui padlock2 ni
dah penuh pagar tu dia kuncikan
tunggu masa je kot nak roboh, berat sangat



syabas utk En Hubby atas gambar2 di Namsan Tower ni
gelap mcm kat Malaysia pukul 8 malam dah masa tu



menunggu kemunculan yg lain sampai patah kusi tu kami duduk







mereka tuun jgk
tapi dengan paper bag Nature Republic masing2 ditangan
 Owh ye.. dalam beberapa hari lepas ada aku cerita pasal muka aku yg mengelupaskan. So Kak Ty syorkan aku pakai krim Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel. Memang sangat2 berkesan untuk aku. Kurangla mengelupas kulit muka aku tu. Makanya aku pun promote la pada kawan2 yang lain. Bila dah terjumpa kat atas puncak tower tu derang pun borong la sorang 1 set. Kat atas tu dijual dalam satu set. 1 set ada 4 bekas 300ml. Boleh tahan besarla. Bau sedap pulak tu. Nak tau harga berapa? Cuma 3,300 aka RM9.90 sahaja. Kalau kat Malaysia produk ni dijual dengan harga RM32.90. Hah sebab tu la masing2 borong sorang 4 bekas. Puas hati ke? Bila tanya semua apa korang nak buat dengan gel byk2 tu, ada yang jawab nak bagi kat adik beradik, tapi si Ida punya jawapan paling xingat. Nak pakai tuk diri sendiri. Setahun punya stock. wahahahahah memang bagus.. jimat cermat tempoh jangkamasa yang panjang.. dan sehingga ke hari ini memang aku pakai je gel ni di rambut di muka dan di badan.. sangat suka.


ni la rupa gelnye..


perghhhh cantiknye gambar ni.. tahniah En Hubby
xnmpk mcm malam pun kan


perhatikan betul2
11.11.11
date we was there
abaikan gaya 2 orang yg berbaju putih tu ye...


11.11.11


Nature Republic Malaysia new models
dan ini merupakan gambar terakhir mereka 6 serangkai di Korea


Selepas menghabiskan waktu di Namsan Tower, nampak jelas muka masing2 macam berat je nak melangkah balik. Almaklumla kan.. xtvt terakhir. Flight derang pukul 8 pagi esok. Tapi masing2 tak mau balik lagi tu. Lupa kat atas tu ada cable car, kami naik bas je ke Myeongdong. Last kopek shopping. Aku plk yg sayu on behalf of derang. Masing2 mencari benda terakhir yg hendak dibeli sebagai kenangan. Tapi kebanyakan kedai dah tutup masa tu. Masa kami di Migliore, Is ternampak satu coat merah dalam satu kedai yang dah ditutup. Kesian tak dapat nak beli. Minat punya pasal dia tinggalkan duit 100,000 won kat En Hubby minta tolong belikan kemudian dan bawak balik nanti. hahahah Sanggup si Is.

Lepak minum2 coffee di subway terus shoot balik ke haluan masing2.Sempatla mengenakan Cekna yang tersesat mencari kami kat Subway tu. saja je perhatikan dia dari jauh.. ok la masih tak panik walaupun dia kehilangan kami masa tu.. hahahah
Selamat pulang adik2 semua.. tinggallah aku meneruskan penjelajahan tempat2 yg tak sempat mereka nak pergi..

No comments:

Post a Comment