Wednesday, June 15, 2011

Jalan2 Cari Makan @ Krabi - Day 2 (Phi Phi Island)

Salam bersiaran semula......

Setelah segala tulang 4 kerat diluruskan semalaman dan mendapatkan rehat yang secukupnya.....
Bangun pagi sedar2 pukul 7.55 pagi... wehhh janji dengan kawan2 pukul 8 kat lobby. Meloncat bangun. Tapi manage tuk ada kat lobby on 8.30 la. Dan hanya Is je yg dah sampai. Dan yang lain2 biasala janji melayu!!! Ingatkan akak yang lambat, rupanya derang lagi lambat.. aiyak!!!!
Kami meronda cari kedai makan opposite area Masjid terbengkalai Ao Nang tu. Ada satu kedai yang bukak tapi dia dah start jual nasi campur le. Aduh pepagi nak makan nasi... berat betul, tapi terpaksa la jugak pasal pikirkan nak alas perut. Dah la aktiviti harini memerlukan stamina yang kuat!!!
No choice nasi lauk ikan kembung bercili dan sayur taugeh. Best sikit pasal ada ulam2an dan sambal belacan. Air pulak boleh order either you want coffee with sugar or milk or tea with sugar or milk. Hehehe so simple. Dan di sini kami belajar satu ayat baru.. English yang diSiamkan - Chick Enn... hehehe apa agaknye tu??? Jenuh nak memikir... ooooo Lidd yang dapat menebak... CHICKEN!!!... hohohohoho

hah!! nila hasil tuaian CekNa, Z dan Watee malam tadi. memasing bli nak melaram tuk island hopping ni.
Kami cari shirt yang ble cover swimming suit tu je
pose dgn tauke kedai baju yang mesra alam



ni la rupa nasi nye... x brapa nak sedap. tapi makan je

jumpa scooter comel.. i likeeee !!! tringin nak bawak
duit habis.. tukar duit dulu..
well i really love this pic
this shirt also
make me look so slimmmmm


Super Tuk Tuk.. besauuu

bergambar berlatar belakangkan Jeti Boat


Semalam masa nak gi pasar malam, Watee ada cakap pasal kitorang ambil package paling best yang adakan. Apa yang best nye?? Of cozla boat ni.. THE FASTEST BOAT IN KRABI (bak kata Hasun-guide). fuhh pecut kejap je dah sampai. Bukan takat paling laju, paling besar antara speed boat yang ada. Tapi naik beramai2 la.. Dalam 50 orang ada kot. Tapi we all enjoy each other. Tak rasa sesak pun.... al maklum kebanyakannya datang dari Melaka!!!  Oh yeah kebetulan sekapal pulak dengan satu group chinese family juga dari Melaka. Disebabkan masa tu cuaca mendung boat melambung2 membelah ombak dengan tahap kelajuan maksimum.. wowww seronok dan hebat.. Tringat masa ke Labuan 10 tahun lalu.. hanya naik boat kecil yang ada 10 penumpang, dalam laut yang bergelora, boat melambung2 muka Watee pucat lesi. Ingat naik boat ni pun sama la, tapi tak rupanya. Mungkin boat besar dan Watee rasa lebih selamat..

hah!! ni la jejaka idaman si Lidd.. si Hasun (Hasan)
famous dengan tag line dia THE FASTEST BOAT IN KRABI
Setengah sejam perjalanan dalam boat kami tiba di Bamboo Island. Tapi nasib tak berapa baik sebab hujan punya la lebat. Dengan cuaca yang gelap. Owh rosak plan kami haritu.
Tapi kat Bamboo Island ni kami redah je mandi walaupun hujan. Dah nak basah jugak pun kan. Mula2 masing2 berlindung bawah pokok, tapi tak tahan tengok air laut yg menghijau luas mata memandang.. menggamit2 panggil suruh terjun.. kami semua pun serbu la... fuhhh best.. tapi air kat sini dalam jugakla.. Mujur tak lama lepas tu cuaca dah mula cerah. Alhamdulillah. 45 minit di sini kami diarahkan naik semula ke atas boat untuk ke destinasi seterusnya.

Bamboo Island... nampak tak hujan datang belakang tu

laut lepas.. Andaman.. seluas mata memandang


Kami terus ke Viking Cave. Sight seing je. Tak turun boat pun.. macamana nak turun.. nak terjun dalam laut dulu kot... Gua ni asalnya dulu penempatan kaum Viking. Dulu la beratus tahun yang lalu. sekarang ni dah jadi tempat pemeliharaan burung untuk diambil sarangnya. Dikatakan juga yang dulu pengunjung dibenarkan masuk ke dalam gua ni, tapi setelah banyak kes di mana sarang burung dicuri dan burung2 diganggu hingga mati, maka kerajaan menghalang pengunjung untuk masuk ke dalam gua ni. Tu pun sebab nak pastikan sarang burung tu berkualiti... perggghh ayat macam jawap peksa daaaa
Laut dekat Viking Cave ni amat cantik. Hijau dan jernih.. Eii rasa macam nak terjun je dari boat ~ konon ~
comel tak??

Viking Cave

banyak boat yang singgah di situ jugak waktu tu

Seterusnya, kata Hasun kami akan ke Maya Bay... wow tempat paling teruja nak pergi. Menurut Hasan memandangkan cuaca yang tidak berapa baik dengan ombak yang mengganas, kami hanya boleh berada di pantai itu selama 45 minit sahaja. Bimbang paras air laut naik dan akan menyebabkan kawasan pantai tertutup dipenuhi air. Maya Bay ialah antara tempat lakonan filem The Beach by Leonardo De Caprio suatu masa dulu.
satu kapal dugong putih


Maya Bay - The Hidden Beach. Nak masuk ke kawasan pantai payah jugak sebab ombak yang turut menyerbu masuk dari lautan luas ke pantai. Lagi sekali boat melambung2. Fuh suspen tapi seronok..


sudah sampai... posing manja dulu

mummy and the girls

tunjuk apa ek???

cik lidd ngah sakit kepala.. mabuk laut!!
sedang melakukan treatment.. mengadap 2 minah salleh yang seksi
dan mujarab ubat dia! lol!!!

~~from Krabi with love~~



happyy lagi!!!

gaya ala model

ala baru nak berangan model.. bederet menyebuk kat blkg tu

K.A.K.I.K.U.K.A.K.I.M.U



cek na and me

cek na, z and me

mula2 takut nak mandi pasal ombak kuat..
terjun jugakla tak tahan punya pasal..
kenapala air tu cantik dan jernih sangat

wow!!! cantik la body dia

all in

konon Railey Bay la tuuuu



iskk!!! udah udah turunnnn!! Hasun panggil balik tu...
weeee....  was hereeee!!!!

masa untuk pulang. tolong tolak boat ek.. boat lekat.. Is yang yo yo oooo



Time for lunch!! kami di bawak ke Phi Phi Don. Tempat penempatan Muslim yang mana tahun 2004 musnah di landa tsunami. Makanan yang disesdiakan adalah Halal. Buffet Lunch pelbagai pilihan, tapi chinese food la.. dan taste not bad. Kami di sini selama satu jam sahaja. Lepas makan kami bergambar le LEBIH KURANGGGGGG




lagi gambar mencelah
Enough photoshoot, boat membelah pantai lagi. Kali ni snorkeling time!!!! do not expect yang kami akan turun ke jeti, berjalan merentasi jeti, sampai pantai, ready pasang snorkel, mask, flipper pelbagai, melangkah penuh gaya masuk dalam laut OK.. not the same like TAR Park kat Sabah nun... kat sini boat stop tengah2 laut dan u all semua sila terjun dari boat.. wahahahah nak terkucir pun ada la teman.. udahle cuma pandai sikit2 je berenang.. huhuhu takut.. cik abang ada pun dah ada tugasan nak kena buat.. jangan turun lagi tau, amik gambar saya banyak2 tiap2 sudut, tiap2 gaya then only awak turun. Jangan ambil gambar derang semua, gambar saya saja.. wehhh loratt... sekali aku sendiri yang gayat.. masuk je dalam laut panic! mau tak panic turun tangga aku terus terjun dalam air. bukan reti nak slow2. blummmm masuk air.. blop blop blop terapung balik. uhuk uhuk tersedak telan air! tambah panic bila Cek Na (geng amaturku) dengan selambanya datang dekat sambil jerit,, Kak Watee tolong, udara udara udara sambil membenam badan aku ke dalam laut... Weehhh relax la beb.. akak pun need air jugak!!! Relax relax jangan panic.. kita kayuh pelan2... sampai sakit la gigi akibat menggigit google secara kuat!! apsal aku gi gigit ek? mcmla nak tercabut klu tak gigit... thanx to Lidd, Ida, Zul atas segala macam operasi menyelamat... maafla ye menyusahkan korang je.. wah!!!! skema!!! Salute tuk Z dan Dian.. walaupun sama2 amatur tapi derang lebih cool.. erk ye ke.. pasal akak tak nampak korang pun dalam laut tu.. busy hal masing2..

ready tuk terjun

panic pun sempat posing lagi

45 minit jugak masa untuk snorkeling.. tolak 10 minit beratur nak turun boat, tolak 10 minit nak terjun dari boat gabra punya pasal, 10 minit nak suaikan diri dalam air, 10 minit sesi menyelamat dan diselamatkan dalam laut, jadile beberapa minit je nak tengok ikan. Xdela cantik sangat pun. Pasal masa tak lama je kot. Kalau tak sure heaven nye kan...
Ok pastu kami bergerak ke destinasi seterusnya... Monkey Bay... pun tak turun boat, view dari atas boat je.. Masa suntuk agaknya.. Monkey?? tak nampak pun.....


ok at Monkey Bay.. tapi ini bukan monkey ekkkk
Next destination is... xingat dah pulau apa.. pun snorkeling jgk le.. sama je macam tadi cuma beza kali ni akak pakai flipper. flipper bawak dari KL.. tapi sebab tak biasa jadinya benda ni mengganggu je.. payah nak berenang dan gayat.. dah rupa katak aku tengok!!! Tapi masa turun boat kat sini akak relax sikit le. Slow je lepas tangga dan berenang dengan cool.. spoil flipper tu la.. payah nak kuak!!




cari ida! cari ida!.. tolong!! akak rimasss...


abis xtvt. balik.. tidur kejap dalam boat... cik z snap picture romantis ku...

James Bond Island - pernah wat film James Bond kat sini dulu

Kami tiba di pantai Ao Nang jam 5.30 petang. Sebab tak puas mandi agaknya jadi we all terjun pool yang really sekangkang kera kat hotel tu. Wehh udah le kecik masing2 over tu beraksi mcm2 aksi dalam pool tu.. layankan je la berudu-berudu yang excited ni.... and me.. taking picture form 3rd floor. credit to my self


lawa la aksi cik abang yang jadi pujaan semua.. erkk aksi je ek puja...
Disebelah malamnye, bos ajak sewa motor.. heeee suka suka suka.. RM15-24 jam. wehh murah. Kalau tau dari malam tadi sewa dapat pergi pasar malam naik motor. Ni sudah nye sewa motor malam tu tuk ronda2 pekan Ao Nang sambil jalan2 cari makan dan jalan2 shopping. Lepas sewa kami isi minyak sorang RM5. Comella scooter dia.. suka sangat.. sempoi..

Destinasi pertama kedai makan mulim thai kat tepi pantai. Ingat nak cari lobster tapi xde la pulak. Jadinya kami makan ala siam le malam tu. Geng yang lain of coz la teruja bila bab makan. Benda pelik2 bagi derang. Tapi sebenarnye biasa je...
mula study nak makan apa.. macamla nak kena baca bahasa thai,
masing2 propa!! well... mmg kami kaki propa!!!

soup in coconut milk.. sedap!!!

Stir Fried Squid in Thai Sos

Barracuda Tomyam

Boss mula acara makan

Lepas makan shopping pulak!! Sampai naik mereng Z borong kedai ni..
banyak orang kedai ni dapat malam tu.. masing2 beli tak ingat....
hasil tangkapan ku.. dengan bag kalis air sekali..
Pukul 1 baru kami habis memborong T-Shirt. Bahagia tokei kedai. Konon nak balik ke hotel sampai depan hotel Ida ajak pergi minum dulu. Kitorang pun pergila dekat area masjid tu jugak ada satu stall Muslim tanpa Cek Na dan Z yang MIA tiba2. Nak minum je la kononnye.. sekali TER order pancake jugak... marvelous jgk rasa dia... fuh special.. roti canai je beza dalam dia ada inti.


Pancake murtaba

Egg pancake

Pancake apple cinnamon.. meletop!!! 2 kali order

homemade soya.. sangat la sedap....

bukan main  bercerita pasal gigit google.. sakit gigi belum hilang..
ida : apsal akak gigit?
me : takut lemas... ngeeee


sorry... tapau sorang satu lagi bawak balik bilik...

Kesimpulan hari ke dua.. pun berjaya menawan selera makanan mereka...... kami balik ke hotel bila jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Sure Z dan Cek Na dah dibuai mimpi.. sian korang. tu la sapa suruh pecut motor tadi.. kan dah tak merasa pancake dan soya sedap!!!

2 comments:

  1. Happeningnya percutian you di Krabi ni...tak sabar nak ke sana...nice to read your blog...hope we will be a friend.

    ReplyDelete
  2. hye.. puas hati tgk blog u ke krabi... rse mcm best giler.. happy.. krabi.. tak sabra rase nye..

    ReplyDelete