Saturday, October 30, 2010

Kek Lapis Chocolate Keju


Resepi Watee olah dari sini. Kalau ikut resepinye nama kek tu Kek Lapis Blueberry Cheese,
tapi Watee tukar kan pakai chocolate.. almaklumla Watee ni kan penggemar coklat. Rasa boleh tahan sedap, alhamdulillah menjadi jugak walaupun tak berapa cantik dan kemas lapisannya tu.

Bahan

250gm butter
250 philadelphia cream cheese
1 sudu makan ovalette
170 gm gula (watee pki 3/4 cawan sahaja)
10 biji telur
1 tin susu pekat manis (watee pki 1/2 tin sahaja)
300gm tepung hong kong
100gm horlicks
1 cawan serbuk koko

Cara2

Pukul butter, cream cheese dan ovalette hingga sebati.
Masukkan gula dan pukul hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul lagi sehingga semua sebati.
Perlahankan speed mixer masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar.
Masukkan tepung hong kong dan horlick, pukul sebati.
Bagikan adunan kepada 3 bahagian. Lebihkan sedikit satu bahagian dan lagi 2 bahagian biar sama banyak.
Satu adunan yang berlebih tadi masukkan serbuk koko dan gaul rata dan 2 adunan lagi dibiarkan kosong.
Masukkan bancuhan yang kosong ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180C sehingga masak. Untuk lapisan pertama bakar menggunakan api atas dan bawah.
Setelah lapisan pertama masak, keluarkan acuan dan masukkan lapisan kedua, iaitu bancuhan chocolate tadi. Bakar menggunakan api atas sahaja sehingga masak.
Akhir sekali masukkan lapisan terakhir dan bakar sehingga masak.

No comments:

Post a Comment