Masa beli barang dapur semalam sempat jgk grab 2 3 jenis bahan2 untuk buat kek. Belek2 blog sana sini dan terjumpa resepi carrot chocolate cheese cake, tengok stok yg ada pun complete, wah apa lagi, wat cakela. Nasib baik senang dan bila siap rasa boleh tahan. Dah sama mcm kek buah pulak rasa dia. Watee sorang je la makan. Anak2 tak suka pulak dan Mr Hubby takde.. huhuhu
Bahan2
9oz mentega cair
2 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula castor
1 sudu teh serbuk cinnamon
1 cawan kelapa parut
1 cawan buahan kering campur
(kismis, ceri dan pala kering)
1 cawan coklat urai dan cip coklat
1 cawan badam cincang
1 biji carrot yg disagat
Cara2
Mentega dan telur dipukul seketika.
Dalam bekas berasingan campurkan tepung, gula castor dan serbuk cinnamon, sebatikan.
Masukkan kesemua bahan yg lain dan juga mentega dan telur. Gaul hinnga rata.
Bakar didalam loyang empat segi (griskan dgn sedikit mentega) dgn suhu 180C selama 20 minit.
Sejukkan kek yg udah dimasak.
Cheese Topping
125gm philedelphia cheese
25gm mentega
100ml susu ideal
1 sudu makan gelatin (cairkan dgn suku cawan air panas)
1/2 biji lemon diambil jusnya
Kisar kesemua bahan topping dan tuangkan ke dalam acuan cake tadi.
Hiaskan ikut suka, tapi untuk resepi ni Watee hiaskan dengan coklat yg dicairkan dan dituang bercorak ke atas cheese tersebut.
No comments:
Post a Comment