Sunday, January 3, 2010

Beef Roll



Resepi ni Watee cipta sendiri. Pernah makan sekali sewaktu Hari Keluarga MLNG di Bintulu dulu. Sedap dan terus Watee cipta sendiri ikut resepi tersendiri. Sedap memang sedap tapi tak berapa sesuai nak makan dengan nasi. Jadi Beef Roll ni makan gitu je. Ble dibuat appertizer sementara menanti sajian utama kepada tetamu. Adik Watee, Baby memang suka benda ni dan masih tak berkesempatan nak buat untuk dia. To my Baby, sila jamu mata je la ye.. next time ko datang Melaka for sure aku buat untuk ko punye.

Bahan2 :

Salty beancurd sheet
1paket daging cincang
250 gm udang segar
5 biji cendawan butang (dalam tin)
Sayur campur
2 biji kentang di dadu
3 ulas bawang putih
1/2 paket rempah kari daging
2 sudu makan oyster sos
1 sudu teh gula

Cara2 :

Tumis bawang putih hingga layu dan masukkan rempah kari daging - biarkan sampaii rempah masak.
Masukkan kentang dan daging masak hingga empuk.
Masukkan cendawan butang, sayur campur dan akhir sekali udang.
Bila sudah masak sejukkan dan balut dengan salty beancurd sheet tadi. Gulung seperti buat popia.


Untuk hiasan potong kecil kobis dan carrot taburkan diatas beef roll ni dan tuang sedikit mayonis dan sos cili bagi nampak menarik.

* Resepi ini tidak memerlukan garam kerana beancurd yang digunakan adalah masin. Buang sedikit garam menggunakan tisu di beancurd tersebut sebelum mula menggulung.

No comments:

Post a Comment