Thursday, December 31, 2009

Kek Sarang Lebah




Kek sarang semut/kek sarang lebah/kek gula hangus walau apa pun nama dia memang kek ni yang Watee teringin sangat nak makan 2 3 hari ni. Rasa dia yg lembut dan unik dan basah2 tu... mmm mngalah orang mengidap betapa teringinnya nak makan. Bukan tak boleh nak beli kat mana2 tapi tekak Watee ni mmg teringin nak makan kek yang Watee buat sendiri. Baru puaskan. Setelah diselidik2 dalam blog sana sini dan sempat jugak minta resepi kat kawan Watee, D, nyata Watee tersalah bagi nama kek yang Watee nakkan. D bagi Watee apam gula hangus.. yela itu yang Watee minta. So kaji lagi blog mana yang ada dan sempat Watee singgah and last blog yang Watee follow - Dapur Tanpa Sempadan, Cik Mat Gebu ni ada jugak kek ni. Sama je resepi dengan yang D bagi, dan kalau ikut resepi asal dari Cik Mat, dia bakar kek ni, tapi yang Watee buat ni Watee kukus. Suspen sementara nak menunggu masak ni sebab takut tak jadi. Dan hasilnya.... memuaskan untuk orang yang baru nak belajar ni. Bangga jugakla tayang rupa kek ni depan Mr. Hubby, sebab pada awalnya dia dah patahkan semangat Watee dengan cakap 'kalau tak jadi wat rugije'. oho dan hasilnye rupa boleh tahan rasapun tak kalah. Sorry ye Mr Hubby dan dia pun dah makan separuh dari kek ni dah. Thanx to Cik Mat dan my sweet frenz mama-D...


BAHAN-BAHANNYA :-)

  1. 1 cawan gula pasir
  2. 1 cawan air panas
  3. 2 camca besar mentega
  4. 3/4 cawan susu pekat manis
  5. 1 cawan tepung gandum
  6. 2 camca teh soda bicarbonat
  7. 4 biji telur
  8. 1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
    Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi dan kukus selama 45 minit.

1 comment:

  1. Tahniah dah berjaya buat kek ni...cantik walau pun di kukus.

    ReplyDelete