Thursday, January 14, 2010

Siew Pak Choy Dan Cendawan Shitake Sos Tiram


Penat balik dari gym pukul 6.45 terus kalut ke dapur untuk prepare dinner. Macam dah lama je tak masak. Last Watee masak hari Isnin hari tu. Terasa nak makan makanan ala China, maka terhasilla menu untuk malam ni.
Bahan2
Siew pak choy
5 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tiram
Setengah cawan air
Cendawan shitake yg direndam
1 sudu teh gula
Cara2
Celur siew pak choy dengan air dan sedikit minyak dan jangan sampai terlalu layu.
Tapis dan susun di atas pinggan, biarkan seketika.
Tumis bawang putih yang didadu, dan masukkan sos tiram.
Tambah sedikit air, gula dan masukkan cendawan.
Kacau sehingga masak dan tuangkan di atas siew pak choy tadi.

No comments:

Post a Comment