Monday, January 11, 2010

Baked Macaroni And Cheese


Besok ada surprise party kat office Watee. Surprise untuk GM, HRM En Nazilan Nawi. Party tu ala potluck. So Watee volunter nak bawak macaroni and cheese ni. Watee buat 3 tray. 2 untuk HRM Department dan satu lagi untuk Mr Hubby jamu kekawan dia kat department dia jugak, juga sempena birthday Ida. Dah siap menu pertama dengan oven yg baru Watee beli.. perasmian.. hehe
Bahan2
1 paket macaroni direbus dengan sedikit minyak
1 paket kecil daging cincang (Ramly)
5 ulas bawang putih didadu
1 biji bawang besar di dadu
2 tin sos preego
2 biji tomato didadu
2 cawan sayur campur
Sedikit cendawan (ikut suka apa jenis)
1 sudu makan serbuk oregano
Garam gula
5 biji telur
300 ml susu segar
Mozarella/cheddar
Cara2
Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging dan masak hingga air daging kering.
Tuangkan sos preego ke dalam masakan dan masukkan kesemua bahan kecuali tomato, telur dan susu.
Bila sudah masak baru masukkan tomato dan gaulkan dengan macaroni yg sudah dicelur tadi.
Mampatkan dalam loyang berasingan, kacau susu, telur dan sedikit garam dan tuangkan ke dalam loyang.
Bakar dengan suhu 150C selama 15 minit, keluarkan dari oven tabur cheese di atasnya.
Untuk hiasan tabur juga serbuk oregano dan serbuk paprika ke atasnya dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga kekuning2an.

No comments:

Post a Comment