As Salam Semua.. Salam bersiaran kembali setelah lama menyepi. Xde bahan? Xmasak? masak tetap masak cuma xde mood je nak lebur masuk dalam blog ni.
Last weekend, Watie sekeluarga, Mak dan Abah, Kak Long sekeluarga dan kawan-kawan seoffice bercuti merehatkan jiwa ke Tasik Kenyir. Sebenarnya dah lama rancang trip kali ni since last year. Depo dah bayar dan dapat tau Watee pragnent la pulak. Nak tak nak terpaksalah pergi memandangkan semua dah confirm untuk trip kali ni. Walau dinasihatkan doctor untuk tidak berjalan jauh, tapi kami tetap pergi tapi still kena hati2lah.
Kami bertolak dari Melaka pada 6hb Februari pukul 6 petang. Perjalanan selama 6 jam agak mencabar jgkla sbb Watie sakit pinggang dan rasa pressure sangat duduk dalam kereta lama-lama. Uish xboleh jalan jauh dah ni. Xselesa rasanya.
Sesampai di Jerangau, cuaca malam tu seperti yang diramalkan, sangat-sangat sejuk sampai ke tulang sum-sum, melenakan malam kami.
Pepagi selepas Subuh, kami bertolak ke Kuala Berang. Cuaca masih sejuk. Kami konvoi sebanyak 4 kereta. 2 dari Melaka dan 2 dari KL. Kami singgah di pekan Kuala Berang untuk bersarapan dan menyambung perjalanan ke Tasik Kenyir kemudiannya. Perjalan sejauh 1 1/2 jam dan dalam pukul 10 pagi kami dah check in masuk boat.
|
Inilah Permata Kenyir Houseboat |
Selepas mengangkut barang dari parking ke boat (tak berapa jauh jaraknya) boat bergerak menuju ke destinasi pertama Sungai Lasir. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Kami mengambil kesempatan untuk memasak sepanjang perjalanan. Atas bantuan kawan-kawan kerja menjadi lebih mudah kan.
|
Orang-orang kuat dapur |
|
Chef dari KL.. my mak la |
|
Lunch is ready. Ada keli goreng, sayur kobis masak lemak, sambal belacan dan ulam, masak asam sayur keladi. |
Bot tiba di Sungai Lasir lebih kurang jam 1.30 petang. Selepas makan tengahari En Hubby melayan Irfan yang nampak tak sabar nak mulakan lontaran pertama.
|
All gear ready |
|
Nice view kan |
|
Ada yang mengambil kesempatan berkaraoke |
Dalam pukul 4 petang, boatman bagitau nak bawa kami menaiki bot ke air terjun yang ke dalam sikit. Sangka kami jauh la nak pergi. Risau jugak takut bot melambung2. Dengan cuaca panas masing2 bertopi bercermin mata bagai, sekali dia bawak ke tempat yang tak sampai 2 minit jauhnya. Hahahah balik bukit tempat boat parking je. Punya la poyo. Owh ye boat akan parking dan kami akan bermalam di situ sehingga esok.
|
All in except bg muz yg malas nak pergi |
|
Bot hantar sampai sini. Still kawasan tasik tapi ke dalam sedikit yang tak sampai 100m |
Sungai Lasir ni menarik pemandangannya. Air terjun dengan kolam yang agak besar dan dalam membuatkan kami teruja dan seronok untuk mandi dan berenang2. Tp still kena pakai life jackets. Si Ikhwan berani je mandi ke sana ke sini tanpa bantuan.
|
Makan je la kerja si Iman |
|
Berenangkan elok untuk ibu mengandung |
|
Irfan merap lah apa lagi. Ajak balik boat sebab nak mandi kat tasik. |
Dalam pukul 6.30 kami pulang ke boat setelah semua puas mandi-manda. Malam tu kami berBBQ dgn bantuan Aring houseboat.
|
BBQ facility yang bersih |
|
Aring in action |
|
BBQ ready. Ada ikan cencaru, chicken wings, sosej, otak2 dan kambing. |
how much pakej ni?
ReplyDelete