Thursday, October 28, 2010

Kempen dan kempen dan kempen untuk si cantik manis ku


Sebenarnye Watee sendiri tak tau apa hadiah yang ditawarkan. Begitu beria2 sekali menjalankan kempen dalam fb tu. Nak menang tu agak payahla jugakkan, tapi dapat masuk list final pun Watee dah kira puas hati. Memang teringin nak masukan anak2 dalam contest bayi comel ni, tapi malas tu melebihi segalanya la.

Tetiba je datang angin rajin, dan terusla masukkan anak dara yang sorang ni masuk.
Setakat ni undian dah mencapai ke angka 160 setelah 2 hari Watee masukkan dia ke dalam contest tu. Mohon pada ALLAH agar Iman dapat rezeki walaupun sekadar masuk final. Itu dah memadai..

Antara penyebab musabab Watee masuk contest bayi comel ni of coz la sebab Iman ni memang cantik dan comel dan fotogenik dan lain-lain lagi... (opsss terlebih sudah) ye la ibu mana kan yang tak nampak anak dia comel. Atas cadangan ibu mertua juga dulu yang ada jugak mencadangkan agar Watee masukkan juga Si Irfan dan Ikhwan (masa babyle) untuk masuk dalam mana2 pertandingan bayi comel ni. Juga bila Watee tengok anak2 Watee ni memang ada factor X. Kemana pergi semua yang tengok berkenan. Dan salah sorang dari kenalan ada menyebut kepada ibu Watee yang cucu-cucu dia semua muka Gred A.. (wah dah macam telur ayam pulak ada gred2 ni kan)

Apa2 pun yela macam Watee sebut tadi, ibu mana yang tak nampak anak dia comel dimata sendiri. Mestila semua ibu, mak, mama, mummy, umi dan lain2 yang setaraf dengan nya akan berbangga dengan setiap anak yang mereka miliki.

Ok... terlebih cakap pulak kali ni.. kalau kekawan blog teringin gak nak view lain2 dari gambar SI ANAK DARA YANG CANTIK/COMEL/FOTOGENIK ni boleh le view blog dia yang tak berapa nak aktif yang Watee buat utk dia - so that adala dia kenangan bila dah besar nnt.. dan dia boleh sambung balik blog dia ni sendiri... kepada kawan2 sekalian di persembahkan




so kekawan yang mana ada membaca post Watee ni, minta la jasa baik korang semua untuk meminjamkan masa dan jari anda tu kejap untuk klik LIKE je kat 2 link ni.. just follow the instruction. Easy... memang senang sesangat. Mudah dihujung jari dan satu undi anda juga mungkin membantu si cantik manis ni masuk ke final..

1) facebook PAPA N MAMA & click LIKE

Mekasih atas kerjasama kekawan semua...

No comments:

Post a Comment