Wednesday, December 16, 2009

Oreo Cheesecake


Cake ni dibuat atas permintaan Yong, sepupu Watee yang datang dari Sungai Petani. 1st time Watee buat cheese cake bake punye, selalunye Watee chilled kan saja. Entahla apa rasa sebab besok baru boleh makan. Penat balik gym tadi rush masak untuk makan malam then bakar cake ni. Nasib baik senang je tak remeh nak main ngan tepung pelbagai. Biasala Watee kalau masak nak yang simple je.. malas nak renyah terutama waktu2 sekarang yang sibuk dengan urusan2 di gym tu. Masak untuk makan malam pun simple je. Goreng ikan selar kuning dan buat sup telur. Ni sebenarnya dah xde stock lagi dalam fridge tu. Tak topup sebab nak balik kampung cuti hujung minggu ni. Masalah dengan elektrik kat rumah Watee ni kalau hujan kilat sikit habis trip, maka rosak juga barang2 basah yang ada dalam peti ais tu. Jadi langkah bijak kosongkan apa yang ada dalam peti ais tu kalau merancang nak pergi mana2 or tinggalkan rumah lebih dari sehari. Emm cakap pasal balik kampung ni yang best ni coz, kampung Watee sebenarnya kat KL.. so kalau balik KL ni panjang je langkahnya, kata je balik kampung tapi sebenarnya takkan lekat kat rumah punya pasal busy mengatur shopping complex yang ada. Maklumla hajat hati nak pergi Jusco Melaka yang baru nak buka hujung minggu ni, tapi dah MELETOP terpaksala ditunda pembukaannya. Bagusla jugak dapat pergi KL, lagi macam2 ada. Bukanla nak shopping sempena YES ni bagai nak rak, tapi Watee suka bejalan menjamu mata tengok mana bekenan, usha2 kalau ada duit beli, kalau xde tu simpan hajat kumpul duit baru dapat beli... lainla kalau Mr Hubby nak tolong blikan, ha!!!.. bagai bulan jatuh ke ribala jadinya..

Bahan-Bahan

3 cawan oreo yg dihancurkan
100gm butter dicairkan
- Gaul ke2 bahan sebati dan mampatkan ke dalam acuan pembakar

250gm Philledelphia cheese cake
240ml (1 kotak) whipping cream
1/2 tin susu sejat
1/2 cawan gula icing
2 sudu makan gelatin (diaduk dgn 1/4 cawan air panas)
2 sudu makan butter
2 biji telur
2 cawan serbuk oreo
1/2 biji lemon (ambil jusnya sahaja)
- kisar bahan-bahan di atas, masukkan lebihan serbuk oreo, gaul rata dan tuan ke atas acuan tadi.
hiaskan dengan biskut oreo di atasnya

Bakar dengan suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment