Wednesday, November 23, 2011

Fly To Seoul


Day 1 - 7th November 2011

Selepas hampir setahun menantikan tarikh untuk berlepas, akhirnya hari yang dinanti2 tiba juga. Pasal nak kejarkan tiket yg murah, dari awal January lagi En Hubby dah beli tiket utk tarikh ni. Istimewanya kami dapat, boleh dikatakan murah jugakla dalam RM1500.00 untuk kami berdua pergi dan balik. Dari asal plannya hanya kami berdua yang pergi, kemudian menjadi 5 - Ida, Lidd dan Is pun nak join. Then jadi 8... terakhir yang ikut serta dalam rombongan kali ini - Cek Na, Z dan Dian. Sah cukup 8 orang ahli persatuan JJCM kami semua turut serta. Semua ni geng yg sama masa pergi Krabi, Jun lalu.

Persediaan kami buat sebulan yang terakhir. Meronda merata mencari barang-barang keperluan terutamanya pakaianlah yg sesuai untuk musim sejuk. Diramalkan suhu musim luruh kat sana masa kami tiba dalam 15-3 C. Disebabkan tak mau menggangu trip jalan2 dek sebab kesejukan, macam-macam la yang kami beli dan cari. Antara barangan keperluan yang kami bawa, long john, sweater, turtle neck, muffler, stokin, winter coat, trench coat, hat dan gloves. Kasut yang paling payah nak mencari. Memang merata meronda cari kasut, boot sebenarnya. Payah nak cari kat Melaka ni pasal xde size la. At last Mr Hubby cadangkan beli je kat sana nanti. Kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.
En Hubby and me sampai di LCCT lebih kurang jam 12 tengahari. Flight pukul 2.25 petang. Is, Dian, Ida dan Lidd dah sampai lebih awal lagi... Tahniah, sebab berjaya tiba pada masa yang ditetapkan. Derang naik bas dari Melaka Sentral ke LCCT seawal jam 8 pagi lagi. Yang masih dalam perjalanan si Cek Na Dan Z. Biasalah dua orang ni. Memang selalu catat record sebagai orang yang terakhir tiba. Kami yang tiba awal, terus check in sebab nak solat dan cari makanan apa patut dulu kat departure hall. Agak kelam kabut bila Cik Na dan Z belum kunjung tiba, dan si Dian pulak terbawak masuk boarding pass si Is sampai ke surau dalam departure hall tu. Kesian Is, kena la tunggu kat pintu berlepas, sampai kami habis solat baru boleh si Dian hantarkan boarding pass pada dia.
Semua selesai, masuk je ke ruang menunggu gate 18, En Hubby membahagi-bahagikan duit won yg ditugaskan untuk dia tukar kat money changer sebelumnya kat semua member. Masing-masing berseri-seri muka bila dapat duit ratus ribu. Malas nak bersesak beratur panjang kami antara yang akhir masuk ke dalam pesawat.



Muka excited masing2


Air Asia X


Macam biasa kena isi jugak segala macam mak nenek ni


lunch kami di awanan biru.... biasa la boleh makan je, sedap tidak le

Tiba di Incheon dalam jam 8.30 malam waktu Malaysia. Dari arrival hall ke main building kami menaiki train dan memakan masa tak sampai lima minit pun. Perasaan jangan cakap le.. excited lebih you!!


sudah sampai, arrival hall, Incheon Airport

Urusan imigresen lancar, lepas amik bag dan bergambar lebih kurang, dalam jam 10.00 malam waktu malaysia kami terus keluar cari orang yang dah menanti sedia menunggu.


dah ada yang menunggu.. en taxi dan my sister in law Kak Ty..
nama salah eja la....



Menaiki MPV Kia Carnival (Naza Ria) dari Incheon Airport ke Hannam Dong ambil lebih kurang 1 jam lebih jugak perjalanan. Menggunakan dua kereta berlainan kami berpecah, Group aku, En Hubby, Is dan Kak Ti terus ke Hannam Dong dan yang lain-lain terus ke Sunshine Guesthouse, Jongno-gu.

Sampai lebih kurang jam 11 malam waktu Malaysia (waktu di Korea sejam awal), semua tuan rumah dah tidur, yela hari minggu kan. Kami pun apa lagi, tidur la charge bateri nak pakai banyak esok ni.

No comments:

Post a Comment