Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, November 5, 2012

The Breeks @ Mahkota Parade

 N3 dah lapuk dalam camera handphone. Malas nak simpan buat penuh memori dan sayang nak delete. Kita tayang kat sini la.. boleh buat kenangan2 untuk diri sendiri or mana tau jadi panduan pencinta makanan macam saya.

OK ni antara menu2 lunch kami bersempena dengan hari keputerian Nur Iman Elweena yang ke 4. Breeks @ Mahkota Parade menjadi pilihan budak2 ni. Huh tekak boleh tahan jugak kan!!!






Sunday, April 17, 2011

Ikhwan's Birthday @ SUSHI KING

Harini 17/4 genap 7 tahun usia anak ke 2 Muhd Ikhwan Idraqee. Utk meraikannya kami bercadang nak bawak anak2 makan kat luar, sampai di Mahkota Parade hubby tanya Ikhwan nak makan apa? either Nandos or Kenny Rogers.. both dia xmo.. nak tau apa dia pilih nak makan?? sushi.. xmo sushi biasa tapi nak SUSHI KING.. hohoho mekasih le Ikhwan request makan camgitu.. dah lama pun mummy tak makan!!! layan ye sushi yang terbaik hanya di SUSHI KING







Monday, February 14, 2011

Irfan Anaqee Turn 8th

Dah besar... huhuhu bertambah nakal.. sekejap je dah 8 tahun umurnya... sambut secara sederhana dgn sepupu sepapat belah watee... Selamat Hari jadi Irfan Anaqee... moga panjang umur murah rezeki.. mummy sayang irfan

ni le budak nakalnye - Muhd Irfan Anaqee

last birthday calebration.. tahun depan no more
dah besarla... x macho

kek citarasa mak dia la... xkuasa la nak kek superheros pelbagai
bkn nye sedap!!!
kita makan tiramisu ye nak yeee
janji kek...

Friday, April 16, 2010

Ikhwan Birthday Cake

Besok 17/4/2010 Ulang tahun ke 6 anak ke2 Watee, Mohd Ikhwan Idraqee. Special request dari dia nak suruh Watee buatkan kek Ben 10 untuk dia. Alamak aiii, Watee bukan pro sangat pun nak mendecor kek ni. Dia nak sambut kat sekolah. Dan ikut je la permintaan dia, Watee buatkan kek ni. First try, sorry ye.. tak jadi le sangat, comot la pulak. Malu je nak bawak ke kiddie dia tu. Pujuk punye pujuk at last dapat jgk persetujuan dari Ikhwan untuk tidak membawa kek mummy dia yg tak jadi ni ke sekolah. Sambut kat umah je la. Watee cuma prepare goodies beg untuk kawan2 di sekolah semua seramai 60 orang. Nasib baik dia setuju dan Watee gantikan dengan janji nak bawak dia gi dinner kat luar besok. Pilih la mana nak makan dan dia dengan girangnye suggest nak pergi makan kat SUSHI KING.... walaweeeiii mummy yang tumpang seronok ni.. dapat makan sushi kat Sushi King... kat sana kan sushi dia memang tiptop... so untuk Mr Hubby apa lagi tunaikan hajat besday boy ni..

Tuesday, January 12, 2010

GM, HRMA (PPMSB) Surprise Birthday Party







Seawal 8 pagi, party ni dah diatur, tunggu yang diaraikan saja, En Nazilan Nawi. For me bos ni best, cool dan sporting walaupun Watee tak direct under dia. So disebabkan nilai murni yang dia ada tu so Watee watkan baked macaroni and cheese tu untuk dia. Party ni potluck. Banyak betul makanan yang ada. Ada mee goreng, dessert yang pelbagai, serabai, cheese cake, rojak buah, sandwich, ketupat nasi dan kari ayam, kuih muih, keropok dan macam2 lagila. Kenyang makan, ble cover lunch sekali ni. Apa2 pun suka tengok semua bekerjasama menjayakan majlis ni. Happy Birthday, Bos!

Monday, December 21, 2009

Ikhwan @ 5th


Sebenarnya ni entry lapok. Birthday Ikhwan 17hb April. Disebabkan masih ada lagi gambar kek dia yang Watee simpan ni boleh jugakla nak memeriahkan blog ni. Kek ni Watee order dari Kek cawan.blogspot. Memang suka dengan design dia yg cantik2 ni. Untuk kelainan order aje kek ni, simple tak payah nak ada acara potong2 kek ni. Kat bawah setiap cuppies ni Watee letak nama niece yang ada untuk menambah lagi rasa xcited budak2 tu. Watee order satu set ada 50 biji cuppies, design superheros Ultraman, Batman dan Powerpuff Girl. Birthday party yang amat simple, cuma dihadiri parents dan adik beradik Watee saje. Lokasi buat dirumah adik Watee di Taman Puncak Jalil. Selain kek ada jugak Domino Pizza dan Satay Kajang Haji Samuri.

Sunday, November 22, 2009

Irfan @ 7th








Memandangkan yang umur pun dah masuk 7 tahun (dah besar) jadi kami decide tak payahla nak buat birthday party untuk Irfan. Kami sambut sekeluarga saja. Tiada tetamu tiada sebarang makanan melainkan kek yang Watee buat tu jela.. ok la tu... kalau ada banyak makanan kang tak makan pulak kek yang Watee dah susah payah buat ni...

Muhammad Irfan Anaqee Turn 7th On 21st November 2009



Sabtu, 21st November 2009 genap 7 tahun kelahiran anak sulung Watee, Muhammad Irfan Anaqee.
Alhamdulillah sekejap rasa Irfan ni dah membesar dan dah nak masuk Tahun 2 tahun depan. Anak yang cute comel dan nakal... bukan sedikit nakal dia.. tapi kekadang tu mencabar jugakla nak membesarkan diani... jenis tak makan saman. Anyway dlm pada tu Watee nampak yang dia ni ada tokoh2 nak jadi orang yang beriman besar nanti ni, alim dan rajin kalau benda2 yang melibatkan keagamaan.. (masinla mulut Watee ni... Amin). Memandangkan tarikh dia jatuh pada hujung minggu jadi Watee sedikit rajin untuk buat kek untuk dia. Takde apa yang istimewa untuk kek yang Watee buat ni, sebab Watee pakai tepung kek segera yang Watee beli dari D member sekolah dulu. Senang sangatla kan. Watee minat nak buat kek ni tapi malas sikitla kalau bab nak adun tepung bla bla bla yang remeh ni dan juga Watee tak cukup peralatan untuk buat kek ni. yang ada kat dapur tu cuma oven... So senang jela kerja nye.. Watee bakar kek hari sebelumnya, dan esoknya Watee taruk chilled philledelphia yang Watee olah sendiri untuk diletak diatas kek chocolate tu, kemudian Watee hiaskan dengan chocolate ganache (juga resepi dari D) dan tambah chocolate cadbury, fererro, orea dan strawberi juga sebagai hiasan. Jadila kek harijadi untuk Irfan... nak buat kelainan untuk kali ni.. tak payahla nak beli2 untuk tahun ni sebab kalau beli mesti Irfan pilih yang ada karektor Superheroes punye dan kalau dah beli kek yang macam tu for sure makan pun tak seberapakan.. rasa pun ala-ala aje.. Ni bila Watee dah buat cake sendiri ditambah pulak hiasan chocolate yang pelbagai... mmm okla tu kalau ikut tekak Watee ni. Sedikit sebanyak rasa puas hati tu adala sebab dapat buat sendiri kek untuk anak tersayang dihari lahirnya.
Untuk Irfan tersayang - Selamat Hari Jadi yang ke-7, mummy sayang Irfan always.