Sunday, January 10, 2010

Apple Crumble


Petang minggu yang relax.. lepas lunch rajin jugak rasa nak buat Apple Crumble ni. Cilok dari Blog Hana's Family, terhasillah my Apple Crumble. Sedap tau, resepi Watee olah bagi kurang manis. Sesambil Mr Hubby bergardening kat luar tu Watee jamu dia dengan Apple Crumble ni... mmm sedap katanya.. hehe. Harini, hari terlebih rajin, almaklum a whole week ni periuk digantung atas alasan sibuk. Sibuk dgn persekolahan anak2 dan juga aktiviti beriadah. Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Watee harus ke gym, Selasa pulak swimming dan badminton. Tak lama je lagi acara ke gym ni. Lagi sebulan je dan pastu lega sikitla, xdela tiap hari nak kena turun ke gym tu.


Bahan-bahan


Utk Crumble
100g tepung gandum
40g gula
80g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam


Utk Inti
3 biji epal - kupas dan potong dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon


Cara-cara
Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment