Wednesday, April 11, 2012

Kek Hati Pari


Ok.. kek ni sebenarnye tak berapa memenuhi piawai. Back years ago, masa kitorang bermastautin kat Bintulu, aku pernah rasa sejenis kek cokat yg sangat sedap. Nak compare dgn kek lapis2 yg harap cantik je tapi rasa kurang tu, mmg kek coklat ni sedap yang amatla. Setelah dikaji bahan2nye kek ni tak pakai coklat pun. Antara ramuan dia ialah kaya, susu pekat, horlick, ovelate, telur, browning sugar dll. Masa beli bahan2 memang tak jumpa pun borwning sugar. Yang ada cuma brown sugar or kata nama lain gula perang. Dah agak dalam kepala ni, mcmana nak jadi hitam kek ni kalau tak pakai coklat. Masa adunan siap dibancuh pun mmg pucat lesi la kaler dia. Lepas bakar ginila rupa jadinya. Texture agak menjadi cuma tak hitam pekat je. Rasa pun out sangat2. Frust memang la frust. Tak menjadi. Setelah dipost mortem pelbagai, akhirnya baru dapat tau yang browning sugar tu mmg xde jual kat semenanjung ni. Ada jual di Sarawak aja. Patutla xmenjadi kek aku. So skrg kita usaha mencari browning sugar dulu, then only baru kita try buat kek ni balik. Tak serik2 nak mencuba. Apa2 pun kek ni tetap la sedap dan boleh dimakan walaupun tak menjadi macamana yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment