Thursday, December 1, 2011

Day 5 - Gyeongbok Palace, Jju-ggu-mi Dinner

Gyeongbok Palace

Memulakan hari pertama tanpa Is, Z, Ida, Lidd, Dian dan Cekna. Sayu jgk, hambar je rasa suasana. Yela kalau tak gamat, ni tinggal kami berdua tetiba terasa dunia ni sunyi, tenteram sangat2.

Kebetulan kami nak keluar, Abg Rashid ada urusan kerja dan Firah  nak ke Iris, syarikat communication kat sana nak upgrade iphone 4s yg baru dibelinya. Tak berapa paham aku. Yang aku paham iphone tu nak diupgrade dri versi korea ke versi inggeris. Abg Rashid offer aku dan En Hubby untuk dihantar ke palace ni dengan driver dia. Hmm apa lagi merasa la aku naik E300 kat Seoul tu. Senang sikit coz tak payah berjalan kaki menapak ke Subway. Kami singgah di Myeongdong untuk urusan Firah tu. Tunggu agak lama jgk la, sempat aku beli 4 Natural Republic Soothing Gel tu. Sebab nak berjalan jauh lagi dan tak mau menyusahkan Abg Rashid, aku dan En Hubby decide utk naik train je ke Palace tu. Dari Myeongdong melalui line 4, kami ke Chungmuro, kemudian transfer ke line 3 terus ke Gyeongbokgung Palace.


4's


depan rumah kedutaan Malaysia




di Myeong Dong. Kat sana pun ada kentang putar ni,
tapi kat sana tengahnya ada sosej,
makanye sure tak halallah benda ni


sebelum memborong produk Nature Republic
Keluar dari Subway, En Hubby dah complaint  lapar. Harini dia tak tahan perut. Owh ye lupa nak cerita. Hari2 sebelum ni kalau kami lapar, makan je la bekalan yg kami bawa dari Malaysia. Roti, Coklat, Wafer, Energy Bardll. Ni harini perut tak berapa nak selera makan benda2 macam tu. Tambahan tinggal kami berdua yg xkisah makan apa saja janji halal, kami pun berani tempoh la kat restoran yg ada kat palace ni. Tempat nmpk exclusive. Kat pintu masuk memang ada menu. Aku pun studyla semua menu yg ada. Sah pork free. Alcohol minuman, adalah. Yg ada kebanyakannya menu vegetarian. Cari meja terus duduk dan order.



Ni menu En Hubby
Mushroom rice set. vegetarian.
Sedap jugak
Harga 9,900 won aka RM29.70



aku punya
Kimchi Rice sama rasa mcm kat Nami tu je
ala2 nasi goreng
Harga juga 9,900 won
Tak payah beli ticket lagi sebab kami dah ada combination ticket beli haritu masa di Changdeok Palace. Orang jangan cakapla, hari minggu pun kan. Sikitnye ramai manusia... Apa yg aku nak cerita kat sini ye.. disebabkan hanya kami berdua so xdela byk crita menarik yg nak aaku ceritakan pun. Balik2 En Hubby snap gambar aku, ajak aku bergambar tanpa jemu sampai aku yang naik jemu.... yela model aku sorang je haritu.. muak dah bergambar rasanya.
Korang layan je la gambar ek...



sama tak kasut aku dgn baju dia...


sama tak topi aku dengan baju dia


jumpa student UTM Skudai kat sana..
lawatan sambil belajar







mmg xboleh nak bergambar kita je kat sini.
penuh dgn orang background gambar kita
 


terperasan ramai jgk yg pakai baju Hanbok ni kat situ
rupanya boleh pakai free selama 5 minit dan pergi la mana2 dlm istana utk ambil gambar
tapi bila turn aku dah tutup pulak, time break..
ralatnyeeeee




vending machine ni mengingatkan kawan setia minum kopi di sana - IS
kitorang gila collect botol coffe masa tu
Is akak minum kopi tak berapa nak lalu le ko xde.. huhuhu








sandar menyandar....


menung mikir anak2 yg hilang!!!!

tak dpt pki yg real
gini pun jadi la




this girl remind me of IMAN.. hwaaaaa
rindu Irfan Ikhwan dan Iman

Besar sangat kawasan istana ni sampai tak tercover kami berdua. Jalan2 pun kat area2 depan tu je. Malas la nak masuk sampai dalam. Lagipun masa terhad.

Pagi tadi masa keluar rumah Kak Ty dah pesan suruh we all pulang dlm pukul 5. Masa kat Myeongdong tadi pun Abg Rashid pesan yg sama.

Jadinye pukul 4 kitorang keluar dari kawasan istana tu dan terus ke subway dan balik rumah.

apartment Kak Ty di Hannam

Lepas Maghrib, Abg Rashid nak bawak kami pergi makan2. Nak pergi driver tolong hantarkan. Tapi kitorang ada 6 orang termasuk driver 7. Manala nak muat kereta. En Hubby dan Firah volunter nak pergi dengan bas dan train. Jadi derang keluar lebih awal la. On the way ke Hongik Universiti baru aku paham selok  belok jalan kat Seoul ni. Selalunya lalu Subway mmg tak paham dan xnampak laluan. Dan jalan agak jammed jgkla masa tu. Driver drop kami di Hongik Universiti Subway Station. Masa turun kerete kebetulan pulak En Hubby dan Firah pun sampai masa yg sama. Baik punya timing la. Masing2 tak payah tunggu. Kami terus ke restoran untuk menjamu selera. Aku pun ikut jela. Mmg blur apa nak makan masa tu.


macam biasa nak makan pakai apron dulu



masih cara yg sama
makan sambil bersila.. seronok



apa benda tu?? aku pun surprised
octopus + sambal +  daun sup + sejenis ketiaw
di masak di atas api


bila hampir masak kacau2 kan bahan agar sebati

Sotong ni kannnnnnnn masa sedang dimasak, masih bergerak2 lagi youuuuuuuuuuuuu....
layan video ni ek








bila dah masak tabur taugeh atas nye


cara makan either makan gitu terus
atau pun balut dalam daun ni (rasa mcm daun kapur barus)
bubuh segala mcm mak nenek
mak nenek = garlic, whipped potato, sambal belacan (i guess), lobak jeruk berwasabi + sotong tadi + tauge
lipat dan makan
fullamakkkkkkkkkk terbaekkkkkkkkkkkk!!!!


hasilnye licin!!!


step ke 2 - lebih sambal tadi
taruk nasi, seaweed dan telur ikan. gaul sebati dan makan
pun terbaekk dan terangkat!!!!!


nmpk jelas telur ikan dia kan
mmg tersangat sedap dan pedas!!!
maaf 6 serangkai, kalau korang ada korang pun tentu suka!!!



Selepas makan, aku En Hubby, Firah dan Hani melencong ke Dongdaemon. Kak Ty dan Abg Rashid terus balik. Kitorang nak cari baju yang abg iparku kirim kat Migliore. Memang meronda sakan malam tu. Sampai En Hubby serender dan aku pun sempat memborong produk Nature Republic lagi. Dan malam tu En Hubby dengan sendirinya ajak balik dengan cab. Tak larat nak naik train lagi dah. Wah turn dia merana. Bkn apa tu, harini terlebih makan, tu yg badan berat nak berjalan pun dah malas.. wahhh minta ampun darling!!!!.. hahaha Yela haritu je we all makan complete meal, kalau hari lain ikat perut!! Nak dijadikan cerita naik teksi pun cuma 5,000 won untuk sampai ke depan rumah!!! Haiyaaaa kalau tau la range harga macam naik subway masa ada Is aritu, dari dulu lagi dah balik dengan teksi. Tak payah la aku menderita menapak balik dari Hannam Station tu ke rumah.. huhuhuhu
Jom layan hasil tuaian kami sepanjang di Korea.. sebahagiannya la. yg lain kebanyakannya baju la yg aku pakai sepanjang jalan2 kat sana tu..

Nature Republic Product
asal masuk kedai je dah dapat dah sample item derang tu.. pun banyak kan
yg aku beli soothing gel 8 biji (larissssss)
olive facewash dan eyeline.. best la product dia.. love it


stokin korea untuk anak2 sedara tersayang
yg spiderman tu utk irfan dan ikhwan tapi telah dirembat oleh si Iman


daddy beli untuk iman
train pakai chopstick
tapi dia treat as a toy!!!


fridge magnet.. yg kecil di sebelah atas tu la fridge magnet namsan tower yg aku critakan sebelum ni



daddy, irfan dan ikhwan punya


keychain


frame,  piring hiasan, fridge magnet dan
pembuka surat/penanda buku/pengikat rambut (3 in 1)










stokin k-pop (Super Junior, CNBlue) dan tshirt


itu saja yg sempat aku snap...

No comments:

Post a Comment