Maaf siaran ulangan lagi. Tapi Watee tengah kemaruk nak membuat roti sekarang ni. Klu resepi terdahulu Watee hanya mengadun tepung roti segera, tapi kali ni Watee buat adunan sendiri. Belek sana-sini di google dan inilah hasilnya. Alhamdulillah menjadi untuk pertama kali membuat roti adunan sendiri. Corak hiasan roti pun boleh tahanla jugak jadinya. Mr Hubby dan anak2 terkejut tu tengok hasilnya...
Bahan-bahan
1. 400g tepung roti
2. 1 biji telur
3. 4 sudu makan gula
4. 1 sudu teh garam
5. 60gm butter
6. 3 sudu teh dry yeast
7. 1/2 sudu teh pelembut
roti8. 190ml susu segar
Campurkan bahan kesemua bahan 1-7 dan gaul rata.Bila sudah sebati masukkan susu segar dan uli sehingga menjadi doh.Rehatkan doh selama 15 minit. Selepas itu ulikan lagi selama 10 minit.Rehatkan lagi selama 10 minit. Bahagikan doh sama besar dan bentuk kan ikut suka. Boleh diletak paste kacang merah, sosej, kaya, kari ayam dan apa sahaja ikut selera.Susun doh yg siap dibentuk ke dalam acuan pembakar dan sapukan telur yg dicampurkan sedikit susu ke atas roti tadiBakar dengan suhu 180C atau sehingga kekuning2an.
cantiknya roti..nak meroti tapi tak pandai laaa
ReplyDelete