Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Pandan Chicken, Kari Bawal, Pari Bakar, Sayur Campur buat menyambut tetamu paling istimewa

Yahoooo... paklang datang.. bawak semua kaum kerabat.. happy tak terkira... mereka tiba pada cuti raya cina haritu jam 2 petang. Percutian pertama ke rumah selama 4h/3m. Sepanjang berada di rumah kami, Watee bawak le jalan2 kat Melaka ni. Menarik jgk kan Melaka ni, yela negeri bersejarah tentu byk tempat menarik utk dilawati. Kami mulakan dgn ke Makam Hang Tuah, Perigi Hang Tuah dan lepak2 di Dataran naik beca. Sebelah malamnya kami makan makanan laut dan esoknye mandi manda di pantai pengkalan balak. anyway enjoy sesangat.

Menyambut kedatangan dengan menu2 pertama...


Iman dengan muka toiye nye

sedih bag muzz makan ek.. sekali sekala berkumpul kan


kari bawal mak


pandan chicken


pari bakar

Tuesday, September 21, 2010

Nasi Beriyani @ BAKTI-NAWAITU

Majlis berbuka puasa Program Pendidikan Petronas (BAKTI) untuk Team Sek Keb Sungai Udang. Aktiviti yg dirancang faci2 diberi nama NAWAITU. Idea bersama kami nak buat makan style arab, makan dalam talam dan program berjaya jugak kami tempuhi setelah mengharung pelbagai dugaan dan cabaran.





Sunday, September 19, 2010

Nasi Ayam Penyet

Agenda berbuka puasa dengan kawan2 Petronas di rumah Watee
.




Monday, March 15, 2010

Suria Puspa Homestay






Tajuk tak tahan!! bukanla homestay sebenarnya, tapi rumah maklang dan paklang Watee kat Sungai Petani.

Oh ye, sebenarnye cuti hujung minggu ni kami blk ke SP sebab menghadiri kenduri kawin sepupu Mr Hubby, Syed Faris Alkaff Syed Hussein Alkaff. Wah.. sorry ye.. adik beradik Mr Hubby saya dri keturunan Syed Syed. Syed yg ada Al Al punye dan my hubby pun Syed jgk.. side mirror jek... hahah!! okla stop mngarut... sama je darah keturunan syed ke tidakkan... di sisi Allah semua sama je.
Selama berada di SP, Watee tak stay di rumah tok pasal penuh dgn adik beradik yg berkumpul. Bilik dah fully booking dan nasib baik adik mak Watee, paklang pun tinggal dekat dengan rumah kenduri. Jadi kami pun menumpangla semalam dua kat sana.
Seronok balik kampung bila lama sekali tak balik ni. Berkumpul adik beradik. Dan maklang dengan besar hatinya bila hari pertama kami sampai ke rumah dia telah menghidangkan kami menu2 yg sedap. Wah lama tak makan GULAI utara ni... memang sapu bersih kami masa tu.. makan dalam gelap pasal petang tu hujan ribut spi blackout rumah. Anyway enjoy.. perut kenyang dengan makanan yg sedap2. Ada kari kepala ikan tenggiri, brokoli udang dan urap kacang botol.. Walla pecah perut makan...

Sunday, January 31, 2010

BBQ @ Bidara Beach Lodge, Tg Bidara.


Acara hujung minggu kali ni, setelah dua minggu cuti hujung minggu kami hanya berkepuk di rumah.

Ada 16 orang kesemua termasuk dgn anak2. Memang penat tapi berbaloi2 dgn makanan yg sedap. Semua terlibat menjayakan acara ni, dan kami mmg betul enjoy. Happy dan release segala tension. Antar menu yg ada kambing, chicken wing, cencaru, keli, sotong, sosej, daging burger, otak2, terung bakar, coleslow, nasi putih, buah2an, makanan ringan dan minuman. Watee cuma perap ayam, buat colelow dan cili kicap.
Sebenarnya tapak kami berbbq ni ialah chalet makcik Mr Hubby. Tempat di Kampung Balik Batu, Tg Bidara. Mmg chalet ni selesa ditambah dgn kecantikan semula jadi mmg berbaloi kalau sesiapa nak bermalan di sini. Teramat teramat xclusive dan privasi. Range harga RM89-RM99 semalam termasuk breakfast. Sesiap yg berhajat nak bermalam kat sini bolehla rujuk pada Watee ye.
Thanx to all... len kali kita boleh buat lagi kan! Walaupun penat tapi puas hati.

Monday, December 28, 2009

Family Gathering
























Hujung minggu ni, rumah Watee meriah dengan kunjungan mak abah dan adik beradik Watee. Sempatla bawak meronda bandar Melaka petang Sabtu tu dan malamnye kami pergi menjamu selera ikan bakar di Umbai (gambar yang Watee snap tak berapa clear). Hari Ahad tu makan tengahari Watee yang sediakan. Simple je, sup ikan merah, daging goreng dan pea sprout dengan cendawan campur. Sayur pea sprout ni Watee goreng dengan udang dan 3 jenis cendawan, pek campur Watee beli dari Mydin. Tapi makan tengahari yang Watee sediakan kali ni sikit hambar sebab xde menu yang pedas. Kami sekeluarga kalau tak de sambal memang makan tak berapa nak lajula... tapi dah rezeki jangan ditolak so makan je la kan..









Wednesday, November 25, 2009

Iftar @ TP2






Jamu kawan-kawan berbuka kat rumah. Wawa, Lidd, Ida, Is, Rashid dan Nur memeriahkan majlis. Masa tu Watee sediakan sambal tumis udang, masak lemak cili padi ikan tenggiri, siakap goreng kerabu mangga, kangkung goreng belacan dan pencuci mulut tahufa berlaici