Monday, February 17, 2014

Permata Kenyir Houseboat Fishing Trip (Day 1)

 
As Salam Semua.. Salam bersiaran kembali setelah lama menyepi. Xde bahan? Xmasak? masak tetap masak cuma xde mood je nak lebur masuk dalam blog ni.
 
Last weekend, Watie sekeluarga, Mak dan Abah, Kak Long sekeluarga dan kawan-kawan seoffice bercuti merehatkan jiwa ke Tasik Kenyir. Sebenarnya dah lama rancang trip kali ni since last year. Depo dah bayar dan dapat tau Watee pragnent la pulak. Nak tak nak terpaksalah pergi memandangkan semua dah confirm untuk trip kali ni. Walau dinasihatkan doctor untuk tidak berjalan jauh, tapi kami tetap pergi tapi still kena hati2lah.
 
Kami bertolak dari Melaka pada 6hb Februari pukul 6 petang. Perjalanan selama 6 jam agak mencabar jgkla sbb Watie sakit pinggang dan rasa pressure sangat duduk dalam kereta lama-lama. Uish xboleh jalan jauh dah ni. Xselesa rasanya.
 
Sesampai di Jerangau, cuaca malam tu seperti yang diramalkan, sangat-sangat sejuk sampai ke tulang sum-sum, melenakan malam kami.

 

Pepagi selepas Subuh, kami bertolak ke Kuala Berang. Cuaca masih sejuk. Kami konvoi sebanyak 4 kereta. 2 dari Melaka dan 2 dari KL. Kami singgah di pekan Kuala Berang untuk bersarapan dan menyambung perjalanan ke Tasik Kenyir kemudiannya. Perjalan sejauh 1 1/2 jam dan dalam pukul 10 pagi kami dah check in masuk boat.
Inilah Permata Kenyir Houseboat
 
 
Selepas mengangkut barang dari parking ke boat (tak berapa jauh jaraknya) boat bergerak menuju ke destinasi pertama Sungai Lasir. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Kami mengambil kesempatan untuk memasak sepanjang perjalanan. Atas bantuan kawan-kawan kerja menjadi lebih mudah kan.

Orang-orang kuat dapur

Chef dari KL.. my mak la
 



Lunch is ready. Ada keli goreng, sayur kobis masak lemak, sambal belacan dan ulam, masak asam sayur keladi.

Bot tiba di Sungai Lasir lebih kurang jam 1.30 petang. Selepas makan tengahari En Hubby melayan Irfan yang nampak tak sabar nak mulakan lontaran pertama.



All gear ready

Nice view kan


Ada yang mengambil kesempatan berkaraoke

Dalam pukul 4 petang, boatman bagitau nak bawa kami menaiki bot ke air terjun yang ke dalam sikit. Sangka kami jauh la nak pergi. Risau jugak takut bot melambung2. Dengan cuaca panas masing2 bertopi bercermin mata bagai, sekali dia bawak ke tempat yang tak sampai 2 minit jauhnya. Hahahah balik bukit tempat boat parking je. Punya la poyo. Owh ye boat akan parking dan kami akan bermalam di situ sehingga esok.

All in except bg muz yg malas nak pergi

 
Bot hantar sampai sini. Still kawasan tasik tapi ke dalam sedikit yang tak sampai 100m
 
 



Sungai Lasir ni menarik pemandangannya. Air terjun dengan kolam yang agak besar dan dalam membuatkan kami teruja dan seronok untuk mandi dan berenang2. Tp still kena pakai life jackets. Si Ikhwan berani je mandi ke sana ke sini tanpa bantuan.


Makan je la kerja si Iman

Berenangkan elok untuk ibu mengandung




 
 

Irfan merap lah apa lagi. Ajak  balik boat sebab nak mandi kat tasik.
 Dalam pukul 6.30 kami pulang ke boat setelah semua puas mandi-manda. Malam tu kami berBBQ dgn bantuan Aring houseboat.

BBQ facility yang bersih
 
Aring in action
 
BBQ ready. Ada ikan cencaru, chicken wings, sosej, otak2 dan kambing.




Wednesday, March 20, 2013

Ikea Meatball



Cannelloni Bayam




Kole Kacang


Thursday, February 7, 2013

Nasi Lemak Ayam Goreng dan Kangkung


Wednesday, February 6, 2013

Ketam Lemak Cilipadi Dengan Nanas



Siakap 3 Rasa


Saturday, February 2, 2013

Tortilla Chicken Wrap


Friday, February 1, 2013

Ayam Maharani


 

Resepi dari Sumber Selera Puteri Blogspot..

Spaghetti Bolognese


Edisi ulang tayang je.. resepi nanti kita post ye...

Ngaku aka Arrowhead

 



Pernah try tak ngaku ni. Try it firts and u will not regret. Kalau nak beli yang dijual sure tak confiden status halalkan. So kita buat sendiri je ek. Memang banyak jual terutamanya musim musim raya cina ni..

Senang je, buang kulit arrowhead ni dan bersihkan. Hiris nipis dan rendam dalam air garam seketika. Goreng kekuningan atau hingga garing. Sedia untuk dinikmati ye.... Akak beli sekilo, buat 2 jam, hadap 10 minit habis leburrr.... lelah nak menggoreng ni..

Thursday, January 31, 2013

Milo Mille Crepe Cake




Bahan-bahan ( saiz : 8 " )


  • 4 biji telur saiz A
  • 3 sudu besar gula
  • 500 gm susu segar
  • 6 sudu besar aiskrim soda - sy guna F&N
  • 60 gm butter - cairkan
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 190 gm tepung gandum
  • 7 sudu besar milo - resepi asal gunakan serbuk koko
  • 500 ml fresh cream - pukul sampai kaku untuk hiasan pd kek.

Cara-cara

  1. masukkan gula, telur, susu segar, aiskrim soda, butter dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
    tambahkan tepung yang telah diayak sekali dgn milo.
  2. tapiskan adunan. Goreng tanpa minyak atas non-stick pan. kalau nk mudah, gunakan ring untuk membentuk adunan.
  3. Buat sampai habis. Bila dah sejuk, barulah hias dengan fresh cream.