Thursday, April 14, 2011

Red Velvet Cupcakes

Sakit hati bila tak BERJODOH dengan D90 utk 2 3 entry kali ni.. aduiii.. gi outstation di bawaknye kamera. Tinggal la akak di rumah bertemankan C905 je.. dari xde kan.. tapi xla gambar jadi secantik hasil D90. huhu dahla lately menu yg disediakan untuk mood malas agak gempaks!! huhuh..
Red Velvet cuppies 2nd try.. mm rasa boleh tahan jela.. sedap tang cheese tu je.. buat ni untuk calebrate birthday Ikhwan esok. Venue Pengkalan Balak with a few kawan2 rapat kat office nun.. sedih jugak pasal without hubby!!! Layankanla gambar yang tak seberapa ni.. malas dah nak edit2 ni.. main lebur je masuk ek.




Bahan-bahan
Kek 
•2 1/2 cup tepung gandum
•1 sudu kecil serbuk penaik diayak
•2 sudu besar serbuk koko
•2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
•1/2 cup butter
•1 1/2 cup gula
•2 biji telur pada suhu bilik
•1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
•1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
•1 sudu kecil cuka putih
•1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

Buttermilk
•1 cup (240 ml) susu kotak full cream
•sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

Cream cheese frosting
•2 buku cream cheese, dilembutkan
•1/2 cup butter dilembutkan
•1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
•2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup
optional - 1 sudu makan perahan lemon (dalam resepi ni watee taruk nak bagi rasa masam sikit)

Cara-cara

BUTTERMILK:
campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

KEK
1.Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

2.Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

3.Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

4.Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam acuan kek.

5.Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

6.Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

CREAM CHEESE FROSTING:
Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing, esen vanila dan perahan lemon.

Untuk letak frosting, masukkan cream ke dalam acuan pipe dan hias di atas kek ikut suka dan kreativiti masing2.


Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

No comments:

Post a Comment