Tuesday, July 10, 2012

Ho Chi Minh, Vietnam

Day 1 - 2nd June 2012
Kuala Lumpur - Ho Chi Minh City

Pejam celik pejam celik - tibalah hari yang dinanti. Masih dengan cara yang sama, anak-anak kami tak bawa jalan-jalan luar Malaysia. Juga masih dengan cara yang sama, ahli persatuan jalan-jalan cari makan asal turut serta cuma Zaakiyah je yang tak dapat join atas masalah peribadi. Tapi diganti oleh juga rakan sekerja, Rizal dan isteri, Yusz serta baby Domot aka Rifae.

Berat hati jugak tak bawak anak, tapi selepas selesai misi jelajah ni baru nampak dan rasa, memang tersangatla tak sesuainya nak bawak anak-anak yang memang akan bermacam-macam ragam, akan lebih menyulitkan keaadaan. Mana nak backpackers lagi, mana nak kepung anak lagi, sudahnya akak jugak yang baran!!!

Perancangan asal kami nak jelajah Thailand je. Dari Malaysia dgn keretapi terus ke Chiang Mai. Tapi geng-geng yang lain sepakat kemudiannya untuk pergi ke Ho Chi Minh, Cambodia dan Thailand. Lagi thrill dan nak collect cop passport punya pasal.. hahaha mcm la boleh nak collect. Dah isi separuh je, renew passport dapat buku baru, buku lama dah xboleh pakai.. x suka!!!


En Hubby and me tiba di LCCT jam 4 petang. Macam biasa Is, Ida dan Dian dah sedia menanti. Tahniah adik-adikku. Cekna macam biasalah dia, on the way.. manjang je on the way pompuan ni. Macam biasa jugak kapal terbang nak berlepas pukul berapa pun dia tak tau.. haiyaaa!!! Yus dan Rizal yang terakhir tiba. Dimaafkan sebab keluarga Yusz buat majlis kahwin haritu. Tapi macamanapun semua tiba juga tanpa sebarang kesulitan. Lepas isi perut apa patut di Taste Of Asia, kami check in tunggu di departure hall menanti tiba waktu berlepas.

Tepat 7.40 malam, flight berlepas. Alhamdulillah, selama menaiki Air Asia ni tak pernah lagi la berdepan dengan masalah flight delay or reschedule. Syukur... Susun atur tempat duduk dalam tu memang la berterabur. Tak payahlah membazir duit nak bayar untuk pilih seat sebab perjalanan pun hanya mengambil masa selama 1 jam 15 minit sahaja. Aku, Ida dan En Hubby duduk berdekatan tapi tidak sebaris. Kawan-kawan yang lain nun kebelakang pesawat tempatnya. Kebetulan 2 kerusi sebelah En Hubby kosong, apa lagi habisje head count aku ngan ida cepat2 beralih tempat nak teman kan En Hubby. Risau aku, takut dia takut duduk sorang2. ;p
weeee..... 1st picture captured

Kami selamat mendarat di Tan Son Nhat International Airport jam 8.30 malam waktu Vietnam. Urusan imigresen berjalan lancar dan keadaan tidak terlalu sesak masa tu. Ikutkan perancangan ala backpackers (konon nak berjimat) kami nak naik bas je ke hotel. Kebetulan hotel pun berdekatan dengan Ben Tanh Market. Ikut panduan yang aku dapat dari sumber2 yg boleh dipercayai kami kena naik bas no 152 dari airport ke market tu dan kadar tambang cuma RM1.80 sahaja. Tapi sebaik keluar dari airport dah tak tau ke mana nak tuju. Tak tau pulak tu kat mana tempat nak naik bas. Datangla sorang mamat Vietnam yang offer van dia untuk kami sewa. Katanya bus dah takde dah time tu. Entah betul entah tidak. Dia kenakan kami charge 500,000 dong. Bahagi 9, tak sampai RM10 pun seorang. Semua setuju. Cara paling senang dan cepat ala Backpacker Manja. Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam. Punyalah sesak dengan motor bandar Ho Chi Minh ni, dan gaya pemanduan mereka juga agak membahayakan, main ikut suka je nak potong, nak masuk simpang, bersimpang siur.. ngeri!!!!

posing depan Tan Son Nhat Airport

Setiba di  Saigon Pink 2 Hotel, confident je kami sebab bilik kami dah booked awal di Agoda. Sekali bilik penuh da. Uishhh macamana tu? Mujurla pihak hotel carikan hotel lain yang berdekatan sebagai ganti. Anggaran dalam 100 meter dari Ben Tanh Market. Mai Gua Hotel boleh tahan jugak cuma biliknya agak sempit. Service memang tip top. Kami 9 orang bahagi 3 bilik. Lelaki perempuan asing. So berpisah la aku dan en hubby, rizal dan yus untuk beberapa malam.. huhuuhhu. Disebabkan kami ambil family room jadi setiap satu bilik berada di level yang berlainan. Bilik 605, 705 dan 805. Lepas bersihkan diri lebih kurang dan solat, we all berkumpul kat bilik 705 ie bilik ORANG BUJANG isi perut dengan bekalan makanan yang dibawa. Selera betul kami makan nasi kenduri Yusz.. Sedap sesangat. Mekasih Yusz dan Rizal atas ingatan tulus ikhlas....

aksi tunggu bilik kat Saigon Pink 2, aksi menapak
dan aksi menunggu lagi kat Mai Gua
mujur servis baik

Meredah malam di kawasan Ben Tanh Market diwaktu jam hampir menunjukkan jam 11.00 malam waktu Vietnam, banyak kedai yang dah pun ditutup.  Pilihan tak banyak. Sekadar menjamu mata tu boleh la. Tapi sempat jugak la En Hubby rembat sehelai dua tshirt dan dia juga dihimpit oleh sorang anak kecil meminta sedekah. Comel budak ni.. simpati tapi masa tu kami tak ada duit kecil. Almaklum baru tiba. Note yang ada besar2 jumlahnya. Jadi terpaksa la buat tak pandang je kat budak yang comel tu. Masa nak balik tu, kami melalui Kedai Makan Basiroh, betul-betul berhadapan dengan Saigon Pink 2 Hotel. Kedai makan muslim paling dekat dengan kawasan pasar. Tapi kedai ni cuma ada dua meja untuk makan. Kena tapau je kot kalau nak makan makanan kat kedai tu. Teringin nak mencuba kopi vitnam tapi masa tu kedai dah nak tutup dah. Xde rezeki malam tu.

Sampai hotel dah dekat pukul 12.00 malam. Kena rehat cukup-cukup memandangkan banyak lagi tenaga kami nak pakai hari esoknya. Malam nak tidur tu aku ngan cekna ada jgk terdengar macam orang main2 terjun dari katil berulang kali dari bilik atas kami. Kuat jugak bunyi hentakan nya. Tapi macam tak logik je pasal yang kat tingkat atas kami tu bapak2 orang (kecuali si Is la) mustahillah girang sangat derang tu sampai main lompat2. Isk perasan aku je la tu...dah..dah..dah.. tiada unsur2 mistik yeeee hahahaha


DAY 2 - 3rd June 2012
Cu Chi Tunnel

Jam 7.30 pagi kami dah ready tunggu kat lobby. Kami bersarapan di restoran VN Halal yang dekat dengan hotel tu je. Tak sampai lima minit jalan kaki. Restoran ni terletak dengan lorong yang sama dengan Baskin Robin dan betul-betul mengadap jalan besar dan bertentangan dengan New World Hotel.


Kami orang pertama yang merasmikan pembukaan restoran pagi tu. Menu tak berapa menarik, ye la untuk breakfast pun kan. Kami order nasi goreng, roti canai, suhun goreng, telur separuh masak dan of coz la Vietnamese coffee yang marvelous sedapnya. Makanan kat restoran ni nak rate berapa bintang pun agak payah. Rasa so and so je la. Tak sesedap mana pun. Harga boleh tahan mahal. Yela satu keping roti canai yang keras kejung ala-ala roti bom tu RM5.90 sekeping. Mencokek darah. Kalau sedap ok la, ni hampeh. Memang nak kena makan berat pagi2 tu sebab kami akan keluar dari bandar Ho Chi Minh nak ke Cu Chi Tunnel seharian. Belum tentu lagi jumpa makanan halal kat sana. Dalam bag kami dah ready bawa bekalan makanan apa patut.. roti, coklat, biskut dll.



mummy, mama & domot


Pemandangan sepanjang jalan menuju ke Cu Chi Tunnel
Ada waterpark kat tengah2 BENDANG dan
kubur yang bertile (sama macam kat Medan.. kubur di laman rumah or tengah sawah)

8.30 pagi guide datang jemput kami naik mini bus. Oh ye untuk tambang bas dan khidmat tourist guide bayaran sebanyak 195,000 dong (RM30). Sesak jugakla dalam bas. Cukup-cukup kami be9 naik bas tu memenuhkan ruang yang ada. Nasib baikla rule semua kena duduk. Kalau boleh berdiri rasa kami mau diisinya penuh-penuh lagi tu. Perjalanan ke destinasi yang nak dituju memakan masa selama 1 jam setengah. Sepanjang perjalanan dikiri kanan selain dari kawasan penempatan, juga terdapat sawah padi yang nun menghijau. (fuhh ayat... kalah karangan SPM)

hasil berseni OKU
Kami berhenti di pusat kraftangan yang diperbuat daripada tembikar dan kulit telur. Yang bagusnya hasil kerjatangan ni dibuat oleh orang2 OKU. Salute betulla. Sangat2 tertarik dengan pinggan hiasan sebesar talam. Macam di rumah sis in law di Keramat, Melawati dan Seoul, hasil pemberian Kak Ty masa dia tinggal kat Ho Chi Minh 5 tahun lalu. Disebabkan en Hubby adik lelaki dia bagi kami replika kapal titanic juga dari Vietnam mengantikan pinggan hiasan tu. Pinggan tu tersangatlah menawan hati untuk buat hiasan kat rumah. Apa kan daya.. jalan-jalan ku ini adalah jalan-jalan berhemah. So xdela la can nak membeli belah. Sekadar menjamu mata melihat keindahan2 hasil tangan orang OKU ni. Kalau la ku turut kata hati dan beli, cuba bayangkan macamana la pulak gayanya aku nak menjaga pinggan tu, dan sepasal nak mengusung ke lagi 2 negara nanti. huhu xdapek den nak tolong!!!

20 minit je melawat, kami sambung perjalanan ke destinasi yang nak dituju.

ambil gambau je la...
hai cekna macam kat rumah la pulak gayanya

apsal amik gambar kat sini??
xyahla tengok view.. tengok orang je
masing2 masih comel, putih sebelum berpeluh dan kulit terbakar dek panas
Cu Chi Tunnel (disebut Ku Chi Tunnel). Bayaran masuk sebanyak 80,000 dong (RM13). Jauh ke dalam dari jalan besar. Selepas kami diberi sticker untuk ditampalkan kat mana2 bahagian badan (hehehehe kejap je masuk hutan hilang semua sticker) kami dibawa ke satu area seakan dewan bawah aras tanah untuk sedikit penerangan dan tontonan video sedikit sebanyak perihal tunnel ni. Menarik. Masa tu dah terasala feel ala-ala perang zaman dulu. Jom layan gambar je la.. Tak reti nak cerita pasal sepanjang journey kat tunnel tu, akak tak berapa nak paham bahasa omputih yang guide ni cakap. Sikit punya pekat pelat dia bercakap.

percubaan mereka2 yg berjaya
akak tak try pun
takut nanti lekat kat lubang tu
heheheeheh


papa dan daddy try masuk tunnel yang sempit
gelap sebenarnye tunnel ni
lampu camera yang buat terang

antara alat2 jerangkap samar
fuh ngerii
kalau terkena cedera parah le jadinya
dan boleh mati secara perlahan2
seksa!!!


kereta kebal

aksi excited muka2 tak pernah jumpa kereta kebal
percaya? Domot je.. la tu pasal dia turn belakang
sila abaikan model merpati dua sejoli di atas tu..
memang mereka serasi bersama dalam gambar

muka2 ngeri tengok jerangkap samar
ngeri la sangat

- geng menembak -
mana yang xde dalam gambar tu adalah mereka2 yg berjiwa halus
ish ish ish sapa la tu ek?
xcukup ganas la nak pegang pistol2 ni
hahaha


cabaran bermula
semua kena masuk tunnel
tengokla muka aku yg cuak tu
eleh lidd ngan is senyum sampai ke telinga la konon
Meh meh nak cerita kejadian yang tak diingini kat sini. Laluan terakhir nak keluar dari kawasan hutan ni ialah samada melalui denai hutan or laluan tunnel ni. Sebenarnya laluan ni dah diperbaharui untuk kemudahan pengunjung. Takla kecik macam size asal.(Betapa kecilnya size orang Vietnam dulu ni)  Dalam tak kecil2 tu kira kena bongkok la jgk nak lalu dalam tu.
Masa mula nak start masuk jantung akak dah lain macam denyutnya. Makin masuk ke dalam makin rasa seperti dihimpit, tertekan, terkepung, berkuap dan lain2. Rasa nak bernyawa pun dah tak boleh. Rasa macam nak meronta2 masa tu. Nak menangis pun ada. Tak sampai 10 meter aku dah jerit nak reverse balik. Kalau lagi ke dalam sure tak boleh nak patah balik punye. Undur2 kebelakang balik terus keluar dan rasa lega sesangat. Masa nak keluar tu selisih dengan group mat saleh dia cakap bukan apa tu.. fobia tak boleh duk tempat sempit. Yela tu, dah betul lah kot. Toleh2 belakang tengok En Hubby, Is dan Lidd pun patah balik. hihiih.. Hwahahaha semua sama rupanya.. hati kecut.. xboleh nak tempuh dah.. mmg surender la. Kami lalu laluan denai hutan je la nak sampai penghujung. Si Rizal keluar exit pertama sejauh 50m (kot?), Ida, Cekna dan Dian berjaya habiskan laluan hingga exit terakhir iaitu exit ke 3 (100m?). Salute la korang!!! lulus untuk wakil malaysia dalam misi perang kat mana2 negara bergolak nanti...

masak ubi rebus.. tapi kenapa dia tak jamu kami?????
package lain dah la tu
tapi kalau dia jamu pun lalu ke agak2 nak makan?

peluru tinggalan perang

Masih comel lagi tak?

dengan kawan baru
paling hujung (kanan)

dengan sebahagian group kami
sporting betul



Trip di Cu Chi Tunnel berakhir lebih kurang pukul 2.30 petang. Perut? Toksah cakap memang lapar la.. Kami makan je bekalan yang dibawa dalam bas. Saat2 darurat macam tu jangan memilih makan. Roti pun dah cukup menyelerakan.


Dalam perjalanan pulang, apa lagi tidur la charge bateri nak pakai sebelah malam pulak.

Bus drop kami depan hotel lebih kurang pukul 4.00 petang. Selepas solat, kami janji jumpa balik kat lobby hotel untuk buat shopping sikit-sikit. Elakkan kempunan tshirt Vietnam sorang sehelai pun jadi. Memang dah jangka akan berpecah jadi kami janji jumpa balik kat hotel pukul 7.00 malam. Tu pun sebab nak kejar time nak pergi tengok show malam tu. Me dan En Hubby selepas TERKENA dengan fridge magnet 2 papan (10 keping each) dengan harga 250,000 dong ie RM38 (huhuu nasib-nasib, tak guna punya kedai dia tekan kami, padahal kat luar boleh dapat RM10 10 keping) dan 2 helai tshirt masing-masing, kami terus ke hotel. Oh ye terlupa.. si Lidd ngan En Hubby terpedaya dengan pujuk rayu orang jual lighter. Hahaha sampai 10 biji derang beli. Nak buat apa la tu.. Apa yang istimewa? Cara nyalaan lighter tu macam mancis. Tu je pun...

Sesampai di hotel, Rizal, Is dan Lidd dah sedia menanti kat lobby, Yusz naik bilik nak mandikan si Domot. Dah janji pukul 7.15 tapi kelibat Dian, Cekna dan Ida tak muncul-muncul lagi. Shaw start pukul 7.30 malam. So En Hubby decide we all gerak dulu jalan kaki. Pesan pada staff hotel je la agar suruh geng bertiga ni ke sana naik teksi je. Kami yang lain ni pun start menapak. Lelah jugak la pasal high speed. Sampai tepat waktu shaw nak start. Terhibur jugakla dengan aksi mereka tu. Pelik macamanalah mereke kendalikan semua puppet tu dalam air. Walau pun tak faham sepatah habuk sebab teater tu dikendalikan dalam bahasa vietnam. huhuh tak mesra pelancong langsung. Dahla kebanyakan penonton ialah pelancong je. Apa pun kami tetap terhibur jugakla. Tiket show selama 2 jam ialah $12 seorang.

sekitar Ben Tahn Market


beli ke? idok lee
macamana nak pikul kan

lidd teringin ke tu

agak2 apa yg Is usha tu

backpack memang banyak
disebabkan itu hampir kesemua kami beli bag baru
dari satu beg jadi la sorang 2
opsss ada yang 3??
gambar wajib
tengok kat blog semua orang mesti ada ambil gambar kat bulatan ni
betul2 depan Ben Tahn Market

ni ialah mangsa keadaan
hahahah terpedaya
sekali borong sampai 10 lighter
nak buat apa lidd??

kami deal dengan hotel je untuk kemana2
senang tapi masalahnya ialah
1) mahal
2) non muslim trip - susah nak cari makan

Water puppet show

mereka yang terlibat
baju tak basah pun
kagum-kagum
ada sesiapa boleh share macamana mereka beroperasi

agak selesa jugak la



Habis show kami menapak mencari Hard Rock Café. Kalau dah faham jalan tu ok je. Meredah ikut Google Map yang ada dalam henpon canggih manggih semua ni kadang-kadang meraban jugakla jadinya.
Sorang cakap kat situ sorang cakap kat sini, tempat yang betul jadi tak betul la.
Ok la.. sekurang2 nya dapat la kitorang tour satu town Ho Chi Minh tu.

fuhh sampai ke Paris kami berjalan


bergambar depan LV... wajibbbbb walaupun tak membeli
ambil berkat orang kata


Memusing merata siap tanya penduduk setempat ramai yang tak tau kat mana Hard Rock Café tu. Kami singgah makan di Halal @ Saigon. Kedai makan ni betul2 berhadapan dengan entrance lobby Hotel Sheraton.  Dapat pulak satu bilik kecil berhawa dingin untuk kami sahaja. Memang gamat la. Haruk jadinya. Ghairah masing-masing order makanan Vietnam. Paling laku air tebu suam dia. Sedap sangat al-maklum masing2 haus menapak. Makanan kat sini boleh tahan sedap dan harga pun boleh tahan mahal. Terima kasih pada tukang sponsor makan kami malam tu.. En Rizal.

Lepas masing-masing perut dah kenyang (seperti biasa ahli persatuan ni kalau lepas makan mood jadi lain macam… xtentu arah happy nye) kami start meredah mencari Hard Rock Café. Ok akak dah pesan pada diri… xmo terjebak nak membeli tshirt HRC ni, tapi sebaik turun tangga ke lounge area (kedai ditutup sementara waktu untuk renovation, merchandise di jual dikawasan lounge sahaja) mata dah terpana tengok sehelai baby T berwarna kegemaran ku Turqouise. Oh bukan ku sorang je, Si Ida, Yusz dan Cek Na pun terpana. Rembatla sorang selai. Oh mak terjebak jugak… 595,000 dong. Boleh la dapat selai, jangan lebih.. banyak hari lagi nak berjalan kang terpaksa makan pasir pulak. Selesai aktiviti shoping kami menapak pulang ke hotel dalam hujan renyai. Kesian si Domot. Tapi salute sebab tahan lasak. Kena panas kena hujan ok je tak demam dan tak sakit. Alhamdulillah berkat susu ibu.


mihun goreng

vietnamese coffee again

pho
orang cakap sedap
tapi lepas try rasanya yang kat secret recipi tu lagi mantappp


yeahhh!!! Hard Rock!!!!

hasil rembatan
Memikirkan nak menapak ke hotel malam tu, rasa macam nak tahan teksi je balik. Penat. Kaki dah sakit. Macam tak biasa nak menapak kat Seoul dulu. Bezanya kat Seoul sejuk kat Ho Chi Minh tu panas. Nasib baik la hujan. Redah jugakla dah memasing semua sanggup nak berjalan pulang. Sampai depan Ben Tanh Market, tak terus balik. Sambung shopping sikit2.wah sanggup walau penat tu. Hujan pun makin lebat, kami terus balik ke hotel. Tapi sekali lagi kami berselisih dengan anak kecil peminta sedekah yang comel tu. En hubby pun dengan hati ikhlas menghulur sedikit note kecil pada budak tu. Tak sure pulak la berapa.

ni la anak kecil tu
comel la dia

Malam tu kami tidur awal masing-masing sebab esok nak start meredah Sungai Mekong. Tapi dalam gelap tu sempat jugak la layan cerita Cekna.pasal tu la pasal ni la, pasal orang tu la pasal orang ni la. berbab-bab meleret-leret.. layan je laaa.. cerita apa? Ntah aku pun tak ingat pasal masa dia cerita aku aku pun dah mamai dan sedar tak sedar borak punya borak sampai senyap masing2.. kira sampai bateri habis langsung la tu. hahahah sorry cekna.. len hari akak layan ko barak lagi ekkkk ingat jgk la sikit2 kisah ko buli adik ko Si Ain tuuuuuu....


DAY 3 - 4th June 2012
Mekong Tour

Seawal jam 6.45 pagi waktu Ho Chi Minh kami dah berkumpul kat bilik 705 untuk breakfast. Kami makan segala bekalan yang dibawa. Dalam pukul 7.30 pagi kami naik bas di simpang berhampiran hotel. Bayaran sebanyak  300,000 don (RM45.50) dikenakan untuk trip sehari tu. Perjalanan mengambil masa selama 1 ½ jam. On the way pun singgah jugak kat kedai kraftangan yang sama macam semalam. Sekadar menjamu mata dalam setengah jam selepas itu kami terus ke destinasi yang nak dituju.

girang naik bas yee


kubur tengah sawah
Menghampiri kawasan Sungai Mekong..  melalui satu jambatan yang agak tinggi jadi dapatlah kami menjamu mata melihat keindahan sekeliling. Memang besar sungai ni sehinggakan ada banyak pulau di antaranya. Bus berhenti di satu kawasan kampung. Pesan si Peter (guide kami haritu) agar tinggal kan barangan yang dibawa. Rasa kami tak silap dengar sebab semua pun tinggal je barang masing2 dalam bas tu. Dengan beg Baby Domot, beg makanan kami semua kami tinggal dalam bas. Agak kami mungkin bas berhenti rehat kejap je kot.

Kami dibawa masuk ke dalam satu perkampungan. Mulalah teringat nostalgia masa kecik2 dulu. Macam suasana kat kampung kita jugak dulu. Sampai di satu kawasan ala-ala tempat makan, masing2 disuruh duduk dan blur jgk la masatu.. takkan nak lunch dah. Rupanya kami akan disajikan dengan buah-buahan tempatan. Jomla tengok gambar.. biar gambar yang ceritakan ok.

view dari atas jambatan


pose kat titi kayu



buah dah sampai

sambil makan kami dijamu dendangan lagu tradisional mereka
satu apa pun tak faham
sesiapa nak beli CD dijual dengan harga $10

sumbangan ikhlas dari hati tulus suci

apa special titi kayu ni ek!!!

kat Malaysia xde parit ni ;p

- row, row, row your boat -
lepas makan buah kita naik sampan
dapat topi sorang satu
satu sampan 5 orang termasuk DRIVER
En Hubby, me, lidd dan ida
-

fuh cam model
fotographer dari jepun

eh eh senget la sampan tu

budget siotttt

tembam dan comel tak? kuikuikui

niceeee


tu kawan sekapal lagi

Dalam 15 minit bersampan, kami tiba di satu tempat pemprosesan gula dari kelapa (coconut candy). Tengokla macamana dia masak, potong dan pack candy tu. Boleh beli disitu juga, tapi kami tak beli pun coz tak berapa nak lalu dengan kawasan persekitaran dan ada anjing yang berkeliaran. Bukan la cerewet sangat. Macam kebanyakan makanan yang kita beli kat kedai tu, kita pun tak tau macamana diproses. Perusahaan kampung kecil-kecilan ni memang la kalau nak diteliti tahap kebersihan dia agak meragukan jugak. Elok tak nampak dari nampak. Jadi tak lalukan..

masak santan untuk candy

proses mencanai candy

proses membungkus


kemain tekun membelek

Si Peter menunjukkan aksi ngeri
jangan jatuh sudah
mau lari kitorang terjun sungai

Si Peter keluarkan ini pulak
berani Lidd ni. eiii ular tu xmandi tau heheeh
lepas ni ntah apa pulak si Peter tu nak bawak keluar
Dalam setengah jam kat kawasan ni dan selepas dihidang air madu dan limau kami beredar menaiki bot pulak. Bersiar2 di Sungai Mekong. Lupa kes beg yg tertinggal. Nak jadi cerita Baby Domot masa tu buat kerja jadi bila basuh dah takde pampers nak pakai. Nampak sangatla kesal kat muka si Rizal. Terus dia sound Peter tu. Blur la ko mamat. Len kali cakap biar terang. Bila jadi kes macam ni kan susah. Barang2 baby dah semua tinggal dalam bas.. haiyaaaaa jauh lagi nak berjalan. Nak tak nak pakaikan je si Domot lampin. Nasib baik bawak satu..kalau tak... kesian baby seksi...


sensored sikit gambar Domot

keringkan baju Domot


Kami tiba kat satu pulau ni untuk lunch

antara kraftangan yang dijual
diperbuat daripada kelapa




Masa untuk menjamu selera. Ikutkan pakej memang ada provide lunch. Si Peter mamat blur tu cakap hanya menu set no 19 sahaja yang free. Yang lain kena bayar. Menu no 19 ialah Fried Rice with Stir Fried Pork. Erkkk sedap sedap mmg sedap... tak halal la Peter oiii.. kitorang tak boleh makan. Oh dia cakap then tukar menu lain. Ikan ada, telur ada, tapi kena charge. haiyaaa Peter Pan oiii Sah2 lah dah masak dalam satu dapur yang serve pork nak suruh kami makan yang lain pulak. Sorry la bro. Bagi kami air kelapa je la. Pun kena charge. Mujur ada couple dari Malaysia jugak yang bawak biskut, dan disua2kan la sorang sikit kat kami jugak. Naik angin satu badan bila pikirkan bekalan makanan yang tinggal dalam bas. Orang lain makan sedap kitorang minum air kelapa je.. huhuhu sian kan. sabor sabor nak berjalan punya pasal ikat perut pun tak pelaaaaaa.. nasib baik tak bawak anak.. kalau tak menjeritla derang minta perut diisi.. heheheh



Naik je atas bas kami bedal la segala bekalan yang dibawa. Mau tak lapar, pagi tadi kami ambil light breakfast je kot.


On the way balik kami tidur je. Sedar-sedar dah sampai kat town. Balik bilik solat dan terus turun balik sebab nak makan. Almaklumla kelaparan. Berpandukan tips couple Malaysia tadi, kami ke Vickki’s Tenpanyaki  untuk dinner. Halal. Memasing dah lama sangat. Ye la dari pagi tadi kami cuma makan bekalan yang dibawa dari Malaysia. Vicki’s ni actually dekat je dengan hotel kami. Belah belakang hotel tu je. Nak masuk restauran ni kena naik lift. Keluar lift terus ruang makan dia. Ala2 KL Tower gitu. Exclusive? of coz. Nak makan apa? Tengok menu… uikkkk sangat2 mahal. Ha Ambikk.. Tak tau nak makan apa. Masing-masing lapar of cozla cari nasi. Order nasi goreng seafood dan sotong. Wehhh live culinary show that night was really superb. Terhibur. Kat Malaysia pun akak xlayan makan kedai2 macam ni.. hahahah kat oversea merasalakan. Bila lagi nak manjakan diri. Tapi the food was not so good. Sebab lapar kami bedal jgkla. Satu pinggan nasi goreng yang ado dengan 3 4 keping hirisan sotong RM40... coolll bebeh!!!! mahalnye performance chef tu je kot.

fuh wiring.. serabut dan menyerabutkan

rub this
sure will come out  jeanny


sotong seekor dikongsi 9 orang...
okla besau tau sotong tu




sedap tak makanan ni?
cuba tanya Domot
tengok menitik air liur dia terliur...
weeeee comelll

chef ni best
terhibur kami dengan aksi dia
kagum kagum


tengok2 telur tu masuk dalam poket dan topi dia...



masak je telur tu nak makan dengan cara baling masuk dalam mulut oleh chef tu
whahahaha masuk la dalam mulut akakkkkk
terer nye akak
sapa ek yang telur jatuh atas batang hidung?
ngeh ngeh ngeh

nasi goreng cinta



jom makan daddy
makan sampai habis

Lepas makan kami ronda market lagi. Sempat beli Vitnamese Kopi 2kg dengan harga 500,000 dong (RM76). En Hubby sempat beli beberapa helai lagi tshirt Adidas dan Nike lagi. Habis tawaf keliling Ben Than Market tu. Rupanya geng yang lain belum balik lagi. Hai jalan selorong je tapi ambil masa yang lama. Kalau la derang ikut akak sure lagi lambat la balik. Derang tak tau dilorong sebelah sana kawasan market tu masih banyak lagi kedai2 untuk dilawati. Mujurla xtau. Hehehe… Oh ye on the way selisih lagi dengan sikecil peminta sedekah tu. Aku pun hulur la baki note dong yang tinggal. Tak banyak pun dalam 50,000 dong je ha.. sedekah kan jela. Dah rezeki dia pun. Nak bawak pergi lagi 2 negara pun dah tak laku note kecil tu.. wat berat beg je.... kui kui kui

 


nampak macam sedap
tapi tak berminat langsung nak beli buah
buat berat je

ramainya orang Malaysia
sampai kena tahan dengan tourist dari jepun tanya kami ramai2 tu datang dari mana
dia ingat semua yg pakai tudung tu datang sekali kot
tapi betulla masa kat market ni rasa macam dok kat negara sendiri je




polka dot ni size saya ada tak?

beli kopi
mujur tak terbeli kopi luak



Sampai bilik sorang pun takde lagi. Mandi dan mula berkemas apa patut. Esok pepagi dah nak kena naik bas ke Phnom Penh. Sejam lepas tu baru la yang lain balik. Cekna balik dengan membundut2.. sampai dua beg dia borong.. untunglaaaaa

Letih lesu rasa badan haritu. Ada banyak hari nak tempuh lagi ni. Tenaga kena simpan banyak. Esok nak mulakan jelajah. Kita sambung part seterusnya ye.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jom share antara tips, panduan makanan  halal, complete itinerary yang telah kami rangka sebelumnya. Mungkin boleh dijadikan panduan bersama nanti. Detail jugak ni dan boleh la kalau sesiapa nak buat rujukan nak copy kami punya journey. Segalanya dapat dari hasil google sana sini, blog walking dan juga link http://www.seat61.com/ yang amat2 membantu.



opsss Thailand ye, bukan Thailang


journey calender kami
alhamdulillah lancar seperti yang dirancang

Ho Chi Minh complete itinerary


Cambodia complete itinerary

Bangkok complete itinerary

budget kami hehehehe

share barang nak kena bawak

tourist guide kami di Phnom Penh






No comments:

Post a Comment