Sunday, November 22, 2009

Muhammad Irfan Anaqee Turn 7th On 21st November 2009



Sabtu, 21st November 2009 genap 7 tahun kelahiran anak sulung Watee, Muhammad Irfan Anaqee.
Alhamdulillah sekejap rasa Irfan ni dah membesar dan dah nak masuk Tahun 2 tahun depan. Anak yang cute comel dan nakal... bukan sedikit nakal dia.. tapi kekadang tu mencabar jugakla nak membesarkan diani... jenis tak makan saman. Anyway dlm pada tu Watee nampak yang dia ni ada tokoh2 nak jadi orang yang beriman besar nanti ni, alim dan rajin kalau benda2 yang melibatkan keagamaan.. (masinla mulut Watee ni... Amin). Memandangkan tarikh dia jatuh pada hujung minggu jadi Watee sedikit rajin untuk buat kek untuk dia. Takde apa yang istimewa untuk kek yang Watee buat ni, sebab Watee pakai tepung kek segera yang Watee beli dari D member sekolah dulu. Senang sangatla kan. Watee minat nak buat kek ni tapi malas sikitla kalau bab nak adun tepung bla bla bla yang remeh ni dan juga Watee tak cukup peralatan untuk buat kek ni. yang ada kat dapur tu cuma oven... So senang jela kerja nye.. Watee bakar kek hari sebelumnya, dan esoknya Watee taruk chilled philledelphia yang Watee olah sendiri untuk diletak diatas kek chocolate tu, kemudian Watee hiaskan dengan chocolate ganache (juga resepi dari D) dan tambah chocolate cadbury, fererro, orea dan strawberi juga sebagai hiasan. Jadila kek harijadi untuk Irfan... nak buat kelainan untuk kali ni.. tak payahla nak beli2 untuk tahun ni sebab kalau beli mesti Irfan pilih yang ada karektor Superheroes punye dan kalau dah beli kek yang macam tu for sure makan pun tak seberapakan.. rasa pun ala-ala aje.. Ni bila Watee dah buat cake sendiri ditambah pulak hiasan chocolate yang pelbagai... mmm okla tu kalau ikut tekak Watee ni. Sedikit sebanyak rasa puas hati tu adala sebab dapat buat sendiri kek untuk anak tersayang dihari lahirnya.
Untuk Irfan tersayang - Selamat Hari Jadi yang ke-7, mummy sayang Irfan always.

No comments:

Post a Comment