Thursday, August 9, 2012

Bangkok, Thailand


Day 9 - 10th June 2012
Hatyai - Kuala Lumpur.

Memang lena tidur dalam train malam tu. Dalam dok borak dengan JIRAN SEBELAH si Lidd dan Dian tak tau bilanya yang akak terlelap. Sedar pukul 5 pagi, bersihkan diri apa patut dan sambung baring balik. Ready siap2 sebab kami tak tau bila nak sampai. Memang tak tau turutan hentian/station untuk sampai ke Hatyai, lebih baik kami ready apa patut. Untuk tidak menyusahkan dan disusahkan kami ready la awal-awal, mengemas barang2, bersihkan diri dan sesambil tu sempat jugak terlelap balik. Pukul 7 petugas train tu dah mula kemas balik tempat tidur. Kena duduk la pulak. Borak lagi dengan pakcik katil bawah yang ramah tu.

Lebih kurang pukul 9, kami tiba di Hatyai. Lepas tinggal beg kat kaunter penyimpanan bagasi, kami ambil tuk tuk untuk ke pusat bandar Hatyai. Sebenarnya boleh jalan tapi kami nak jimat masa. Pukul 4 karang dah nak kena naik train balik ke Malaysia pulak. Kalau ikut perancangan kalau tiket train takde, kami nak naik bas sebelah malamnya. Petang tu sempat la nak meronda floating market. Tapi apakan daya hajat tak kesampaian.



eja kuala lumpur pun salah!!!!


simpan beg dulu

berasak!!!


port biasa la
trademark kat tengah2 pekan tu kan
cucr udang dan pulut mangga mantap!!!!

daddy's favourite
lepas beli sikit2 kami ke Salmah Restoran untuk breakfast roti canai

ni area meletop haritu


Ambil tuk tuk balik untuk ke pasar besar



sebenarnya Hatyai ni dah agak boring dah bagi akak
sebab asyik datang ke sini je
dah 5 kali kot dalam tempoh 10 tahun
lepas ke pasar kami terus ke station menaiki tuk tuk
tupun berpecah jgk
sampai ke station me and en hubby terus ronda2 robinson lagi
sejuk la sikit jalan tempat beraircond kan
kami sempat makan KFC yang baru dapat pengesahan halal

ayam green curry

kerabu ayam





adoiiii beratnyaaa

train berlepas seperti dirancang
me and en hubby ambil sleeper upper berth lagi
yang lain ambil 2nd class seater sebab tiket dah habis
sejam perjalan dari hatyai ke padang besar akak tidur
sedar2 polis gerak suruh turun cop pasport

ha ni la seluar yang dian beli hasil dari main kotor dengan akak!!!!




MALAYSIA tanah airku


makan malam
tak sedap!!!
untuk isi perut je la


aloq setaq

service bantal bertukar tangan
ida plk dapat!!!



tiba di KL sentral jam 6.30 pagi
masing2 berpisah bawak haluan masing2
Mujur KL Sentral dekat je dengan Kinrara. Tak tunggu lama untuk abah datang ambil. Seronok jugakla jalan2 merantau kali ni.. Sesuatu yang berlainan. Kalau ada rezeki nak cuba pelbagai jenis percutian yang ada.... next.. ke mana? tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

No comments:

Post a Comment