Friday, October 29, 2010

Ikan Dori Mediterranian


Resepi dari Fahrin Ahmad dalam Citarasa Calebriti (Shiela Rusly). Watee tonton masa di Bintulu lagi, dalam lebih kurang 4 ke 5 tahun yg lalu. Byk kali dah Watee try, selain sedap ianya mudah merangkumi lauk dan sayur sekaligus. Boleh try ikut resepi ni



Bahan2
Untuk ikan
500 gm isi ikan dori dicuci bersih
1 biji telur (ambil kuning sahaja)
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
- Gaulkan semua bahan di atas dan perapkan seketika. Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan toskan.
Untuk kuah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili masak
1 batang serai
1 inci halia
- kisar bahan ini sehingga lumat
Karot
Tomato
Capsicum
Bawang besar
Nanas dalam tin
- Ikut kuantiti yg disukai, potong dadu kesemuanya
1 tangkai daun bawang
- dihiris panjang satu inci
2 keping asam keping
2 sudu makan santan pekat
2 sudu makan air nanas dari tin
Sedikit garam dan gula
Cara2
Tumis bahan kisar hingga garing, masukkan asam keping, santan dan air nanas. Kemudian masukkan sayur2an dan perasakan dengan garam dan gula.

No comments:

Post a Comment