Tuesday, November 29, 2011

Day 3 - 63 Building, Maeuntang Dinner

Day 3 - 63 Building

Pagi ni, rasa macam malas je nak keluar awal. Tapi En Hubby dah bisingkan aku yang belum2 siap lagi sedangkan dia dan Is dah siap mandi dan ready untuk bersarapan. Sebenarnya aku masa tu belum nak bangun lagi. Masih sedap berguling2 dalam selimut dek sejuk. Wah excitednye En Hubby. Selepas bersarapan nasi goreng, kami ke Sunshine Guesthouse di Jongno-Gu, tempat 5 serangkai tu duduk. 




Dari Hannam, kami menaiki train ke Oksu. Di Oksu kami transfer ke line 3 untuk ke Jongno 3. Sesampai di guesthouse mereka, sorang pun xde kat dalam bilik. Penat jugak la ketuk pintu macam nak rak. Dan kemudian baru terdengar suara Cekna sayup2 terbatuk. Huh kat pantry rupanya. We all turun le kat basement, sedap je memasing tengah bersarapan. Apa lagi we all pun ambil kesempatan untuk upload gambar dalam fb sebab nak tukar profile picture. Dah tu semua pun berjangkit buat benda yg sama. Masa berlalu sedar tak sedar spi pkl 11 kitorang melepak kat situ. Tak membuang masa kami terus ke subway untuk ke 63 Building.

Dari Jongno 3, kami menaiki subway line 1 untuk ke Singil. Di Singil kami transfer ke line 5 untuk ke Yeouido. Dari Yeouido mcm biasa la, dah tak tau mana tuju. Yang si Ida ajak naik bas, masalahnya tak tau nak naik bas apa dan ke arah mana. Last2 kitorang berjalan. Ikut panduan bangunan yang paling tinggi tu ialah 63 Building. Masa dipertengahan jalan kami di sapa oleh seorang wanita korea yang bertanyakan kami dari mana. Terusla ambil peluang tnya kat dia ke mana arah 63 Building ni. Terkejut dia bila tau kami nak berjalan je. hehehe tengok orangla!! (walhal kaki dah mula sakit balik) Mengikut apa yang diberitahu nak ke 63 Building tu kena jalan sejauh 20 minit. Owh biasa je la tu. Bukan jauh sangat pun.


Sunshine Guesthouse


di Yeouido on way ke 63 Building


Trump Tower


hanya sekadar lakonan..



setengah jam berjalan.. sampai jugak akhirnya
itu pun dah makan separuh dari tenaga kami



dengan Lidd depan entrance Wax Museum
errrr comel pulak si Lidd masa ni
tapi masih belum dapat mengalahkan aku... whahahaha x agak
ampun ya nenggggg
 Disebabkan plan kami akan seharian dalam bangunan tertinggi tu, jadi kami ambil keputusan bersama untuk beli combination ticket. Mujur ada promosi masa tu. Beli Big 3 Ticket (Wax Museum, Seaworld dan Sky Art) berharga 32,000 won aka RM89.00, kita dapat gunakan untuk pakej Big 4. Pakej Big 4 ni cuma tambahan 3D Movie je. Maka menjelajah le kami ke setiap pelosok, setiap tempat, setiap tingkat (hiiiiiiiiii idokleee) yg kami beli ticketnye tu.
jom layan aksi2 lakonan akakkkkkk.... meletopss!!!!


tetamu diraja (Queen Elizabeth)
 


Madame Tussauds


Lincoln yg menyombong..
wat dono je aku laki bini ia2 melayan


i am the united state president!!!!


obama ni ok.. senyum je siap usap kepala aku lagi


terracotta


dengar atuk gandhi bercerita cite hindustan kejap


pakcik ni marah aku pasal aku tak kenal dia sapa!!! whahahahah


pandai pun si dian dan ida menghayati seni
bakat terpendam akak tu


huh!!! sasa


 en dracula duk luar kejap eee, akak nak posing dlm coffin ni kejap..
nam amik mood.. mood apa???


while nenek kebayan ni jadi patung kejap
meh ku tukar apple yg beracun tu dulu


awwwww... sasa la ko Mr frankenstein


nasib baik oppa korean ni nak melayan aku!!! sikitnye payah aku nak arahkan dia beraksi!! hampeh heheheh
 tergelak la plk nengok muka jambu draculla korea ni.
x fokus dalam lakunan langsung




owh beckam!!!
 Apa yg dapat diperhatikan sepanjang masa kami di Wax Museum ni, hasil seninya tak la sehebat yg di London sana tu (cewah mcm pernah pergi je kan). Hasil tangan yang ada kat sini tak berapa menjadi je aku tengok. Boleh dikategorikan dalam 5/10 je la. Nampak sangat patungnye, tak real pun (nama pun patung) Di penghujung laluan museum ni ada wayang 4D yang mana kalau nak tengok kena bayar asing pulak. Dalam 2,000 won la. Ada 4 pilihan movie, hantu, dinasour, alien dan galaxy. Disebabkan masing2 berani jadi kami pilih untuk tengok cita hantu la.. The Room. Tak takut pun, tapi dah kami je dalam mini wayang tu, so nye jadi gamat le dengan teriakan2 mengada2.. hahaha bila lagi kannnn. jom layan video




Yang lawaknye keluar je dari wayang 4D tu, rupa2 nya ada camera yang orang luar boleh tengok aksi kami kat dalam tu.. aigoooooo buruknye perangai.. hahaha


melaram kasut si Z, tapi tak lama
sakit kaki


teddy bear museum


Habis satu museum kami jelajah, perut mula berkeroncong minta di isi. Apa je la yang kami boleh makan kan. Tak berani nak makan walaupun ada kedai yang tulis seafood. Kami ke foodcourt, dan yg paling berani kami makan pun dessert2 ni ha, Cafe 66C. Sedap jugak la...sedar tak sedar jam dah dekat pukul 4..



lebih kurang ABC, harga 9,500 won aka RM26
wakkakaakakak my treat to En Hubby
menangiss nak membayar..
rasa takla sehebat mana


pancake 4,500 won aka RM12
boleh tahan la, harga memang mencekik


Is punya, harga pun 9,500 won..
 Setelah menghabiskan beberapa puluh won untuk hanya membeli pencuci mulut, kami teruskan penjelajahan seterusnya iaitu ke Seaworld. Takde apa yang istimewa di sini.. cuma mungkin bagi Lidd. ye la kot, pasal dia jumpa buah hatinya di sini...


ni la buah hati si Lidd, sikit punya manja menyondol2 disebalik cermin tu
kalau la dapat berdepan, agaknya diuli2 si Lidd ni nampak gayanya..
hahah so manja


Z mencuba nasib disayangi


erk!!! aku pun???
manja la dia ni


 platform bercermin yg ada kat dalam Seaworld tu (Panic Glass i guess)
once you enter area ni akan menghasilkan sound effect kaca2 retak pecah dan berderai
cuak sehhhhh


Habis Seaworld, terus shoot ke tingkat 60. Payah gak nak mencari lif nak ke atas ni. Meraban merata. Rushing pasal nak kejar nak nengok matahari terbenam dari puncak bangunan tu. Nak masuk ke dalam lif pun bukan sebarangan, ada yang menjaga. Lift yang boleh nampak ke luar bangunan. Apa lagi yang boleh aku buat, mula dah kecut tapak kaki. Lupa yang aku ni acrofobia. Cuak lagi aku. Terdiam duduk dalam lift tu. Dah la aku duduk belah dalam. Jelas depan mata lift meluncur laju ke atas.
Sampai tingkat 60 aku rasa bangunan tu goyang, pasal aku yang panik dan gayat kot. Tambah2 bila adik2 yang lain begitu rakus bergambar malah ada yang siap pose menyandar pada cermin dinding. huhuhuhu takutttnye...aku nak tengok ke luar tingkap pun dari jauh. Takut nak duduk tepi2. Bila En Hubby nak amik gambar baru buat2 berani. Tupun perasaan aku dah melompat keluar dah ke luar bangunan tu. Yg menarik perhatian aku nak menjenguk ke bawah bila terpandang dari atas, satu kawasan water duck ride. Tringat aku kat Yoon Eun Hye dan Kang Ji Hwang dalam drama Lie To Me. Tempat Hyun Ki Joon menerima lamaran kawin olok2 dengan Gong Ah Jung... whoooo suka suka suka sangat dengan cerita tu. Dan disebelahnya pulak tempat Mi Ho di tinggalkan oleh Chae Tae Wong dalam sebuah bot, sehingga Mi Ho menangis dan menyebabkan hujan dalam cerita My Girlfriend is Gumiho. Lupa kejap la gayat aku ni. Suka suka suka
En Hubby tak jemu2 nak ambil gambar, tapi aku tak respond kali ni.. takuttt... so layankan la adik2 tu bergambar...




platform ni pun tak berani nak jejak


ha sini baru ok, pasal tak nampak luar



beraninye korang..
akak yang seriau, tambah2 si Ida tu... selambaaaa.
Aik Cik Na.. takut jgk ke???


cantik


orang korea ni jiwa halus
setiap isi hati cuba diluahkan dan disimbolikkan
belakang tu ialah surat2 cinta dan harapan setiap orang yg mungkin ingin direalisasikan
bila letak ditempat tertinggi..

Habis di Sky Art, tak tau la mana yg artnye, xde apa pun hasil seni yang mengagumkan. Jadi kesimpulannya  63 Building ni not recommended la. Tak pergi pun tak rugi rasanya. Seterusnya kami ke 3D Movie, malang bagi kami bila tempat tu dah ditutup.

Seterusnya kami ke Hannam. Dari 63 Building, kami menaiki 63 City Tour Bus dengan tambang 1,000 won untuk ke Yeouido Station. Dari Yeouido Station Line 5, kami transfer di Station Singil. Dari Singil ke Yongsan untuk transfer ke Hannam. Dari Hannam kami menapak ke satu restoran seafood atas suggestion Kak Ty. Kami berjanji di persimpanagan Hannam dengan Kak Ty dan Firah. Nasib baik la ajak derang sama, kalau tak memang tak jumpa kedai punya la. Kedai ni xde pun tanda halal, tapi atas diberitahu memang kedai ni favourite sport orang2 kedutaan Malaysia untuk makan makanan Korea. Jom layan ye acara makan2 pertama dan terakhir kami di kedai makan dengan lengkapnya.. almaklumla geng 5 serangkai tu dah berapa hari agaknya tak makan sesempura ni.. kesian...



kimci lobak
 

kimci kucai or daun bawang


fishcake.. sedap, ala2 yong tau fu tu je


kimci lobak


hahhh yg ni yg best.. tauge soya tumis kot
teringat makanan kat Malaysia


wasabe



ni baru side dishes


nak serah sudu dan chopstick pun kena ikut caranya jgk


muka tak sabar nak makan
bila sudah makan menjadi lagi le mabuk si dian tu ha
aduhaii xboleh dapat nasi dia
lupa diri rupanya


sup taste like light tomyam
ada ketam, udang besar, udang kecil, octopus, kepah dan kupang dll makanan laut
yg putih macam maggi tu perut ikan
rasa boleh tahan sedap


pun tak sabar nak makan
makanan ni ala2 steambot je
dia masukkan kesemua fresh seafood dalam bowl tu dan masak sekali harung


penuh  meja.. teratur je


salad as appertizer


separuh jalan
 Ok makanan di atas hampir kesemuanya adalah sedap!! Buktinya tengok la licin kot semua pinggan. Berapa? 88,000 won aka RM245 jeeeeeeeeeeeeeee.. ok jgk la kan bahagi 8 orang baru sorang RM30 ringgit...
Lepas makan, geng anak2 dara 5 serangkai tu nak bertandang rumah Kak Ty.. so ikutkan je la..


ambil gambar b4 masuk


Cik Lidd yang demam.. rindu kat abg walrus ke?





Kejap je tak lama. Selepas buat riuh kejap kat rumah Kak Ty derang pun berangkat pulang.
Bawah ni view yg dirakam oleh En Hubby di balkoni bercermin penuh rumah Kak Ty.. coolllll



Harini seronok sikit coz tak payah menapak balik dalam keletihan... sebab awal2 lagi dah sampai rumah...


No comments:

Post a Comment