Sunday, January 10, 2010

Briyani Ayam







Hujung minggu lepak di rumah, takde agenda nak ke mana2 so Watee terlebih rajin nak mencuba resepi beriyani ayam. Watee buat beriani ayam, acar rampai dan goreng popadam. Boleh tahan dan mendapat pujian dari suami dan anak2... Selalu jgk masak nasi yg bertumis ni macam nasi tomato, nasi ayam, nasi daging, nasi arab tapi nasi beriyani ni mmg 1st time try. okla tu...
BRIYANI AYAM
Bahan2
3 cawan beras basmati
5 cawan air
2 biji bawang besar di mayang kasar
1 inchi halia dipotong kecil
1 ketul kulit kayu manis
1 helai daun pandan
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu kecil garam
1/2 cawan susu cair
sedikit pewarna kuning
Cara2
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
Masukkan rempah briyani yg dibancuh dgn sedikit air, Biarkan sehingga rempah naik bau.
Masukkan ayam dan 2 cawan air, kacau selalu sehingga ayam separuh masak.
Kemudian masukkan beras, 3 cawan air dan daun pandan, tutup periuk sehingga nasi masak.
Bila sudah masak buat lubang2 kecil pada nasi dan titiskan pewarna kuning dan kacau.
Taburkan bahan hiasan seperti bawang, goreng, kacang gajus dan kismis.
ACAR RAMPAI
Bahan2
1 biji bawang besar dimayang kasar
1 labu bawang putih dibuang kulit sahaja
3 ulas bawang merah dibuang kulit sahaja
1 sudu makan biji sawi
1 biji timun - dipotong panjang 1 inchi
1 biji carrot - dipotong panjang 1 inchi
1 sudu teh kunyit serbuk
3 sudu makan tomato sos
3 sudu makan cuka
3 sudu makan gula
Garam
Cara2
Panaskan minyak tumis kesemua bawang, jangan sampai layu, masukkan biji sawi.
Kemudian masukkan serbuk kunyit yg sudah dibancuh dengan sedikit air, cuka dan sos tomato.
Masukkan carrot dan biar samapi carrot empuk, baru masukkan timun.
Perasakan dengan garam dan gula.


No comments:

Post a Comment