Thursday, November 24, 2011

Day 2 - Nami Island

Memulakan perjalanan awal pagi itu, En Hubby, Is dan aku janji dengan geng yang lain untuk berjumpa di Gapyeong Stesen pukul 9 pagi waktu Korea. Owh ye, harini kitorang breakfast roti canai kuah dal buatan sendiri. Bukan aku la buat.. ayat bukan main kan. Mestila Kak Ty dan suaminye Abd Rashid.
Dari Hannam Dong melalui train Jungang Line, kami menuju ke Mangu. Dari Mangu kena transfer train Chuncheon Line untuk ke Gapyeong Station.

unik basikal ahjusi sorang ni
rasa mcm tak berapa betul
tapi dia tetap creative
 Perjalanan sejauh 45 minit dari Hannam Dong agak menarik walaupun train yang kami naiki sesak dengan penumpang. Apa yang dapat diperhatikan kebanyakan dari penumpang2 ialah ahjusi dan ahjuma yang berpakaian lengkap mcm nak pergi tracking. Ada beberapa ahjusi yang berbasikal entah ke mana hala tuju. Bagusla derang ni.. dah tua2 pun masih kuat beriadah. Di kiri kanan laluan ialah kawasan penempatan yang berbukit dan nampak nyaman je, maybe kawasan kampung agaknya. Mujurla train kosong jgk masa tu, kalau tak mau ketar lutut berdiri. Sampai di Gapyeong, masa turun tangga nak ke laluan keluar baru terperasan yang 5 serangkai (Ida, Lidd, Z, Cekna dan Dian) pun turun dari train yang sama. hohoho tak tau la pulak sama train pasal derang duduk coach yang lain. Nasib baik masing2 tak perlu tunggu dan menunggu... cantik la budget time haritu..



pos wajib le apa lagi

Keluar dari Stesen Gapyeong tu tengok ramai yang dah beratur tunggu bas. Masatu tak terfikir nak naik bas atau teksi. Mula2 we all tanya kat sorang mamat teksi ni tambang nak ke jetty. Dia charge 30,000 won. Mai aii mahalnye. Kitorang pun terus ke infomation centre yang ada kat situ dan tanya macamana nak ke jetty. Dia pun explain kalau pergi dengan teksi 30,000 won kalau dengan bus 1,000 won saja. So apa lagi naik bas je la kan. Bukannye jauh sangat. Tak lama kami tunggu bas pun sampai. Penuh jugak dengan penumpang kena la berdiri. Mujur pasal tak jauh la. Yang tak puas hatinya bila kami balik ke rumah malam tu Kak Ty ngan Firah (my niece) siap cakap yang tambang teksi sebenarnya 3,000 won je nak ke jetty. Mungkin orang teksi dan infomation centre tu tak tau nak beza within three and thirty. Nak kata kami tersilap dengar tak pulak memang sah kami ber8 dengar dia sebut thirty. Tak pasal. Nak jimat la konon naik bas rupanya lagi jadi mahal. Yela kalau dah lapan orang naik bas kan dah 8,000. Kalau naik teksi (2 teksila kena ambil) bru 6,000 won je.. hahaha xpela tak banyak pun ruginya.. cuma lawak bila pikir kena bersesak naik bas la padahal ada je pengangkutan yang lebih selesa. Bagus jugak la naik bas kan.. boleh merasa naik bas kat tempat orang!! huhuhuhu alasan!!!




bungge jumping background

Dari bus stop nak ke jetty masa kami sampai agak lenggang je la. Yang amat2 menarik perhatian aku masa tu ialah bungge jumping dan skylift yang berdiri megah tepi Sungai Han. Punya la tinggi dan dalam hati aku dah berdetik takkan aku naik benda tu. Baik aku naik bot je.

Nak ke pulau Nami tu ada 2 cara sebenarnye. Samada melalui Nami Skyline ZipWire ZipRider sepanjang 940m, setinggi 80m dan memakan masa 2 minit perjalanan dengan kadar 38,000 won atau RM105 atau pun melalui bot/ferry yang memakan masa 5 minit dan disertakan sekali dengan bayaran masuk ke pulau berharga 8,000 won aka RM24.

zipwire skyline



Masalahnya bila kesemua yang lain nmpk begitu beria2 nak try skyline. Aku dah resah gelisah. Nak naik bot sorang je nanti. Nasib baik Cekna sudi teman sama2 nak naik bot. Rupanya dia pun tak berapa nak berani. Masuklah ke 6 yang lain untuk beli tiket. Masa derang kat dalam dan aku ngan Cekna kat luar tu la aku dok berkira2 dalam hati. Rugi nye tak naik. Ntah bila boleh datang lagi. Tambah2 tengok betapa panjangnye barisan nak naik ke bot, kang derang ber6 dah sampai kat pulau aku baru terhegeh2 nak naik bot. Nanti derang heboh bercerita aku makan hati je dengar. Kuatkan hati dan semangat terus tanya Cekna.. ko berani ke nak naik. Klu ko berani jomla kita join sekali. Kang rugi.. hahaha Cekna pun entah terpaksa entah rela pun turut la serta rombongan cik kiyah ke dalam tu untuk beli tiket dan register apa patut. Masa tu pukul 12.00 tengahari dan time break staff kat situ. So kalau nak naik jugak kena tunggu pukul 1.30 petang. Huhuhu lagi mau tunggu ka!! aku ni dah la cuak, lagi nak kena tunggu pulak.


 


Sesambil menunggu we all lepak tepi sungai dan makan le bekalan yang dibawa. Ada gardenia, tuna tin dan serunding daging yang ditapau dari Malaysia. Tengok muka aku yang dah mcm ayam berak kapur tu..

Next tempat kitang lepak2 tu ada geng ahjuma ahjusi yang tengah berkelah. Punya la penuh juadah derang. Salah seorang dari geng derang ni ialah driver teksi yang ambil kami di Incheon Airport haritu. Hee keciknye Seoul ni. Dia offer si Z utk rasa makanan derang. Z dengan tak sampai hati, tak rela hati dan berat hatinya ikut la driver teksi ni ke kelompok mereka2 ni. Dapat la sikit kimchi dan nasi. Pakat merasa sorang sikit dan aku memang le tak lalu. Naik kembang tekak aku nak makan. Tapi sempat la rasa sesuap. Kalau beli di kedai ok lagi, tpi ni ambil dari bekalan orang. eyeeewww sampai sekarang lekat loya aku. Bukan apa dalam otak fikiran aku ni dok terbayang mcm2 jenis juadah yg derang bawak masa tu yg belum confirm halal haramnya. Tpi kimchi tu sure halal la. Yang aku loya campuran makanan atas meja yang sama je ha!! Tu pun derang offer chicken lagi.. huhuhuhu menolak la dengan sopan. Cakap je kitorang pun dah kenyang..



Z & kimchi free


lepas makan posing kat tower skylift ni.. muka menten cuak seh!!



pucat lesi masa ni bila turn nak masuk ke lift.
toreh muka sure tak berdarah le
fuh mcm masuk death chamber da!!!



makin mendajalkan aku bila aku ngan en hubby ialah couple pertama yang
akan diLANCARKAN... whohohoho
bismillah...

Masa ni member lain sibuk dok menyakat aku.. tapi aku nak toleh tengok muka derang wat kali yang terakhir kat platform belakang aku tu pun memang dah kejang urat leher tak boleh turn dah masa tu. Muka sure dah pucat lesi nak bercakap pun mulut rasa berat semacam.. jangan kan nak bercakap nak senyum pun dah tak lalu. Derang yang lain pun apa lagi.. membahankan aku le.. Jahat derang tu. Takde belas kasihan langsung!! Aku tengok kat bawah disebalik platform yg berjaring, nun hujung tapak kaki aku je ha, sayup je ke bawah. Nak minta cancel dah tak boleh rasanya.. mau aku kena sumpah dengan 2 orang korea tu kang. huk huk mak tolong!!!!
Bila dah ready pakai segala macam tali ikat kat seluruh badan.. 2 orang korea tu pun ready utk menekan button buka pintu kat panel yang ada kat sebelah aku, aku pun ready pejam mata. Tapi dalam pejam2 mata tu pun aku still boleh nampak gak pintu tu terbuka dan aku pun meluncur keluar. Masa tu badan aku je ada tergantung kat situ, tapi hati perasaan aku nun dah jatuh belepuk kat bawah nun. dushh masuk dalam air!!! whaaaaaa dalam 2 3 second pas tu aku berani kan diri bukak mata! tapi tak bergerak sikit pun. lupa pulak pesanan penaja suruh luruskan kaki bila sepanjang ride tu. Makanye seat aku tu pun terbuai kekiri kekanan menjadikan aku kurang stabil. Nampak je cik hubby kat sebelah terus bersemangat bila nmpk dia pegang kamera. Apa lagi hilang takut terus beraksi cun.. control cun jgn nampak panik dalam kamera. dah la on video masa tu. Yang tak berapa bestnye bila En Hubby laju je meninggalkan aku kat belakang. Tulah aku ni kan ringan sikit dari dia, tinggal dibelakangla aku. Wahhhh.. subhanallah hebatnye perasaan masa tu. hilang rasa takut, kagum yang timbul. Dengan angin yang sejuk menampar2 pipi dengan keindahan alam yang mempesona kejap je masa kat atas tu. Dua minit berlalu begitu pantas. Tapi aku still tak bergerak la bila atas air. Kaku kejang. Bila dah berada dipermukaan bumi dan dalam 50 kaki je dari paras bumi baru le berani melambai kat arah2 pengunjung yang ada kat Nami Island tu.. whahwahhwha hebatnye perasaan. Rasa macam nak repeat lagi. Dan mmg aku akuila langsung tak takut pulak sepangjang masa kat atas tu sebaik pintu dibuka!! buat buang karen je aku cuak. Padahal takde apa2 pun. Tergedik2 happy la pasal berjaya naik benda tu. Tapi yang hampanya video tak jadi. Bukan video aku sorang je malah si Ida dan Is pun tak jadi jgk. Masing2 panik kot kat atas tu spi  lupa tekan button start. Haiiyaa yang menjadi video si Z je.. tapi nmpk jgk la panik nye.. melalui kata2 si Z yg berterabur tak paham apa benda, dahla tu siap mentioned takut lagi.. dan nmpk le gambar cik Lidd yg nampak juga keras kejung sepanjang ride tu. hahahaha. tolong jangan nak cover ok!!

jom layan video dari Z ni


video





sedikit aksi2 hebat dari kami
 layan ye beautiful scenary @ Nami Island... walaupun agak payah nak bergambar sebab ramai sangat manusia kat situ.




yehaaa we was here.. in Nami Island


with ahjuma yg ramah menyapa aku..
bercerita beria2 dlm bahasa dia
tapi aku haram tak paham.. sian dia














Sempatla jugak we all solat kat bumi nan indah ni. Habis je solat, aku tergerak nak try boot si Dian. Memandangkan size kitorang sama, aku pun apa lagi, terus sauk boot dia dan duk kat kerusi taman yg ada kat situ. Masa nak try tu la aku perasan yang lapisan sebelah dalam boot tu dibuat dari kulit babi. Memang confirm pasal aku cam sangat dengan tompokan titik2 tiga yg bedekatan tu. Bila Ida habis solat terus aku cakap kenapa tak belek masa nak beli. Ida cakap dia pun tak ingat nak tolong belekkan orang punya masatu. Dah tu kitorang mcm serba salah je nak cakap dengan si Dian ni. Tapi kena la cakapkan kang tak elok pulak. Bila dah cakap je terus moody dia. Sian Dian. Nak buat camne lagi pakai je la sementara kita nak beli yang baru balik nanti. Takkan nak buang kot, apa je yg dia nak pakai kat tengah2 pulau tu kan. Mujur boot Ida dan Cekna bukan dari material yg sama walaupun beli di kedai yg sama.


Add caption









Memang agak meletihkan meronda2 kat kawasan pulau ni sebab banyak sangat tempat2 yang cantik. Tak henti2 bergambar sampaikan bila sedar dah nak malam pun.  Agak cuak sebab ada seekor burung unta ni yg agak jinak menghampiri kami sbb terbau makanan kot.



vandelisme dalam galeri Winter Sonata




Di pulau ni ada kedai makanan halal. Alang2 dah terjumpa yang halal we all pun try la masakan dia. Aku order sejenis mee. Memang mati2 ingat mee kuah ala2 miso sop, tpi makan2 je manis dan sejuk yang amat. Kira macam salad yang berair la. Minta maaf le aku tak brapa nak lalu le.. En Hubby pulak makan nasi putih yang diletak di dalam bekas aluminium dicampur dengan kimchi dan telur. Bekas tu memang panas. Dan dia akan sertakan sekali gloves. Cara2 nak makan unik sikit.. tengok video ni ye




Sampai ke malam kitorang melepak kat pulau ni. Memang enjoy betulla. Oh ye udara kat kat sini memang sesampainye kami kat Gapyeong dari pagi tadi memang dah sangat sejuk pun. Tambah2 waktu  malam, muka dah naik kebas menahan sejuk. Nasib baik ada muffler tu, boleh jgk la tolong2 cover pipi. Dan satu masalah aku ni, muka aku dan bibir mula menunjuk kan kesan2 kekeringin. Terasa bebulu je muka.. huhuhuh mengelupas habis.

tunggu bot dalam kesejukan. hahaha nak sangat sejukkan..
ambikkkk..
rasa2 suhu below 10 dah masa ni



Sesampai nye di mainland... wahhh  macam jauh je bunyinye kan, padahal lima minit je, entah kenapa adik2 aku ni girang semacam. Kenyang dapat makan nasi kot. Hahahaah happy macam tempat tu kitorang yang punya. Dahla masa tu tak confirm dengan apa kitorang nak ke Gapyeong Station. Dari jetty ke bus stop siang menyanyi2 sambil berjalan. Langsung tak pikir ada ke lagi teksi atau bus time2 gitu. Dahla kawasan sekeliling dah tak ramai orang yang ada, cuma yg meriah kat situ ialah barisan kedai2 makan yang pasang lagu K-Pop macam tak ingat kuatnya. Mungkin sebab tu jugak we all teruja dan ikut sama menyanyi. Sebaik sampai je kat bus stop bus pun sampai. Memang haritu budget time cantik la. Kebetulan. Dah naik bus nasib baik jgk orang tak ramai, sambung lagi menyanyi bdk2 ni. Bukan main happy mengalahkan orang mabuk. Nasib baikle orang Korea ni tak menyibuk. Jadi derang wat dono je ke atas kehebohan bdk2 ni. Tapi dalam hati mana tau kan.. Sure berbakul2 sumpah seranah marahkan kitorang yang bising.

happy je dalam bas

Dari Gapyeong Station kami terus ke Dongdaemon. Melalui line Chuncheon kami ke Hoegi. Dari Hoegi transfer ke line 1 untuk ke Jongno 3 dan kemudian transfer lagi ke line 5 untuk ke Gwanghwamin stesen. Pening? huhuhu sila study sebelum ke mana2 destinasi atau kalau malas terus je tanya kat Subway Information Centre. Memang agak mencabar kalau nak jelajah Seoul pakai subway  ni. Tapi we all enjoy saja nak mencuba pengalaman yang berlainan kan. Dalam train yang makan masa sejam jugak tu we all meRECHARGE baterila. Tapi aku takut nak tidur masa tu. Yela dah semua tidur, sapa je nak jaga tunggu station. Terlepas kang naya. Walaupun ngantuk ku tahun jua. Di Gwanghwamin Stesen, subway ni terdapat banyak kedai2 yang juga menjual pelbagai jenis barang. Aku sempat merembat sehelai blouse knitted yang rasa2 boleh jugak melaram pakai kat sini nanti. Dian pun berjaya juga merembat sepasang boot baru. ..


CHEONGYECHEON STREAM
Selalunya keluar dari subway sure tercangak2 cari arah tuju. Kali ni tak. Aku dengan penuh confident nye menuju ke arah stream ni macam ikut bau je. Tepat pulak tu.. Kebetulan masa kitorang pergitu ada Lantern Festival. Punyala ramai orang masa tu. Sesak jugak la. Stream ni dulu macam longkang la tapi dibaik pulih sampai cantik sebegini rupa. Tempat ni antara scene favorite dalam drama2 dan filem2 Korea. Tempat dating dalam cerita tu la lebih kurang. Jom tengok gambar2 kat sini.











K.O.R.E.A
 


Kat hujung stream ni ada satu kiosk yang boleh kita capture gambar dan pilih background dan boleh terus email pada kita. Tapi sampai sekarang pun tak dapat2. Nasib le ada snap picture benda alah tu, dgn gambar kami kat situ.



gambar tak clear. tpi ada jgkla bergambar kat depan City Hall kan

Time to balik. Macam biasa kaki dah sakit nak menapak, lagi bertambah sakit bila fikirkan kena jalan dari Hannam Dong ke rumah. Ada jugak aku cadangkan Mr Hubby naik train sampai ke Itaewon dan dari situ naik bas balik ke rumah. Bas pun berhenti depan rumah je. Tapi En Hubby tak mau sebab katanya nak naik bas pun nak kena tunggu jugak. Dari Cheongyecheon Stream tu kami menapak sampai ke City Hall. Naik subway line 1, transfer di Yongsan. Di Yongsan dah tercangak2 cari ke mana nak pergi pasal Yongsan ni besar jugakla stationnye. Tunggu je menantikan si Is dan En Hubby cari jalan mana nak pergi. Dalam 10 minit jgkla mencari arah, akhirnya aku masuk campur. Mmg malas nak kerah otak cari jalan. Tapi ni dah darurat tolong le. Hah jumpa pun.(Nasib baik aku tolong.. ceewahhh). 
Seperti biasa dari Hannam Dong kena la menapak balik ke rumah, tapi penat terubat la bila sampai rumah jumpa nasi lauk ikan tenggiri masak kicap lagi.. huhuhu kenyang perut suka hati!!!!

Kita sambung next day punya cerita nanti ye....

1 comment:

  1. salam sis,
    bestnye g korea..cant wait my turn this coming june..
    sy rasa sy kenal Z,die my wingmate masa kat uitm segamat, kem salam die eh..

    ReplyDelete